Tazkirah

Siri-siri peringatan, ceramah, riadah adalah antara aktiviti yang dijalankan sebagai pengembangan minda anak-anak tahfiz ini.

Kuliah

Anak-anak Tahfiz ini sedang memberikan tumpuan semasa didalam kelas.

Qasidah

Tahfiz ini sering menerima undangan untuk mendendangkan keindahan bait-bait Qasidah didalam majlis yang dianjurkan.

Pelajar Banat

Pelajar Tahfiz Banat sedang mendengar penerangan dan arahan dari guru sebelum melaksanakan aktiviti riadah.

Pelajar Banin

Anak-anak Tahfiz diberikan aktiviti riadah untuk kecerdasan minda mereka.

Saturday, 20 October 2018

JADUAL PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2017

TARIKH/MASA
10.45 A.M-12 P.M

2.00P.M- 3.30 P.M
ISNIN (6.11.2017)
MATEMATIK
REHAT
MATEMATIK
SELASA(7.11.2017)
SAINS
REHAT
SEJARAH
RABU(8.11.2017)
BAHASA MELAYU KERTAS 1
REHAT
BAHASA MELAYU KERTAS 2
KHAMIS(9.11.2017)
ENGLISH
REHAT
ULANGKAJI
AHAD(12.11.2017)
PERHIMPUNAN
REHAT
AGAMA
ISNIN(13.11.2017)
JAWI
REHAT
ULANGKAJI
SELASA(14.11.2017)
ARAB
REHAT
ULANGKAJI
ISNIN (20.11.2017)
HAFAZAN /QURAN
REHAT
HAFAZAN /QURAN
SELASA(21.11.2017)
HAFAZAN /QURAN
REHAT
HAFAZAN /QURAN
RABU(22.11.2017)
HAFAZAN /QURAN
REHAT
HAFAZAN /QURAN

Thursday, 5 October 2017

Daripada meja pentadbiran.

Assalamualaikum.

Daripada meja pentadbiran.

Makluman terkini kita telah dikejutkan dgn kebakaran tahfiz di Kuala Lumpur dan dikejutkan lagi dgn kebakaran di negeri sembilan.

Sehubungan dgn itu kerajaan pusat dan kerajaan negeri Johor menguatkuasakan undang2 dan meminta pusat2 tahfiz mempertingkatkan ciri2 keselamatan dan kemudahan asas yg baik.

Kita Akademi Tahfiz Teknologi Takzim yg muda seperti mana yg sedia maklum berpindah operasi pelajar lelaki dari Kg Paya Dalam ke kompleks Tahfiz Bukit Tanah Merah yg kekurangan kemudahan asas, air, elektrik, pagar dan jalan raya.

Menyahut seruan kerajaan pusat dan kerajaan negeri Johor kami dgn berat hati terpaksa berpindah semula operasi pelajar lelaki bangunan tahfiz di Taman Laksamana dan Paya Dalam yg mana ciri2 keselamatannya terjamin lebih baik dan keselamatan pelajar lebih terkawal.

Selepas ini ibubapa yg ingin menziarahi anak bolehlah datang ke Taman Laksamana dan tidak perlu ke Bukit Tanah Merah lagi.

Untuk makluman lanjut boleh hubungi tuan pengetua atau mudir Ustaz Omar Muhmad Noh.

Sebarang kesulitan amat kami kesali.


Saturday, 11 March 2017

PROGR🅰M W🅰K🅰F MESIN VENDING PEN🅰PIS 🅰IR – HIJR🅰H BIO FELD

📣BERITA BAIK📣
📣BERITA BAIK📣
📣BERITA BAIK📣

🅰SSALAMUAALAIKUM WA RAHMATULLAHI WA BARAKATUH
<SALAM SEJAHTERA ATAS KALIAN DAN MOGA2 RAHMAT ALLAH SERTA KEBERKATAN DIKURNIAKAN PADA ANDA>

PROGR🅰M W🅰K🅰F MESIN VENDING PEN🅰PIS 🅰IR – HIJR🅰H BIO FELD

👍BAGI MENJAYAKAN PEMBINAAN KOMPLEKS TAHFIZ, KAMI MENGAMBIL INISIATIF MENGGA
ALAKKAN MASYRAKAT UNTUK MEWAKAFKAN MESIN VENDING PENAPIS AIR YANG AKAN DILETAKKAN DI TEMPAT AWAM
👍SAMA ADA SECARA INDIVIDU 👱 @ GRUP 👨‍👨‍👧‍👧

TUJU🅰N K🅰MI MENG🅰MBIL INISI🅰TIF MEMBU🅰T KEPUTUS🅰N INI DENG🅰N BEBER🅰P🅰 F🅰KTOR :-

a. MESIN INI BOLEH DIANGGAP “MESIN GANDAAN @ CETAK DUIT” 💰💰💰
b. SEMUA URUSAN JUAL BELI , SERVIS DAN KESELAMATAN  MESIN INI DIAMANAHKAN KEPADA KAMI,  ⚙⚙⚙

