عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كُلُّ سُلَامَى مِنْ النَّاسِ عَلَيْهِ صَدَقَةٌ كُلَّ يَوْمٍ تَطْلُعُ فِيهِ الشَّمْسُ يَعْدِلُ بَيْنَ الِاثْنَيْنِ صَدَقَةٌ وَيُعِينُ الرَّجُلَ عَلَى دَابَّتِهِ فَيَحْمِلُ عَلَيْهَا أَوْ يَرْفَعُ عَلَيْهَا مَتَاعَهُ صَدَقَةٌ وَالْكَلِمَةُ الطَّيِّبَةُ صَدَقَةٌ وَكُلُّ خُطْوَةٍ يَخْطُوهَا إِلَى الصَّلَاةِ صَدَقَةٌ وَيُمِيطُ الْأَذَى عَنْ الطَّرِيقِ صَدَقَة
Dari Abu Hurairah radliallahu 'anhu berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Setiap ruas tulang pada manusia wajib atasnya sedekah pada setiap hari matahari terbit, seseorang yang mendamaikan antara dua orang yang bergaduh/berselisih adalah sedekah dan menolong seseorang untuk menaiki haiwan tunggangannya (kenderaan) lalu mengangkat barang-barangnya ke atas haiwan tunggangannya (kenderaan) adalah sedekah dan ucapan yang baik adalah sedekah dan setiap langkah menuju solat adalah sedekah dan membuang sesuatu yang boleh menyakiti atau menghalang orang dari jalan adalah sedekah ". (HR Bukhari No: 2767)
Pengajaran:
1. Jasad harus dikeluarkan zakatnya sebagaimana harta ada zakatnya. Zakat badan adalah melakukan perbuatan baik yang boleh dilakukan dari pelbagai pintu dan relung.
2. Setiap ruas tulang yang ada pada kita perlu melakukan sesuatu yang boleh mendatangkan pahala. Contohnya sedekah waktu pagi dengan melaksanakan solat duha dengan menggerakkan banyak ruas tulang anggota kita. Berjalan menuju masjid untuk solat dengan menggerakkan banyak anggota badan juga termasuk sedekah.
3. Setiap langkah atau pergerakan anggota kita dalam melaksanakan amal kebaikan juga termasuk sedekah walaupun kecil seperti sifat kepedulian sosial dengan membantu orang lain menaiki kenderaan atau mengangkat barangan ke atas kenderaan. Membuang sesuatu yang mengganggu laluan di atas jalan umpama paku atau kayu adalah termasuk sedekah.
4. Menghilangkan duri dari jalan juga membawa maksud, setiap muslim hendaklah menjauhi atau menghilangkan sesuatu yang memudaratkan sama ada pada dirinya atau pada orang lain.
5. Mendamaikan dua orang yang bergaduh, mengucapkan perkataan yang baik-baik seperti memberi salam, bertegur sapa, menasihat – Malah menahan tangan dan lisan agar tidak menyakiti orang lain juga sedekah.
6. Sedekah sebagai salah satu bentuk kepedulian sosial yang dituntut dalam Islam. Namun ia tidak hanya dengan harta, malah apa sahaja yang kita miliki termasuk tenaga mahupun lisan.
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor
28hb Ogos 2016
25 Zulkaedah 1437H
Tazkirah
Siri-siri peringatan, ceramah, riadah adalah antara aktiviti yang dijalankan sebagai pengembangan minda anak-anak tahfiz ini.
Kuliah
Anak-anak Tahfiz ini sedang memberikan tumpuan semasa didalam kelas.
Qasidah
Tahfiz ini sering menerima undangan untuk mendendangkan keindahan bait-bait Qasidah didalam majlis yang dianjurkan.
Pelajar Banat
Pelajar Tahfiz Banat sedang mendengar penerangan dan arahan dari guru sebelum melaksanakan aktiviti riadah.
Pelajar Banin
Anak-anak Tahfiz diberikan aktiviti riadah untuk kecerdasan minda mereka.
Saturday, 27 August 2016
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Sedekah Anggota Tubuh Badan
Thursday, 25 August 2016
Wednesday, 17 August 2016
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS: Mukmin Umpama Pokok Korma
عَنِ ابْنِ عُمَرَ , قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ:مَثَلُ الْمُؤْمِنِ مَثَلُ النَّخْلَةِ , مَا أَخَذْتَ مِنْهَا مِنْ شَيْءٍ نَفَعَكَ.
Dari Ibnu Umar dia berkata, Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Perumpamaan seorang mukmin itu seperti pokok kurma, apa pun yang engkau ambil darinya pasti bermanfaat bagimu" HR. Al-Tobarani No: 13332
Pengajaran:
1. Sebagai Mukmin, jadilah seperti pokok kurma yang bermanfaat semua bahagian pokok. Buahnya dijadikan makanan berkhasiat. Batangnya boleh buat bangunan dan daunnya untuk atap rumah.
2. Seorang Mukmin perlu memiliki sifat sabar dan tabah menghadapi musibah seperti pokok kurma sangat sabar menghadapi angin kencang. Amat sukar pokok kurma tumbang ditiup angin berbeda dengan pokok lain. Pokok kurma sangat kukuh dan kuat kerana akarnya. Demikian juga seorang Mukmin, imannya mengakar dalam hati, tidak akan goyah dengan ujian.
3. Jadilah seperti pokok kurma, semakin tua semakin sedap dan berkualiti buahnya. Demikian juga seorang mukmin, semakin tua semakin baik dan berkualiti amalnya.
4. Sebagai Mukmin, jadilah seperti buah kurma sangat bermanfaat. Ketika buah masih basah yang disebut rothab boleh dijadikan buah dan manisan. Ketika kering disebut tamar boleh menjadi sebagai makanan, buah-buahan, manisan, ubat dan manfaat yang pelbagai.
Demikian juga mukmin, kita perlu menjadi bermanfaat dan baik amalnya sama ada sewaktu kecil, remaja, belia, dewasa mahupun tua.
JOM kita menjadi RAHMAH umpama pokok korma yang sentiasa bermanfaat.
#Rahmah Untuk Semua#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor
18hb Ogos 2016
15 Zulkaedah 1437H
Tuesday, 16 August 2016
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Manusia Paling Dicintai Allah
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بن عُمَرَ قَالَ ... أَيُّ النَّاسِ أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:أَحَبُّ النَّاسِ إِلَى اللَّهِ تَعَالَى أَنْفَعُهُمْ لِلنَّاسِ
Dari Abdullah bin Umar… ada sahabat bertanya kepada Rasulullah, "Siapakah manusia yang paling dicintai Allah?. Rasulullah menjawab: Manusia yang paling dicintai Allah adalah yang paling banyak memberi manfaat kepada manusia lain". HR Tobrani No: 13474
Pengajaran:
1. Jadikanlah diri kita orang yang paling dicintai Allah.
2. Syarat untuk menjadi orang yang paling dicintai Allah ialah dengan menjadikan diri kita sebagai manusia yang paling bermanfaat kepada orang lain.
3. Jadikan diri kita, dimanapun berada sebagai insan yang dirasai aura kebaikannya. Ketiadaan kita dirasai kehilangannya.
Usahakan agar diri kita menjadi orang yang paling bermanafaat pada keluarga, jiran tetangga di lokaliti kediaman, sahabat ditempat kerja, ahli di group fb, telegram, whatsapp ini dan lain-lain.
JOM bersifat RAHMAH agar bermanfaat kepada semua sama ada kepada Muslim mahupun bukan Islam serta makhluk alam yang lain.
