Tazkirah

Siri-siri peringatan, ceramah, riadah adalah antara aktiviti yang dijalankan sebagai pengembangan minda anak-anak tahfiz ini.

Kuliah

Anak-anak Tahfiz ini sedang memberikan tumpuan semasa didalam kelas.

Qasidah

Tahfiz ini sering menerima undangan untuk mendendangkan keindahan bait-bait Qasidah didalam majlis yang dianjurkan.

Pelajar Banat

Pelajar Tahfiz Banat sedang mendengar penerangan dan arahan dari guru sebelum melaksanakan aktiviti riadah.

Pelajar Banin

Anak-anak Tahfiz diberikan aktiviti riadah untuk kecerdasan minda mereka.

Friday, 29 April 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Sedekah Mengikut Keutamaan


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَصَدَّقُوا فَقَالَ رَجُلٌ يَا رَسُولَ اللَّهِ عِنْدِي دِينَارٌ قَالَ تَصَدَّقْ بِهِ عَلَى نَفْسِكَ قَالَ عِنْدِي آخَرُ قَالَ تَصَدَّقْ بِهِ عَلَى زَوْجَتِكَ قَالَ عِنْدِي آخَرُ قَالَ تَصَدَّقْ بِهِ عَلَى وَلَدِكَ قَالَ عِنْدِي آخَرُ قَالَ تَصَدَّقْ بِهِ عَلَى خَادِمِكَ قَالَ عِنْدِي آخَرُ قَالَ أَنْتَ أَبْصَرُ

Dari Abu Hurairah dia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Bersedekahlah kalian", lalu seseorang berkata ya Rasulullah aku hanya memiliki satu dinar, baginda menjawab: "Bersedekahlah dengannya untuk dirimu, " ia berkata aku mempunyai yang lain, baginda bersabda: "Bersedekahlah untuk isterimu, " ia berkata aku mempunyai yang lain, baginda bersabda: "Bersedekahlah untuk anakmu, " ia berkata aku memiliki yang lain, baginda bersabda: "Bersedekahlah untuk pembantumu, " ia berkata aku memiliki yang lain, baginda bersabda: "Engkau lebih tahu yang berhak engkau beri." (HR Nasai No: 2488)

Pengajaran:

1.  Rasulullah menganjurkan agar kita bersedekah jika memiliki harta. Setiap yang dibelanjakan kepada orang lain, ia akan mendapat pahala  sedekah.

2.  Jika kita memiliki harta atau wang ringgit, belanjakanlah untuk keperluan mengikut keutamaan dengan mendahului untuk :

a.  Diri sendiri – (menunaikan hak tubuh badan seperti makanan dan pakaian yang wajib). Jika ada lebihan, boleh diberi kepada;

b.  Isteri – (keperluan isteri yang menjadi tanggungjawab suami sama ada yang wajib mahupun yang sunat). Jika ada lebihan boleh di beri kepada;

c.  Anak – (keperluan anak-anak seperti makan minum, pelajaran dll), Jika ada lebihan boleh di beri kepada;

d.  Pembantu. Jika ada lebihan boleh di beri kepada;

e.  Mereka yang dirasakan layak dan berhak mengikut keutamaan.

Ayuh bersedekah mengikut keutamaan kepada yang berhak.


#Rahmah Untuk Semua#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

28hb April 2016


Sunday, 24 April 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS - Masuk Syurga & Neraka


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ سُئِلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا أَكْثَرُ مَا يُدْخِلُ الْجَنَّةَ قَالَ التَّقْوَى وَحُسْنُ الْخُلُقِ وَسُئِلَ مَا أَكْثَرُ مَا يُدْخِلُ النَّارَ قَالَ الْأَجْوَفَانِ الْفَمُ وَالْفَرْجُ

Dari Abu Hurairah dia berkata; Nabi SAW pernah di tanya; "Perkara apa yang banyak menyebabkan orang masuk syurga?" baginda menjawab: "Taqwa kepada Allah dan akhlak yang mulia." Baginda di tanya lagi; "Perkara apa yang banyak menyebabkan orang masuk neraka?" baginda menjawab: "Dua rongga yang terbuka iaitu mulut dan kemaluan." (HR Ibnu Majah No: 4236)

Pengajaran:

1.  Bertaqwa kepada Allah dan memiliki akhlak yang mulia antara perkara yang banyak menyebabkan orang masuk syurga dengan rahmat Allah.

2.  Dua perkara yang banyak menyebabkan orang masuk neraka ialah dua rongga yang terbuka iaitu mulut (mengumpat, memfitnah, mengadu domba, berbohong dan lain-lain) dan kemaluan (ditempat atau dengan pasangan yang tidak halal).

Jadilah orang yang bertaqwa dan memiliki akhlak yang mulia. Peliharalah mulut dan kemaluan.