KELEBIH🅰N BERW🅰K🅰F DENG🅰N C🅰R🅰 INI
a. HASIL PENDAPATAN AKAN DIBAHAGI 3
i. 1/3 DANA BANGUNAN
ii. 1/3 KEBAJIKAN PELAJAR
iii. 1/3 KOS BAIK PULIH @ SERVIS
#cdgn dari kami

JENIS PEMB🅰Y🅰R🅰N BOLEH MELALUI 2 K🅰ED🅰H
a. BAYARAN TUNAI – RM 8 500
b.GRUP - KAMI PERLUKAN 10 ORANG PEWAKAF X RM 850 = RM 8500

C🅰D🅰NG🅰N TEMP🅰T :-
a. JIKA ADA CADANGAN, KAMI ALU-ALUKAN.
b. KAMI AKAN PILIH TEMPAT YG STRATEGIK

USTAZ MUHAMMAD ZAIDY BIN DAILAMI
PEGAWAI PEMASARAN DAN DANA TAHFIZ
010 – 844 3859 ✅

USTAZ OMAR MUHMAD NOH
PENGETUA
016 – 771 9471✅

AKADEMI TAHFIZ TEKNOLOGI TAKZIM
BALAI ISLAM KAMPUNG PAYA DALAM GEMEREH SEGAMAT

http://tahfiz-teknologi-takzim.blogspot.my/

https://www.facebook.com/Akademi-Tahfiz-Teknologi-Takzim-956662231047785/


Saturday, 27 August 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Sedekah Anggota Tubuh Badan


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كُلُّ سُلَامَى مِنْ النَّاسِ عَلَيْهِ صَدَقَةٌ كُلَّ يَوْمٍ تَطْلُعُ فِيهِ الشَّمْسُ يَعْدِلُ بَيْنَ الِاثْنَيْنِ صَدَقَةٌ وَيُعِينُ الرَّجُلَ عَلَى دَابَّتِهِ فَيَحْمِلُ عَلَيْهَا أَوْ يَرْفَعُ عَلَيْهَا مَتَاعَهُ صَدَقَةٌ وَالْكَلِمَةُ الطَّيِّبَةُ صَدَقَةٌ وَكُلُّ خُطْوَةٍ يَخْطُوهَا إِلَى الصَّلَاةِ صَدَقَةٌ وَيُمِيطُ الْأَذَى عَنْ الطَّرِيقِ صَدَقَة

Dari Abu Hurairah radliallahu 'anhu berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Setiap ruas tulang pada manusia wajib atasnya sedekah pada setiap hari matahari terbit, seseorang yang mendamaikan antara dua orang yang bergaduh/berselisih adalah sedekah dan menolong seseorang untuk menaiki haiwan tunggangannya (kenderaan) lalu mengangkat barang-barangnya ke atas haiwan tunggangannya (kenderaan) adalah sedekah dan ucapan yang baik adalah sedekah dan setiap langkah menuju solat adalah sedekah dan membuang sesuatu yang boleh menyakiti atau menghalang orang dari jalan adalah sedekah ". (HR Bukhari No: 2767)

Pengajaran:

1. Jasad harus dikeluarkan zakatnya sebagaimana harta ada zakatnya. Zakat badan adalah melakukan perbuatan baik yang boleh dilakukan dari pelbagai pintu dan relung.

2. Setiap ruas tulang yang ada pada kita perlu melakukan sesuatu yang boleh mendatangkan pahala. Contohnya sedekah waktu pagi dengan melaksanakan solat duha dengan menggerakkan banyak ruas tulang anggota kita. Berjalan menuju masjid untuk solat dengan menggerakkan banyak anggota badan juga termasuk sedekah.

3. Setiap langkah atau pergerakan anggota kita dalam melaksanakan amal kebaikan juga termasuk sedekah walaupun kecil seperti sifat kepedulian sosial dengan membantu orang lain menaiki kenderaan atau mengangkat barangan ke atas kenderaan. Membuang sesuatu yang mengganggu laluan di atas jalan umpama paku atau kayu adalah termasuk sedekah.

4. Menghilangkan duri dari jalan juga membawa maksud, setiap muslim hendaklah menjauhi atau menghilangkan sesuatu yang memudaratkan sama ada pada dirinya atau pada orang lain.

5. Mendamaikan dua orang yang bergaduh, mengucapkan perkataan yang baik-baik seperti memberi salam, bertegur sapa, menasihat – Malah menahan tangan dan lisan agar tidak menyakiti orang lain juga sedekah.

6. Sedekah sebagai salah satu bentuk kepedulian sosial yang dituntut dalam Islam. Namun ia tidak hanya dengan harta, malah apa sahaja yang kita miliki termasuk tenaga mahupun lisan.

#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

28hb Ogos  2016
25 Zulkaedah 1437H


Thursday, 25 August 2016

Himpunan Pencinta Rasul.