#Rahmah Untuk Semua#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor
17hb Ogos 2016
14 Zulkaedah 1437H
Monday, 1 August 2016
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Jangan Suka Bermusuh
عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَبْغَضُ الرِّجَالِ إِلَى اللَّهِ الْأَلَدُّ الْخَصِمُ
Dari Aisyah radliallahu 'anha, ia mengatakan; Rasulullah SAW bersabda: "Manusia yang paling dibenci Allah adalah yang keras kepala dan suka membantah (suka bermusuh)" (HR Bukhari No: 6651)
Pengajaran:
1. Keras kepala adalah sifat yang beriringan dengan sifat sombong, bongkak, takbur dan ego. Kesemua sifat-sifat mazmumah ini amat dibenci oleh Allah SWT dan merupakan sifat Iblis.
2. Iblis menjadi kufur akibat dari sifat keras kepala dan sombong dengan merasakan dia lebih baik dari orang lain.
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ مَنْ كَانَ فِي قَلْبِهِ مِثْقَالُ ذَرَّةٍ مِنْ كِبْرٍ
Dari Abdullah, Nabi SAW bersabda: "Tidak akan masuk syurga orang yang di dalam hatinya terdapat sebesar biji sawi dari kesombongan." (HR Muslim No: 133)
3. Orang yang suka membantah adalah mereka yang suka bertengkar dan suka menegakkan pendapatnya sendiri walaupun salah. Ia akan menjadikannya seorang yang angkuh dan sombong. Baginya dia sahaja yang betul dan orang lain semuanya salah. Dia sukar untuk berbincang dengan cara baik kerana dia menganggap pendapat orang lain rendah dan pendapatnya sahaja yang baik dan perlu diutamakan. Akhirnya mewujudkan ketidak sefahaman dan permusuhan.
Marilah kita menjauhi sifat keras kepala dan suka membantah.
#Syawal Bulan Rahmah Untuk Semua#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor
2hb Ogos 2016
28 Syawal 1437H
Thursday, 28 July 2016
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Jauhi Maksiat Agar Sifat Kasih Sayang Tidak Dicabut
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ سَمِعْتُ أَبَا الْقَاسِمِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ لَا تُنْزَعُ الرَّحْمَةُ إِلَّا مِنْ شَقِيٍّ
Dari Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda, "Perasaan kasih sayang tidak akan dicabut kecuali dari orang yang celaka (berbuat keji)." HR Tirmizi No: 1846
Pengajaran:
1. Allah menganugerahkan sifat kasih sayang kepada sesiapa yang dikehendaki
2. Allah akan mencabut sifat kasih sayang daripada seseorang yang melakukan perbuatan keji dan maksiat.
3. Pelaku maksiat akan hilang perasaan kasih sayang kepada saudaranya dan akan melakukan perbuatan yang memutuskan hubungan ukhuwah dan silaturahim
Ayuh pupuk sifat kasih sayang dalam diri kita kepada semua manusia dan makhluk Allah yang lain.
#Syawal Bulan Rahmah Untuk Semua#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor
29hb Julai 2016
24 Syawal 1437H
Tuesday, 26 July 2016
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Allah Merahmati Orang Yang Pengasih
سَعْدُ بْنُ عُبَادَةَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّمَا يَرْحَمُ اللَّهُ مِنْ عِبَادِهِ الرُّحَمَاءَ
Dari Saad bin Ubadah, Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah hanya merahmati hamba-hambaNya yang pengasih" HR Bukhari No: 1284
Pengajaran:
1. Sifat penyayang dan pengasih adalah dituntut pada setiap Muslim
2. Allah hanya merahmati Muslim yang memiliki sifat kasih sayang kepada makhluk
3. Antara contoh sifat kasih sayang ialah memaafkan orang lain, menolong orang yang dalam kesusahan, membantu orang yang sedang kesempitan, memberi makan orang yang kelaparan serta mengunjungi orang sakit dan yang ditimpa musibah
Ayuh jika kita ingin dirahmati Allah, maka milikilah sifat pengasih terhadap orang lain.
#Syawal Bulan Rahmah Untuk Semua#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor
27hb Julai 2016
22 Syawal 1437H
SENARAI NAMA STAFF AKADEMI TAHFIZ TEKNOLOGI TAKZIM.
- OMAR BIN MUHMAD NOH, 017-9436583
- NORAIMI BINTI SAMSUDIN, 017-9182403
- ABDUL JAMAL BIN ADNAN, 018-2202729
- SYED HANAFIE BIN SYED AHMAD, 013-7717843
- MUHAMMAD ZAIDY BIN DAILAMI, 010-8443859
- MOHAMAD ASHRAF BIN MOHAMAD GHAZALI, 011-35058327
- MOHAMED NIZAM BIN ABDULLAH, 011-35618865
- MOHAMAD SOLLEHUDDIN BIN MOHAMAD SIDEK, 019-7437290
- SITI NURSABEHA BINTI SAMSUDIN, 011-18905750
- NUR ATIRAH BINTI MD NAJIB, 017-7598016
SENARAI NAMA PELAJAR LELAKI (BANIN)
| NAMA PELAJAR BANIN | NO KAD PENGENALAN | |
| 1 | ABDULLAH BIN ANUAR | 010618-060865 |
| 2 | ADAM FAREEZ BIN ABDULLAH | CF111196 |
| 3 | ADAM FASHLI BIN ZULKIFLI | 041001-02-1075 |
| 4 | AMIN KHALILI BIN KHAIRUL ANWAR | 030616-10-0331 |
| 5 | AMIRUL FADHLI BIN SHAMSUDDIN | 020503-01-0365 |
| 6 | AZIZUL HAKIM BIN ABDULLAH | 031126-01-1349 |
| 7 | MOHAMAD ALFEEQ HAIQAL BIN SOPHIAN | 060701-01-0565 |
| 8 | MOHAMMAD ADAM HARIZ BIN MOHD KHAIRI | 010903-01-1691 |
| 9 | MOHD FIRDAUS BIN NOR AID | 010226-12-0953 |
| 10 | MUAZ BIN MOHD NORSALIM | 041025-01-0389 |
| 11 | MUHAMAD ADAM FIRDAUS BIN AHMAD YASRI | 010701-06-0495 |
| 12 | MUHAMAD KHAIRUL NAIM BIN BAHARUDIN | 011204-10-1991 |
| 13 | MUHAMMAD AIMAN BIN IBRAHIM | 020831-05-0059 |
| 14 | MUHAMMAD AKHMAL HAZIQ BIN MOHD NAZLIAHTULAZAM | 010222-01-0335 |
| 15 | MUHAMMAD AMINUDDIN BIN AZMAN | 010411-01-1759 |
| 16 | MUHAMMAD AMIRUL MUQMIN BIN MISNAN | 020224-01-0135 |
| 17 | MUHAMMAD AZIZUL AZRI BIN MOHD BADRI | 020220-10-1371 |
| 18 | MUHAMMAD HAFIZ BIN RUSLAN | 970106-06-5281 |
| 19 | MUHAMMAD ISKANDAR BIN MOHD SALLEH | 011022-01-1549 |
| 20 | MUHAMMAD IZZAMUDDIN BIN ZAINUDDIN | 001030-02-0067 |
| 21 | MUHAMMAD NABIL BIN MUHAMMAD NASIR | 031122-01-0111 |