#Rahmah Untuk Semua#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

24hb April 2016


Friday, 22 April 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Adab Berzikir Dan Berdoa



عَنْ أَبِي مُوسَى قَالَ كُنَّا مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي سَفَرٍ فَجَعَلَ النَّاسُ يَجْهَرُونَ بِالتَّكْبِيرِ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيُّهَا النَّاسُ ارْبَعُوا عَلَى أَنْفُسِكُمْ إِنَّكُمْ لَيْسَ تَدْعُونَ أَصَمَّ وَلَا غَائِبًا إِنَّكُمْ تَدْعُونَ سَمِيعًا قَرِيبًا وَهُوَ مَعَكُمْ قَالَ وَأَنَا خَلْفَهُ وَأَنَا أَقُولُ لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ فَقَالَ يَا عَبْدَ اللَّهِ بْنَ قَيْسٍ أَلَا أَدُلُّكَ عَلَى كَنْزٍ مِنْ كُنُوزِ الْجَنَّةِ فَقُلْتُ بَلَى يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ قُلْ لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ

Dari Abu Musa dia berkata; "Kami pernah menyertai Rasulullah SAW dalam suatu perjalanan. Tiba-tiba, ada beberapa orang sahabat bertakbir dengan suara keras. Mendengar suara takbir yang keras itu, Rasulullah pun berkata: 'Saudara-saudara sekalian, rendahkanlah suara kalian! Sesungguhnya kalian tidak berdoa kepada Dzat yang tuli dan jauh. Tetapi kalian berdoa kepada Tuhan Yang Maha Mendengar dan Maha Dekat. Dia selalu beserta kalian.' Abu Musa berkata; 'Pada saat itu saya sedang berada di belakang Rasulullah SAW sambil membaca; 'Laa haula wa laa quwwata ilIa billaah' (Tiada daya dan upaya kecuali dengan pertolongan AlIah). Kemudian Rasulullah SAW bersabda: 'Hai Abdullah bin Qais, inginkah aku tunjukkan kepadamu salah satu perbendaharaan syurga? ' Saya menjawab; 'Tentu ya Rasulullah.' Rasulullah bersabda: 'Ucapkanlah, Laa haula wala quwwata illaa billaah' (Tiada daya dan upaya kecuali dengan pertolongan AIIah)." (HR Muslim No: 4873)

Pengajaran:

1.  Berzikir dan berdoa hendaklah dilakukan dengan beradab.

2.  Antara adab berzikir dan berdoa adalah dengan menggunakan suara yang rendah dan perlahan, tidak perlu dengan mengeraskan atau menguatkan suara kerana Allah Maha Mendengar.

3.  Barangsiapa yang membaca
لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ
(Tiada daya dan upaya kecuali dengan pertolongan AIIah)
Akan dikurniakan kepadanya satu daripada perbendaharaan di Syurga.  


Ayuh jagalah adab berzikir dan berdoa.


#Rahmah Untuk Semua#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

23hb April 2016


Tuesday, 19 April 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS - Ribat Menghapuskan Dosa & Tingkatkan Darjat


عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : أَلاَ أَدُلُّكُمْ عَلَى مَا يَمْحُوْ اللهُ بِهِ الْخَطَايَا وَيَرْفَعُ بِهِالدَّرَجَاتِ ؟ قَالُوْا : بَلَى يَا رَسُوْلَ اللهِ ، قَالَ : اِسْبَاغُ الْوُضُوْءِ عَلَى الْمَكَارِهِ ، وَكَثْرَةُ الْخُطَا اِلَى الْمَسَاجِدِ ، وَانْتِظَارُ الْصَّلاَةِ بَعْدَالصَّلاَةِ ، فَذَلِكُمُ الرِّبَاطُ ،فَذَلِكُمُ الرِّبَاطُ ،فَذَلِكُمُ الرِّبَاطُ.

“Dari Abu Hurairah radiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah SAW bersabda: Mahukah aku tunjukkan kepada kamu beberapa perkara yang dengannya Allah akan menghapuskan dosa-dosa dan mengangkat derajat kamu? Mereka menjawab: Mahu wahai Rasulullah! Baginda bersabda: Iaitu menyempurnakan wuduk walau dalam keadaan susah (Kalimah مكاره yang jamaknya مكره ialah keadaan susah/sulit untuk mengerjakan wuduk, seperti dalam keadaan sakit atau terlalu sejuk), sering berjalan ke masjid (solat jamaah) dan menunggu solat setelah selesai menunaikan solat. Yang demikian itu adalah ribat (jihad/perjuangan), yang demikian itu ribat, yang demikian itu ribat”. HR Muslim No: 133

Pengajaran:

Allah menghapuskan dosa dan mengangkat darjat apabila seseorang itu melakukan ribat (jihad/perjuangan): 

a.  menyempurnakan wuduk walau dalam keadaan susah atau sulit.

b.  berjalan ke masjid untuk solat jamaah.

c.  menunggu solat waktu seterusnya setelah selesai menunaikan solat.