| 22 | MUHAMMAD NAQIUDDIN BIN MOHAMMAD SAZALI | 041012-01-0363 |
| 23 | MUHAMMAD NASRUL HAKIM BIN GHAZALI | 021008-06-0773 |
| 24 | MUHAMMAD NUR IMAN BIN KASIBON | 020226-01-1465 |
| 25 | MUHAMMAD NURAZIZUL HAQQIM BIN MOHD NOH | 010821-03-0547 |
| 26 | MUHAMMAD RUZAIMIE BIN WAN MAHADI | 961014-01-5979 |
| 28 | MUHAMMAD ZUNNUR NAJMI BIN MUHD ZUKERI | 030427-01-0185 |
| 29 | ZAHIRUL AMIN BIN MOHAMAD | 020820-01-1601 |
| 30 | ZULHASRIL BIN ABDULLAH | 106128XA |
SENARAI NAMA PELAJAR PEREMPUAN (BANAT)
- AINA IZZATI SHUHAIDAH BINTI ABD RAHIM, 13 tahun
- AINUR WIDAD BINTI MOHD YAZID, 17 tahun
- BALQIS NURHANA BINTI BOHKARI, 15 tahun
- HANISATUL HUSNA BINTI ZULKIFLI, 14 tahun
- MARYAM UMAIRAH BINTI ZAINALABIDIN, 15 tahun
- NOR AISYAH BINTI MOHD SULUR, 14 tahun
- NOR AKILA BINTI MOHAMAD GHAZALI,17 tahun
- NOR AKILI BINTI MOHAMAD GHAZALI, 17 tahun
- NUR ‘AIN SYAFIQAH BINTI ZULKIFLI, 16 tahun
- NUR AINUL MARDHIAH BINTI ZAILAN, 14 tahun
- NUR DANIA WAFA BINTI MOHD JAIS, 14 tahun
- NUR FARAH AINA BT RAMLE, 14 tahun
- NUR SHAFIQA BINTI SHFE’E, 14 tahun
- NUR YASMIN HANI BT ZULFAKAR, 14 tahun
- PUTERI AISHAH BTE ABDUL SAAT, 17 tahun
- PUTERI HANISAH BINTI MUSTAFA, 14 tahun
- SITI NUR HABIBAH BT ISMAIL, 8 tahun
- SITI NURNAJIHAH BINTI HAMIDON, 15 tahun
- SITI SAFINAH BINTI TARMIDI, 22 tahun
- SYIFAA’ HASANAH BT NORAFANDI, 13 tahun
Marhaban, Berselawat, Doa Dan Ucapan Hari Raya I'dilfitri Marhaban
“Segala pujian bagi Allah s.w.t Tuhan pentadbir seluruh alam, selawat dan salam ke atas junjungan kami Muhammad s.a.w yang semulia-mulia utusan dan juga ke atas sekalian keluarga dan sahabat-sahabat Baginda.
Ya Allah wahai Tuhan pentadbir seluruh keadaan Tuhan yang maha pemurah dan maha tinggi kedudukannya, dengan limpah dan kemurahanMu tukarkanlah keadaan kami kepada sebaik-baik keadaan dan berkatilah kami dan seluruh umat Islam dengan keberkatan bulan Syawal.
Ya Allah wahai Tuhan sebaik-baik tempat permohonan, perkenanlah permintaan kami dan kembalikan lagi peluang kepada kami bulan ini tahun demi tahun dan tahun-tahun seterusnya dan berkatilah Tuan rumah ini ………… dan seluruh ahli keluarganya dan panjangkanlah umur mereka dengan iman dan kurniakanlah kepada mereka rezeki yang halal dan jauhkanlah mereka daripada rezeki yang haram dengan rahmatMu wahai Tuhan yang sebaik-baik mengurniakan rahmat.
Selawat dan salam daripada Allah ke atas junjungan kami Muhammad s.a.w dan juga ke atas sekalian keluarga dan sahabat-sahabat Baginda. Segala pujian bagi Allah s.w.t Tuhan pentadbir seluruh alam”.
Teks Ucapan Bermaafan Ziarah Hari Raya
Alhamdulillah segala pujian khusus bagi Allah serta Selawat dan Salam untuk baginda Nabi Muhammad SAW Utusan Allah yang mulia.
Syukur kehadrat Allah SWT yang telah mengizinkan kita menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan yang penuh rahmat dan berkah serta mempertemukan kita dengan Aidilfitri
di bulan Syawal yang mulia ini.
Di kesempatan ini kami rombongan marhaban dan keluarga ingin memanjangkan ucapkan ;
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Disamping itu sekiranya di pihak kami mempunyai sebarang dosa kesalahan dan kesilapan dari segi niat, tutur kata, tingkahlaku, dsb. yang menyinggung perasaan dan hati tuan/puan dan keluarga kami mohon ampun dan maaf zahir batin awal dan akhir.
Begitu juga apa-apa yang termakan, terminum dan terpakai, dsb. oleh kami secara sengaja dan tidak, kami mohon dihalalkan.
Manakala dari pihak kami pula dengan rela hatinya kami sedia memaafkan sebarang dosa kesalahan dan kesilapan tuan/puan terhadap kami sekeluarga.
Semoga dengan berkah Ramadhan & Syawal ini kita semua mendapat keampunan dan balasan yang baik daripada Allah SWT, mendapat perlindunganNya, keselamatanNya, ditetapkan iman dan Islam, dikurniakan kesihatan yang baik, dipanjangkan umur, murah rezeki serta diberi kebaikan hidup di dunia dan akhirat, Insyallah. AMIN
Thursday, 14 July 2016
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memuliakan Tetamu
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلْيُكْرِمْ ضَيْفَهُ جَائِزَتُهُ يَوْمٌ وَلَيْلَةٌ وَالضِّيَافَةُ ثَلَاثَةُ أَيَّامٍ فَمَا بَعْدَ ذَلِكَ فَهُوَ صَدَقَةٌ وَلَا يَحِلُّ لَهُ أَنْ يَثْوِيَ عِنْدَهُ حَتَّى يُحْرِجَهُ
Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari Akhirat, hendaknya ia memuliakan tamunya dan menjamunya siang dan malam, dan bertamu itu tiga hari, lebih dari itu adalah sedekah baginya, tidak halal bagi tamu tinggal (bermalam) hingga mengeluarkannya." (HR Bukhari No: 5670)
Pengajaran:
1. Orang yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat sentiasa beradab terhadap tetamu yang datang ke rumahnya
2. Memuliakan tetamu yang datang adalah dituntut antaranya dengan menyediakan jamuan atau makanan untuknya walaupun seteguk air.
3. Tetamu yang berkunjung tidak boleh terlalu lama menjadi tetamu. Jika bermalam tidak boleh melebihi tiga malam.
JOM sempena bulan Syawal, terimalah tetamu dan muliakan mereka dengan menyediakan makanan dan minuman sebaiknya untuk tetamu.
#Syawal Bulan Rahmah Untuk Semua#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor
15hb Julai 2016
10 Syawal 1437H
Wednesday, 13 July 2016
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Adab Bersalaman
1 Hari 1 Hadis:
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا اسْتَقْبَلَهُ الرَّجُلُ فَصَافَحَهُ لَا يَنْزِعُ يَدَهُ مِنْ يَدِهِ حَتَّى يَكُونَ الرَّجُلُ يَنْزِعُ وَلَا يَصْرِفُ وَجْهَهُ عَنْ وَجْهِهِ حَتَّى يَكُونَ الرَّجُلُ هُوَ الَّذِي يَصْرِفُهُ ...