#Rahmah Untuk Semua#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

19hb April 2016


Monday, 18 April 2016

10 alasan untuk terus seronok menghafaz Al-Quran walaupun tak ingat

Arrahmah.com – Menjadi Hafiz Al-Quran merupakan cita-cita luhur kaum Muslimin. Kerana dengan hafalan Al-Quranlah darjat kita di syurga boleh naik.

Namun, terkadang menghafal boleh menjadi menjenuhkan kerana kesulitan menghafal Al-Quran.

Berikut adalah motivasi dari Ustadz Deden M. Makhyaruddin, M.A. agar menghafal Al-Quran tetap menyenangkan walau tak kunjung menghafal seluruh ayat Al-Quran:

1-Satu huruf Al-Qur’an satu kebaikan, dan satu kebaikan 10 pahala. Bagi yang kesulitan melafazkan, satu hurufnya dua kebaikan. Berarti setiap hurufnya 20 pahala. Semakin sulit semakin banyak. Kalikan dengan jumlah pengulangan Anda.

2-Al-Qur’an, seluruhnya, adalah kebaikan. Menghafal tak hafal-hafal berarti Anda berlama-lama dalam kebaikan. Semakin lama semakin baik. Bukankah Anda menghafal untuk mencari kebaikan.

3-Ketika Anda menghafal Al-Qur’an, bererti Anda sudah punya niat yang kuat. Rasulullah saw menyebut 70 syuhada dalam tragedi telaga Ma’unah sebagai qari (hafizh), padahal hafalan mereka belum semua. Ini kerana seandainya mereka masih hidup, mereka akan terus menghafal. Jadi, meski Anda menghafal tak hafal-hafal, Anda adalah hafiz selama tak berhenti menghafal. Bukankah hafiz yang sebenarnya di akhirat?

4-Menghafal Al-Qur’an ibarat masuk ke sebuah taman yang indah. Mestinya Anda betah, bukan ingin buru-buru keluar. Menghafal tak hafal-hafal adalah cara Allah memuaskan Anda menikmati taman itu. Tersenyumlah.

5-Ketika Anda menghafal Al-Quran, meski tak hafal-hafal, maka dapat dipastikan, paling tidak, selama menghafal, mata Anda, telinga Anda, dan lisan Anda tidak sedang melakukan maksiat. Semakin lama durasinya, semakin bersih.

6-Memegang mushaf adalah kemuliaan, dan melihatnya adalah kesejukan. Anda sudah mendapatkan hal itu saat menghafal kendati tak hafal-hafal.

7-Adakalanya kita banyak dosa. Baik yang terasa maupun tak terasa. Dan menghafal tak hafal-hafal adalah kifaratnya, di mana, barangkali, tidak ada kifarat lain kecuali itu.

8-Tak hafal-hafal adakalanya kerana Allah sangat cinta kepada kita. Allah tak memberikan ayat-ayat-Nya sampai kita benar-benar layak dicintai-Nya. Jika kita tidak senang dengan keadaan seperti ini, maka kepada siapa sebenarnya selama ini kita mencintai. Ini yang disebut: Dikangenin ayat.

9-Menghafal tak hafal-hafal tentu melelahkan. Inilah lelah yang memuaskan, karena setiap lelahnya dicatat sebagai amal sholeh. Semakin lelah semakin sholeh.

10-Menghafal tak hafal-hafal, tandanya Anda di pintu hidayah. Berat tandanya jauh dari nafsu. Jauh dari nafsu tandanya dekat dengan ikhlas. Dan ikhlas lahirkan mujahadah yang hebat.

*Ustadz Deden M. Makhyaruddin, M.A meraih juara 1 Musabaqah Al-Quran Internasional bergengsi, yaitu tahfiz 30 juz beserta tafsirnya dengan bahasa Arab pada tahun 2011, di Maroko.http://www.arrahmah.com


Sunday, 10 April 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS - Adab Memasuki Masjid



عَنْ أَبِي قَتَادَةَ السَّلَمِيِّ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا دَخَلَ أَحَدُكُمْ الْمَسْجِدَ فَلْيَرْكَعْ رَكْعَتَيْنِ قَبْلَ أَنْ يَجْلِسَ

Dari Abu Qatadah As Salami, bahwa Rasulullah SAW bersabda: "Jika salah seorang dari kalian masuk masjid, maka hendaklah ia solat dua rakaat sebelum ia duduk." (HR Bukhari No: 425)

Pengajaran:

1.  Masjid adalah rumah Allah yang perlu dipelihara kemuliaannya

2.  Adab setiap kali seseorang  memasuki masjid ialah melaksanakan solat sunat dua rakaat sebelum duduk (boleh sahaja solat sunat tahiyatul masjid, atau solat sunat wuduk, atau solat sunat qabliah)

Semoga kita sentiasa menjaga adab memasuki masjid yang diajar oleh Rasulullah dengan melaksanakan solat sunat dua rakaat.

#Rahmah Untuk Semua#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

11hb April 2016