Dari Anas bin Malik ra bahwasanya Rasulullah SAW apabila bertemu dengan seseorang baginda menjabat tangannya dan tidak menarik tangan baginda sebelum orang tersebut menarik tangannya. Baginda juga tidak mengalihkan wajahnya dari wajah orang tersebut hingga orang tersebut yang mengalihkan wajahnya…” (HR. Tirmidzi No 2414)
Pengajaran:
1. Rasulullah apabila bertemu seseorang, baginda pasti akan berjabat tangan atau bersalaman.
2. Rasulullah tidak akan menarik tangannya ketika bersalaman atau berjabat tangan sehinggalah orang tersebut meleraikannya terlebih dahulu.
3. Rasulullah akan memandang wajah orang yang disalami sehingga orang tersebut memandang ke tempat lain.
Ayuh kita ikut sunnah Rasulullah ketika bersalaman.
#Syawal Bulan Rahmah Untuk Semua#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor
14hb Julai 2016
9 Syawal 1437H
Tuesday, 12 July 2016
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Sebarkan Salam Agar Saling Mencintai
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا تَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ حَتَّى تُؤْمِنُوا وَلَا تُؤْمِنُوا حَتَّى تَحَابُّوا أَوَلَا أَدُلُّكُمْ عَلَى شَيْءٍ إِذَا فَعَلْتُمُوهُ تَحَابَبْتُمْ أَفْشُوا السَّلَامَ بَيْنَكُمْ
Dari Abu Hurairah ra banwasanya Rasulullah SAW bersabda, “Kalian tidak akan masuk syurga hingga kalian beriman. Dan kalian tidak dikatakan beriman hingga kalian saling mencintai. Mahukah kalian aku beritahu dengan sesuatu yang apabila kalian lakukan kalian akan saling mencintai? (iaitu) sebarkanlah (ucapkanlah) salam diantara kalian.” (HR. Muslim No 81)
Pengajaran:
1. Syurga hanya untuk orang yang beriman
2. Satu daripada syarat menjadi orang beriman ialah saling mencintai sesama mereka
3. Satu daripada perkara yang mendorong mencintai orang lain ialah sentiasa menyebarkan ucapan "salam"
JOM sebarkan salam apabila bertemu sesama Muslim
#Syawal Bulan Rahmah Untuk Semua#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor
13hb Julai 2016
8 Syawal 1437H
Monday, 11 July 2016
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS: Allah Mengangkat Darajat Orang Pemurah, Pemaaf & Rendah Hati
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا نَقَصَتْ صَدَقَةٌ مِنْ مَالٍ وَمَا زَادَ اللَّهُ عَبْدًا بِعَفْوٍ إِلَّا عِزًّا وَمَا تَوَاضَعَ أَحَدٌ لِلَّهِ إِلَّا رَفَعَهُ اللَّهُ
Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda: “Sedekah tidak akan mengurangi harta. Allah pasti menambahkan kemuliaan kepada seorang hamba yang memiliki sifat memaafkan. Tidak ada balasan bagi seseorang yang rendah hati kepada Allah, kecuali Allah mengangkat darjatnya” (HR Muslim No: 4689)
Pengajaran:
1. Sedekah dalam apa jua bentuk seperti wang ringgit, barangan, makanan tidak sama sekali mengurangkan harta malah menambahkannya.
أَنفِقِى وَلاَ تُحْصِى فَيُحْصِيَ اللهُ عَلَيْكِ وَلاَ تُعِي فَيُو عِيَ اللهُ عَلَيْكِ
“Bersedekahlah, jangan engkau menghitung-hitungnya, agar Allah tidak menghitung-hitung pemberian-Nya kepadamu dan janganlah engkau mengumpul-ngumpulkannya (tidak bersedekah) agar Allah tidak kikir kepadamu” Mutafaqun Alaih
2. Orang yang memaafkan, Allah akan menambahkan kemuliaan untuknya di sisi Allah. Ambillah kesempatan bulan Syawal ini untuk saling bermaafan sesama kita.
3. Pemaaf dapat menghilangkan rasa permusuhan dan memperbanyak sahabat
4. Pemaaf akan melahirkan sifat tawadu’, menghilangkan sifat sombong dan angkuh
Jadilah engkau pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang ma’ruf, serta berpalinglah dari pada orang-orang yang bodoh. (QS. Al-A’raf 7:199)
5. Allah mengangkat darajat kepada orang yang tawadhuk.
Tawadhu ialah bersikap rendah hati iaitu sifat yang diperintahkan di dalam Islam. Di dalam Al Qur’an Allah berfirman:
وَاخْفِضْ جَنَاحَكَ لِمَنِ اتَّبَعَكَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ
“Dan rendahkanlah dirimu kepada kaum mukminin yang mengikutimu.” (Al Hijr: 88)
Ayuh sempena Syawal ini kita jadi pemurah, pemaaf dan rendah hati kepada semua orang.
#Syawal Bulan Rahmah Untuk Semua#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor
12hb Julai 2016
7 Syawal 1437H
Sunday, 10 July 2016
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Puasa Enam
مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ رواه مسلم.
Abu Ayyub Al-Ansari ra berkata: Rasulullah saw bersabda:"Barang siapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan puasa enam hari dari bulan Syawal maka seolah-olah ia berpuasa sepanjang tahun.” [Sahih Muslim hadis no: 1164].
Pengajaran :
1. Kewajipan mukmin melaksanakan ibadat puasa sebulan Ramadan.
2. Orang yang berpuasa penuh sepanjang bulan Ramadan dan diikuti puasa sunat Syawal sebanyak enam hari, seolah-olah dia telah berpuasa selama setahun.
3. Puasa sunat enam hari pada bulan Syawal, tidak semestinya dilakukan enam hari berturut-turut. Puasa sunat syawal boleh bermula pada bila-bila masa di bulan Syawal sehingga berakhir bulan Syawal.
Jom .... dalam kemeriahan kita meraikan hari raya... jangan lupa puasa sunat enam hari Syawal.
Moga kita tidak menjadi Ramadhaniyun tapi jadilah Rabbaniyyun ……
#Syawal Bulan Rahmah Untuk Semua#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor
11hb Julai 2016
6 Syawal 1437H
Friday, 8 July 2016
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Kasihi Yang Muda Hormati Yang Tua
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَيْسَ مِنَّا مَنْ لَمْ يَرْحَمْ صَغِيرَنَا وَيُوَقِّرْ كَبِيرَنَا وَيَأْمُرْ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَ عَنْ الْمُنْكَرِ
Dari Ibnu Abbas ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Bukanlah termasuk golongan kami, mereka yang tidak mengahisihi anak-anak kecil kami dan tidak pula menghormati orang tua kami, serta tidak menyuruh yang ma'ruf dan melarang yang munkar." (HR Tirmidzi No: 1844)
Pengajaran:
1. Orang yang tidak mengasihi anak-anak kecil dan menghormati orang tua – mereka tidak mengikuti sunah Rasulullah dan Adab seorang Muslim.
2. Menghormati orang tua atau orang yang lebih tua daripada kita termasuk sunnah Nabi. Rasulullah SAW bersabda:
إِنَّ جِبْرِيلَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَمَرَنِي أَنْ أُكَبِّرَ
"Jibril telah menyuruhku untuk mendahulukan orang-orang yang lebih tua" (HR. Ahmad: no.1555)
3. Keutamaan menghormati orang yang lebih tua termasuk dalam mengagungkan Allah. Rasulullah SAW bersabda:
إِنَّ مِنْ إِجْلَالِ اللَّهِ إِكْرَامَ ذِي الشَّيْبَةِ الْمُسْلِمِ
"Sesungguhnya termasuk mengagungkan Allah adalah menghormati orang muslim yang sudah tua" (HR. Abu Dawud)
4. Dahulukan orang yang lebih tua dari kita. Malik bin Mighwal rahimahullah berkata:
كُنْتُ أَمْشِيْ مَعَ طَلْحَةَ بْنِ مُصَرِّفٍ ، فَصِرْنَا إِلَى مَضْيَقٍ فَتَقَدَّمَنِيْ ثُمَّ قَالَ لِيْ : لَوْ كُنْتُ أَعْلَمُ أَنَّكَ أَكْبَرُ مِنِّيِ بِيَوْمٍ مَا تَقَدَّمْتُكَ
"Dahulu aku berjalan bersama Thalhah bin Musharrif, sampailah kami ke sebuah jalan sempit, maka beliaupun mendahuluiku, seraya berkata kepadaku: Seandainya aku mengetahui bahwa engkau lebih tua satu hari daripada aku niscaya aku tidak akan mendahuluimu" (Diriwayatkan oleh Al-Khathiib Al Baghdaady dalam Al Jaami' li Akhlaaqi Ar Raawii wa Aadaabi As Saami', no: 249
JOM sempena syawal ni, kita bersifat RAHMAH dengan menziarahi dan mengunjungi orang yang lebih tua dari kita. Hormatilah mereka.
Bagi orang yang tua, sayangilah yang lebih muda dari kita.
#Syawal Bulan Rahmah Untuk Semua#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor
9hb Julai 2016
4 Syawal 1437H
Tuesday, 5 July 2016
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS - Pertemuan Dua Muslim Mengampunkan Dosa
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا مِنْ مُسْلِمَيْنِ يَلْتَقِيَانِ فَيَتَصَافَحَانِ إِلَّا غُفِرَ لَهُمَا قَبْلَ أَنْ يَفْتَرِقَا
Sabda Rasulullah (SAW), “Tidaklah dua orang Muslim bertemu lalu saling berjabat tangan, melainkan diampuni bagi keduanya sebelum keduanya berpisah” (HR Abu Daud: No 4536)
Pengajaran:
1. Ambil peluang sempena Syawal ini saling ziarah menziarahi, bertemu dan bersua muka antara satu sama lain
2. Ketika bertemu sesama Muslim, ambil peluang saling berjabat tangan (pastikan bukan berlainan jantina yang dilarang)
3. Allah akan mengampuni dosa dua orang Muslim yang bertemu dan berjabat tangan, sebelum mereka berpisah.
JOM … saling bersalaman dan bermaafan. Firman Allah dalam Surah An-Nur ayat 22:
وَلْيَعْفُوا وَلْيَصْفَحُوا أَلا تُحِبُّونَ أَنْ يَغْفِرَ اللَّهُ لَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ
“dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin bahwa Allah mengampunimu? Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”
#Syawal Bulan Rahmah Untuk Semua#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor
6hb Julai 2016
1 Syawal 1437H
Monday, 4 July 2016
1 Hari 1 Hadis: PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS - Ucapan Apabila Bertemu Di Hari Raya
قَالَ:لَقِيتُ وَاثِلَةَ يَوْمَ عِيدٍ، فَقُلْتُ: تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْكَ، فَقَالَ: نَعَمْ، تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْكَ.
Berkata Wathilah, Aku bertemu Rasulullah SAW pada hari raya dan aku katakan pada baginda "taqabballahu minna wa minka" (Semoga Allah menerima amalan [amalan dan ibadat di Ramadhan] kami dan kamu), baginda menjawab : Ya, taqabbalallahu minna wa minka" HR Tobrani No: 17589
Pengajaran:
1. Antara amalan yang dituntut pada hari raya ialah saling doa mendoakan apabila bertemu.
2. Ucapan yang disunat ketika bertemu ialah
تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْكَ
3. Saling ziarah menziarahi
Berziarah dan merapatkan ukhuwwah sesama Muslim dituntut.
Nabi pernah bersabda :
مَن سَرّه أن يُبسط له في رزقه ، وأن يُنسأ له في أثره ؛ فَلْيَصِل رَحِمَه
Barangsiapa yang suka untuk diperluaskan baginya rezekinya, dan ditangguhkan (dipanjang) umurnya, maka hendaklah dia menyambung (mengukuh) hubungan persaudaraannya ( Riwayat Al-Bukhari & Muslim)
Moga Allah menerima segala amalan kita sepanjang Ramadan dan selepas ini. Moga dipertemukan pada ramadan tahun akan datang.
#Ramadhan Al-Mubarak Rahmah Untuk Semua#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor
5hb Julai 2016
30 Ramadhan 1437H
Sunday, 3 July 2016
1 Hari 1 Hadis: PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS - Amalan Di Hari Raya
عَنْ حَفْصَةَ عَنْ أُمِّ عَطِيَّةَ قَالَتْ كُنَّا نُؤْمَرُ أَنْ نَخْرُجَ يَوْمَ الْعِيدِ حَتَّى نُخْرِجَ الْبِكْرَ مِنْ خِدْرِهَا حَتَّى نُخْرِجَ الْحُيَّضَ فَيَكُنَّ خَلْفَ النَّاسِ فَيُكَبِّرْنَ بِتَكْبِيرِهِمْ وَيَدْعُونَ بِدُعَائِهِمْ يَرْجُونَ بَرَكَةَ ذَلِكَ الْيَوْمِ وَطُهْرَتَهُ
Dari Hafshah dari Ummu 'Athiyyah berkata, "Pada hari Raya Eid kami diperintahkan untuk keluar sehingga kami mengajak anak-anak gadis dari biliknya dan juga para wanita yang sedang haid. Mereka duduk di belakang barisan laki-laki dan mengucapkan takbir mengikuti takbir laki-laki, dan berdoa mengikuti doanya laki-laki dengan mengharap barakah dan kesucian hari raya tersebut." HR Bukhari No: 918
Pengajaran:
1. Hari Raya Eid Fitri perlu disambut dengan kegembiraan bersama seluruh isi keluarga
2. Antara amalan yang diperintahkan oleh Rasulullah kepada para sahabat pada pagi hari raya ialah bersama anak isteri (walaupun dalam haid) untuk sama-sama berada ditempat perhimpunan seluruh kaum muslimin.
3. Setiap lelaki dan wanita Islam diperintahkan bertakbir dan turut sama berdoa (walaupun dalam keadaan haid)
Antara amalan lain Rasulullah di pagi hari raya
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَّى يَوْمَ الْفِطْرِ رَكْعَتَيْنِ لَمْ يُصَلِّ قَبْلَهَا وَلَا بَعْدَهَا ثُمَّ أَتَى النِّسَاءَ وَمَعَهُ بِلَالٌ فَأَمَرَهُنَّ بِالصَّدَقَةِ فَجَعَلْنَ يُلْقِينَ تُلْقِي الْمَرْأَةُ خُرْصَهَا وَسِخَابَهَا
Daripada Ibnu 'Abbas, bahwa Rasulullah SAW melaksanakan solat Hari Raya Eidul Fitri dua rakaat dan tidak solat sebelum atau sesudahnya. Kemudian baginda mendatangi para wanita dan memerintahkan mereka untuk bersedekah. Maka para wanita memberikan sedekah hingga ada seorang wanita yang memberikan anting dan kalungnya." HR Bukhari No: 911
Jangan lupa…. Saling bersedekah itu sebagai tanda keperihatinan terhadap orang yang kurang berada terutama ketika kita bergembira dengan pelbagai juadah raya. Teruskan sumbangan kita walaupun sebaik-sebaik sedekah ialah sedekah pada bulan Ramadan. Dengan sedekah yang diberi akan menggembirakan orang lain.
#Ramadhan Al-Mubarak Rahmah Untuk Semua#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor
4hb Julai 2016
29 Ramadhan 1437H
Sunday, 26 June 2016
AL-QURAN ITU AKAN TERSERLAH PADA DIRI PEMBACANYA.
Mohd Hairozi Muhammad:
Sabda Rasulullah s.a.w:
مثلُ المؤمنِ الذي يقرأ القرآنَ مثلُ الأترُجَّةِ . ريحُها طيِّبٌ وطعمُها طيِّبٌ . ومثلُ المؤمنِ الذي لا يقرأُ القرآنَ مثلُ التَّمرةِ . لا ريحَ لها وطعمُها حلوٌ . ومثلُ المنافقِ الذي يقرأ القرآنَ مثلُ الرَّيحانةِ . ريحُها طيِّبٌ وطعمُها مُرٌّ . ومثلُ المنافقِ الذي لا يقرأ القرآنَ كمثلِ الحنْظلَةِ . ليس لها ريحٌ وطعمُها مُرٌّ .
Terjemahan: Perumpamaan orang mukmin yang membaca al-Quran adalah seperti limau/oren yang bau harum dan rasanya lazat. Perumpamaan orang mukmin yang tidak membaca al-Quran ialah seperti buah kurma yang tidak wangi tetapi rasa manis.
Perumpamaan orang munafik yang membaca Al-Qur'an adalah seperti raihanah yang baunya wangi tetapi rasanya pahit. Perumpamaan orang munafik yang tidak membaca Al-Quran pula adalah seperti buah Hanzalah yang tiada bau dan rasanya pula pahit. " [Hadith ini Sahih diriwayatkan oleh Muslim dari Abi Musa al-Asy'ariy].
Makna perkataan:
Raihanah adalah herba berdaun dari jenis pudina, dalam Inggeris disebut Basil.
Hanzalah adalah buah yang tumbuh liar/kering yang menyerupai tembikai, dalam Inggeris disebut colocynth.
Huraian: Hadith ini menjelaskan orang yang membaca al-Quran itu pasti nampak kesan dari pembacaannya itu pada amalan dan penampilannya. Pembaca al-Quran yang mukmin itu akan zahir kebaikan pada dirinya begitu juga manfaatnya kepada orang lain. Begitulah juga sebaliknya jika ia seorang munafik maka akan terserlah pula kejahatannya itu (moga dijauhkan Allah). Oleh itu, perbanyakkanlah membaca al-Quran sehingga al-Quran itu benar-benar terserlah pada diri pembacanya.
Nukilan:
DR. SURUL SHAHBUDIN
Pengerusi di www.rehal.org
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Melipat Gandakan Amal Di 10 Akhir Ramadan
قَالَتْ عَائِشَةُ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَجْتَهِدُ فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ مَا لَا يَجْتَهِدُ فِي غَيْرِهِ
Aisyah Radhiyallahu anhuma, berkata: “Rasulullah SAW lebih giat (dalam beribadah) pada sepuluh hari terakhir ini yang tidak baginda lakukan pada hari-hari lainnya.” (HR Muslim No: 2009)
Pengajaran:
1. Rasulullah mempergiatkan amal ibadah pada 10 terakhir daripada bulan Ramadan melebihi daripada waktu lain.
2. Antara ibadat yang boleh dilakukan pada 10 terakhir Ramadan ialah iktikaf di masjid, perbanyakkan ibadat khusus seperti membaca al-Quran, sedekah, berzikir solat sunat seperti duha, solat tahajud, solat tasbih dan lain-lain.
- Dikatakan Saidina Umar sibuk menunaikan solat sepanjang malam hingga fajar.
- Qatadah pernah mengkhatam seluruh al-Quran setiap malam pada 10 malam terakhir Ramadan)
3. Ada orang yang sanggup mengambil cuti semata-mata untuk menumpukan ibadat sepanjang 10 hari terkahir Ramadan. Anda bagaimana?
JOM kita lipat gandakan amalan di sepuluh hari terakhir daripada Ramadan ini.
a. Menjaga solat terawih dan pergi awal kemasjid, bersungguh untuk berada di saf paling hadapan dan tidak beredar sehinggalah imam meninggalkan tempatnya.
b. Iktikaf – usahakan pada sepuluh terakhir bulan Ramadhan, ajak ahli keluarga, jiran dan kenalan ke Masjid
c. Perbanyakkan doa "Sesungguhnya doa di waktu sahur adalah anak panah qadar", doa untuk diri dan keluarga, juga untuk kesejahteraan umat Islam di Palestin, Syria, Iraq, Rohinga…semoga Allah mengembalikan hak mereka, melegakan musibah mereka
#Ramadhan Al-Mubarak Rahmah Untuk Semua#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor
27hb Jun 2016
22 Ramadhan 1437H
Saturday, 25 June 2016
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Lailatul Qadar Perbanyak Doa Mohon Keampunan
عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَرَأَيْتَ إِنْ عَلِمْتُ أَيُّ لَيْلَةٍ لَيْلَةُ الْقَدْرِ مَا أَقُولُ فِيهَا قَالَ قُولِي اللَّهُمَّ إِنَّكَ عُفُوٌّ كَرِيمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي
Dari ‘Aisyah –radhiyallahu ‘anha-, ia berkata, “Aku pernah bertanya pada Rasulullah SAW, iaitu jika ada suatu hari yang aku tahu bahwa malam tersebut adalah lailatul qadar, apakah doa yang mesti aku ucapkan?” Jawab Rasululullah SAW: “Berdoalah: Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu’anni (Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah yang maha pengampun dan sentiasa memberi pengampunan atas kesalahan hambamu, maafkanlah segala kesalahanku” HR Tirmidzi No: 3435
Pengajaran:
1. 10 malam terakhir dari bulan Ramadan menuntut kita memperbanyakkan amal ibadah termasuklah memperbanyakkan doa.
2. Rasulullah menganjurkan kita agar perbanyakkan doa memohon ampun di sepuluh malam terakhir dari Ramadhan khususnya apabila menemui lailatul qadar.
3. Kita bertawasul dengan sifat ‘afwu (maha pemaaf Allah) dengan memohon agar Allah memaafkan dosa yang kita lakukan.
اللَّهُمَّ إِنَّكَ عُفُوٌّ كَرِيمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي
(Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah yang maha pengampun dan sentiasa memberi pengampunan atas kesalahan hambamu, maafkanlah segala kesalahanku”
#Ramadhan Al-Mubarak Rahmah Untuk Semua#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor
26hb Jun 2016
21 Ramadhan 1437H
Friday, 24 June 2016
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Amalan Iktikaf 10 Hari Terakhir Ramadan
عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا زَوْجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَعْتَكِفُ الْعَشْرَ الْأَوَاخِرَ مِنْ رَمَضَانَ حَتَّى تَوَفَّاهُ اللَّهُ ثُمَّ اعْتَكَفَ أَزْوَاجُهُ مِنْ بَعْدِهِ
Dari ‘Aisyah Radhiyallahuanha, Bahwa Nabi SAW beriktikaf pada sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadan sampai Allah mewafatkan baginda, kemudian isteri-isteri baginda (tetap) beriktikaf sepeninggal baginda. (HR Bukhari No: 1886)
Pengajaran:
1. Iktikaf ialah tetap tinggal di dalam masjid dengan niat beriktikaf dan bertujuan beribadat kepada Allah
2. Mengikut Imam Syafie - Itikaf boleh dilakukan sekadar masa lebih sedikit daripada tomakninah dalam solat.
3. Sunnah iktikaf yang dilakukan Rasulullah ialah sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadan sejak berpindah ke Madinah sehingga baginda wafat.
4. Amalan iktikaf sepuluh hari terakhir Ramadan antara sunnah Rasulullah yang dilupakan kebanyakan umat Islam hari ini.
5. Amalan itikaf dapat mengembalikan kita ke masjid (rumah Allah). Rumah yang merupakan tempat menghimpunkan kebaikan untuk dunia dan akhirat.
Mengimarahkan masjid adalah tanda orang beriman. Firman Allah:
إِنَّمَا يَعْمُرُ مَسَاجِدَ اللَّهِ مَنْ آمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ
“Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat.” (At-Taubat: 18),.
JOM rebut peluang beriktikaf dan menghidupkan 10 hari terakhir Ramadan.
#Ramadhan Al-Mubarak Rahmah Untuk Semua#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor
24hb Jun 2016
19 Ramadhan 1437H
Wednesday, 22 June 2016
1 Hari 1 Hadis: PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Syafaat Al-Quran Untuk Kedua Ibu Bapa
عَنْ أَبِي أُمَامَةَ، قَالَ: أَمَرَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِتَعَلُّمِ الْقُرْآنِ، وَحَثَّنَا عَلَيْهِ وَقَالَ:"إِنَّ الْقُرْآنَ يَأْتِي أَهْلَهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَحْوَجَ مَا كَانُوا إِلَيْهِ، فَيَقُولُ لِلْمُسْلِمِ: أَتَعْرِفُنِي؟ فَيَقُولُ: مَنْ أَنْتَ؟ فَيَقُولُ؟ مَنْ أَنْتَ؟ فَيَقُولُ: أَنَا الَّذِي كُنْتَ تُحِبُّ، وَتَكْرَهُ أَنْ يُفَارِقَكَ الَّذِي كَانَ يَسْحَبُكَ وَيُدْنِيكَ، فَيَقُولُ: لَعَلَكَ الْقُرْآنُ، فَيُقْدَمُ بِهِ إِلَى رَبِّهِ عَزَّ وَجَلَّ، فَيُعْطَى الْمُلْكَ بِيَمِينِهِ وَالْخُلْدَ بِشِمَالِهِ، وَيُوضَعُ عَلَى رَأْسِهِ السَّكِينَةُ، وَيُنْشَرُ عَلَى أَبَوَيْهِ خَلَّتَانِ لا يَقُومُ لَهُمْا الدُّنْيَا أَضْعَافًا، فَيَقُولانِ: لأَيِّ شَيْءٍ كُسِينَا هَذِهِ، وَلَمْ يَبْلُغْهُ أَعْمَالُنَا؟ فَيَقُولُ: هَذَا بِأَخْذِ وَلَدِكُمَا الْقُرْآنَ".
Dari Abi Umamah katanya, Rasulullah SAW telah memeritahkan kami agar mempelajari al-Quran. “Belajarlah kamu al-Quran, ia kelak di hari kiamat akan datang pada ahlinya ketika sangat berhajat kepadanya. Maka ia datang dalam bentuk yang seindah-indahnya, lalu bertanya: kenalkah engkau kepadaku? Maka dijawab: Siapakah engkau?.Akulah yang kamu cinta dan kamu sanjung, bahkan kamu telah bangun malam untukku, dan biasa membacaku di siang hari. Lalu ia berkata: Mungkin engkau al-Quran?. Kemudian menuntun orang tersebut mengadap kepada Allah, lalu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kiri, dan dipasang mahkota di atas kepalanya dan kedua ayah bondanya yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda. Maka keduanya bertanya: Dari manakah kamu mendapatkan ini? Padahal amal kami tidak sampai ke sini. Lalu dijawab: Ini kamu dapat kerana anakmu telah mempelajari al-Quran maka kamu berdua diberi ini” (HR Tabrani No: 4408)
Pengajaran:
1. Mempelajari al-Quran adalah suatu tuntutan kepada setiap Muslim.
2. Al-Quran pada hari kiamat akan datang dalam bentuk yang indah kepada orang yang "ahli" al-Quran (semasa hidup sentiasa mendampingi – membaca, memahami dan menjadikan petunjuk). Membacanya siang dan malam.
3. Pembaca al-Quran akan memperolehi syafaat daripada al-Quran
4. Ibubapa pembaca al-Quran juga akan mendapat syafaat antaranya diberi perhiasan mahkota di atas kepalanya yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda.
Ayuh kita mempelajari, membaca, memahami dan menghayati serta beramal dengan al-Quran agar menjadi syafaat buat kita dan kedua ibubapa.
#Ramadhan Al-Mubarak Rahmah Untuk Semua#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor
23hb Jun 2016
18 Ramadhan 1437H
Sunday, 19 June 2016
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Dua Kegembiraan Orang Berpuasa
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قال رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ …. لِلصَّائِمِ فَرْحَتَانِ فَرْحَةٌ عِنْدَ فِطْرِهِ وَفَرْحَةٌ عِنْدَ لِقَاءِ رَبِّهِ .....
Dari Abu Hurairah, Nabi SAW bersabda…Bagi orang yang berpuasa dua kegembiraan; kegembiraan ketika berbuka dan kegembiraan ketika bertemu Tuhannya nanti…. H.R. Muslim No : 1945
Pengajaran:
1. Bagi orang puasa, mereka akan mendapat kegembiraan ketika berbuka kerana dapat makan dan minum serta menghilangkan hilang rasa lapar dan dahaga selepas menahannya di siang hari.
2. Kegembiraan kedua apabila dapat bertemu Allah kelak. Ia hanya akan terhasil dari puasa yang dilakukan dengan penuh keimanan dan keikhlasan, menjaga segala syarat, kehendak dan mengharap tujuannya. Hal ini penting untuk kita meraih kegembiraan yang hakiki disana dengan ganjaran keampunan.
3. Bukan sekadar rasa nikmat selepas bertahan lapar, iaitu tidak sekadar letih jasmani. Tapi yang kita inginkan juga nikmat rohani. Hubungan dan ikatan kita dengan Allah SWT menerusi amalan kita. Ibadat yang benar-benar bertunjangkan keihlasan dan kehambaan dalam menjalaninya.
4. Marilah kita berusaha meraih kedua-dua kegembiraan. Kita menjaga dan melatih mulut, pandangan dan segala yang lain agar akur kepada perintah Allah.
5. Mohon jauh dari puasa yang sia-sia. Jika hanya kegembiraan yang pertama kita raih, rugi dan sia-sialah kita. Rugi juga jika hanya perut yang lapar, tapi nafsu masih sentiasa kenyang. "Dedah aurat, pergaulan bebas, asyik dengan hiburan, web lucah, mengumpat, menghina, dedah aib, berkata kotor, menyebarkan fitnah dan perkara yang tidak betul menerusi whatsapp, telegram, FB serta bermacam-macam lagi dosa lain. Andai solat yang ditinggalkan, maka tiada guna seluruh puasanya".
#Ramadhan Al-Mubarak Rahmah Untuk Semua#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor
20hb Jun 2016
15 Ramadhan 1437H
Saturday, 18 June 2016
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS: Jaminan Masuk Syurga
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ أَصْبَحَ مِنْكُمْ الْيَوْمَ صَائِمًا قَالَ أَبُو بَكْرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَا قَالَ فَمَنْ تَبِعَ مِنْكُمْ الْيَوْمَ جَنَازَةً قَالَ أَبُو بَكْرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَا قَالَ فَمَنْ أَطْعَمَ مِنْكُمْ الْيَوْمَ مِسْكِينًا قَالَ أَبُو بَكْرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَا قَالَ فَمَنْ عَادَ مِنْكُمْ الْيَوْمَ مَرِيضًا قَالَ أَبُو بَكْرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَا فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا اجْتَمَعْنَ فِي امْرِئٍ إِلَّا دَخَلَ الْجَنَّةَ
Dari Abu Hurairah, Rasulullah SAW pernah bertanya: "Siapakah di antara kalian yang pagi ini sedang berpuasa?" Abu Bakar menjawab, "Aku." Baginda bertanya lagi: "Siapa di antara kalian yang hari ini telah menghantar jenazah?" Abu Bakar menjawab: "Aku." Baginda bertanya lagi: "Siapa di antara kalian yang hari ini telah memberi makan orang miskin?" Abu Bakar menjawab: "Aku." Baginda bertanya lagi: "Siapa di antara kalian yang hari ini telah menjenguk orang sakit?" Abu Bakar menjawab, "Aku." Selanjutnya Rasulullah SAW bersabda: "Tidaklah semua itu ada pada seseorang kecuali dia pasti akan masuk syurga." H.Riwayat Muslim No: 1707
Pengajaran:
1. Syurga disediakan untuk mereka yang beriman dan melakukan amal yang solleh.
2. Abu Bakar adalah contoh sahabat Rasulullah yang menunjukkan amal solleh.
3. Melaksanakan ibadat puasa adalah sebahagian daripada bukti ketaatan dan keikhlasan seseorang kepada Allah.
4. Menghantar jenazah, memberi makan kepada orang miskin dan menjenguk orang sakit merupakan sebahagian daripada penunaian tanggungjawab terhadap hak orang lain apabila kita hidup dalam masyarakat. Mukmin yang melaksanakannya semua itu pasti akan masuk syurga.
Ayuh kita bersegera menyantuni orang miskin, orang lemah, anak yatim sempena bulan Ramadan ini dengan sumbangan Ramadan. JOM bersegera menziarahi atau bertanya khabar kerabat, sahabat, teman, jiran, rakan kita yang kurang sihat.
#Ramadhan Al-Mubarak Rahmah Untuk Semua#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor
19hb Jun 2016
14 Ramadhan 1437H
Tuesday, 14 June 2016
1 Hari 1 Hadis: PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Pemurah Melakukan Amal Kebaikan
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَجْوَدَ النَّاسِ بِالْخَيْرِ وَكَانَ أَجْوَدَ مَا يَكُونُ فِي شَهْرِ رَمَضَانَ إِنَّ جِبْرِيلَ عَلَيْهِ السَّلَام كَانَ يَلْقَاهُ فِي كُلِّ سَنَةٍ فِي رَمَضَانَ حَتَّى يَنْسَلِخَ فَيَعْرِضُ عَلَيْهِ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْقُرْآنَ فَإِذَا لَقِيَهُ جِبْرِيلُ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَجْوَدَ بِالْخَيْرِ مِنْ الرِّيحِ الْمُرْسَلَةِ
Dari Ibnu Abbas radliallahu 'anhu dia berkata; "Rasulullah SAW adalah orang yang paling pemurah berbuat kebajikan, terutama di bulan Ramadhan. Kerana setiap tahun Jibril selalu menemui baginda tiap-tiap malam, hingga habis bulan Ramadhan. Rasulullah SAW memperdengarkan bacaan Qur'an kepadanya (dan Jibril menyemak). Apabila Jibril mendatanginya, baginda lebih banyak lagi berbuat kebajikan melebihi angin yang berhembus." (HR Muslim No: 4268)
Pengajaran:
1. Rasulullah adalah contoh terbaik antaranya dalam sifat pemurah yang perlu kita ikuti.
2. Setiap kita perlu berlumba-lumba untuk melakukan kebajikan di bulan Ramadhan tanpa memikirkan sebarang kerugian antaranya bersedekah kerana balasan amat besar di sisi Allah di hari akhirat kelak.
3. Bersedekah termasuk di dalamnya menyediakan berbuka puasa kepada fakir miskin dan orang-orang yang berpuasa.
4. Konsep "memberi" (bersedekah) harus diterapkan secara maksimum bukan sahaja selama Ramadhan bahkan di bulan lain kerana bersedekah memberikan pengaruh yang baik pada peribadi - menghakis sifat kedekut & mempereratkan ikatan kemesraan anggota masyarakat tanpa mengira taraf dan kedudukan seseorang itu.
5. Sedekah yang diterima dan bernilai di sisi Allah adalah sedekah yang ikhlas, bukanlah untuk menunjuk-nunjuk.
مَا عِنْدَكُمْ يَنْفَدُ وَمَا عِنْدَ اللَّهِ بَاقٍ
“Apa saja yang ada di sisimu (wahai manusia) akan habis, dan apa yang ada di sisi Allah adalah kekal” (QS an-Nahl: 96)
6. Tadarus al-Quraan juga antara amalan yang digalakkan agar dapat menyemak bacaan yang betul.
#Ramadhan Al-Mubarak Rahmah Untuk Semua#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor
15hb Jun 2016
Sunday, 5 June 2016
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS _ Puada Ramadhan Menghapus Dosa Setahun Yang Lalu
Puasa Ramadhan Menghapuskan Dosa Setahun Yang Lalu
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
Dari Abu Hurairah berkata, Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan kerana iman dan penuh keikhlasan, maka akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu". RH Bukhari No: 37.
Pengajaran:
1. Berpuasa atas dasar iman ialah melaksanakan ibadat puasa dengan meyakini akan kewajipan melaksanakan ibadat puasa kerana perintah Allah.
2. Ihtisab adalah melakukan ibadat puasa dengan ikhlas dan hanya mengharap pahala dari Allah. Tidak merasa berat melaksanakannya dan tidak hanya sekadar mengikuti kebiasaan orang sekitar.
3. Puasa yang dilakukan atas dasar keimanan dan penuh keikhlasan akan menjadi penghapus dosa-dosa yang lalu (dosa kecil).
الصَّلَوَاتُ الْخَمْسُ وَالْجُمُعَةُ إِلَى الْجُمُعَةِ وَرَمَضَانُ إِلَى رَمَضَانِ مُكَفِّرَاتٌ مَا بَيْنَهُنَّ إِذَا اِجْتَنَبَ الْكَبَائِرَ
“Solat lima waktu yang didirikan satu Jumaat ke Jumaat yang berikutnya dan satu Ramadan kepada Ramadan yang berikutnya maka akan menghapuskan dosa-dosa antara keduanya selama mana dijauhi dosa-dosa besar".( H.R. Muslim )
Semoga ibadat Puasa yang dilaksanakan menjadi instrumen menghapuskan dosa-dosa kita setahun yang lalu
#Ramadhan Al-Mubarak Rahmah Untuk Semua#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor
6hb Jun 2016


Maklumat lanjut hubungi :













