Tazkirah

Siri-siri peringatan, ceramah, riadah adalah antara aktiviti yang dijalankan sebagai pengembangan minda anak-anak tahfiz ini.

Kuliah

Anak-anak Tahfiz ini sedang memberikan tumpuan semasa didalam kelas.

Qasidah

Tahfiz ini sering menerima undangan untuk mendendangkan keindahan bait-bait Qasidah didalam majlis yang dianjurkan.

Pelajar Banat

Pelajar Tahfiz Banat sedang mendengar penerangan dan arahan dari guru sebelum melaksanakan aktiviti riadah.

Pelajar Banin

Anak-anak Tahfiz diberikan aktiviti riadah untuk kecerdasan minda mereka.

Sunday, 28 February 2016

MANFAAT SIKAP HUSNUDZZON (BERSANGKA BAIK).

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

Isnin, 20 Jamadil Awal 1437H

MANFAAT SIKAP HUSNUDZZON (BERSANGKA BAIK).

Husnudzzon ertinya bersangka baik kepada orang lain. Menganggap baik sesuatu perkara itu sangat dituntut dalam ajaran Islam kerana bersangka baik itu lebih baik, mulia dan dapat mengelakkan dari pada menuduh orang lain berbuat jahat atau melakukan keburukan.

Saidina Umar bin Al-Khattab RA. telah berkata :
“Jangan kamu membuat sangkaan terhadap satu kalimat yang keluar daripada seorang saudara mukminmu kecuali dengan sangkaan kebaikan, selagi kamu masih ada cara untuk meletakkannya di tempat yang baik.”

Orang yang bersangka buruk seolah memfitnah orang, kerana sangkaan buruknya itu tidak mempunyai bukti yang nyata dan kukuh.

Hari Ini dibimbangi terjadinya fitnah yang membawa kepada dosa besar, kerana Islam sangat melarang umatnya memfitnah orang lain.

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Hujurat, Ayat 12:

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ٱجْتَنِبُوا۟ كَثِيرًۭا مِّنَ ٱلظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ ٱلظَّنِّ إِثْمٌۭ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا۟ وَلَا يَغْتَب بَّعْضُكُم بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَن يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًۭا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ تَوَّابٌۭ رَّحِيمٌۭ.
“Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah dari banyak berprasangka buruk; Sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan dan keaiban orang lain, dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain, dan janganlah ada di antara kamu yang menggunjing sebahagian yang lain. Adakah di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.” (QS. Al-Hujurat : 12)

Bersangka baik dalam kehidupan muslim juga mempunyai banyak kebaikan dan kelebihannya. Antaranya adalah:

1. Mengelakkan manusia dan ummat daripada berpecah-belah antara satu sama lain yang akan merugikan masyarakat dan Negara seperti kata pepatah ‘Mencegah Lebih Baik Dari Mengubati’.

2. Dapat membersihkan hati dari titik-titik hitam dan mencegah perkara-perkara mungkar dari terus bersarang di hati kita.

3. Selalu merasa bahagia atas kejayaan yang dicapai orang lain walaupun diri sendiri belum berjaya dalam hidup.

4. Mewujudkan sikap ingin bersaing yang positif antara satu sama lain. Kerana umat Islam yang mempunyai sikap ingin bersaing dengan orang yang telah berjaya akan mendatangkan keuntungan kepada semua umat Islam termasuk dirinya sendiri.

5. Hubungan persahabatan dan persaudaraan akan menjadi lebih baik. Apabila hati bebas dari bersangka buruk terhadap, maka yang ada dalam hatinya adalah sangkaan yang baik-baik sahaja.

Sudah pasti hatinya bertambah cinta pada saudaranya itu dan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama manusia.

6. Mengelakkan daripada penyesalan dalam hubungan manusia sesama manusia kerana telah menuduh manusia lain tanpa bukti yang kukuh.

Firman Allah SWT dalam al-Qur’an Surah Al-Hujuraat ayat 6:

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ إِن جَآءَكُمْ فَاسِقٌۢ بِنَبَإٍۢ فَتَبَيَّنُوٓا۟ أَن تُصِيبُوا۟ قَوْمًۢا بِجَهَٰلَةٍۢ فَتُصْبِحُوا۟ عَلَىٰ مَا فَعَلْتُمْ نَٰدِمِينَ
“Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara yang tidak diingini Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya), sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.” (Surah Al-Hujurat ; Ayat 6)

Firman Allah SWT dalam ayat yang lain dalam surah Al-Isra ayat 36 :

وَلَا تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِۦ عِلْمٌ ۚ إِنَّ ٱلسَّمْعَ وَٱلْبَصَرَ وَٱلْفُؤَادَ كُلُّ أُو۟لَٰٓئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْـُٔولًۭا.
“Dan janganlah kamu mengikut sesuatu yang tidak kamu ketahui; Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati nurani, semua anggota itu tetap akan diminta pertanggungjawabannya (ditanya di akhirat) tentang apa yang dilakukannya.” (Surah Al-Isra ; 36)

Ya Allah jauhkan kami dari persangkaan buruk pada sesama saudara kami. Jadikan kami sebagai insan yang saling menjaga kebaikan dalam hidup kami. Mudah-Mudahan memberi manfaat perhubungan di antara kami. Aamiinn Yaa Robbal 'Aalamiin !!!!!

Wallahu A'lam

Panjang-panjangkan pada sahabat lain walau sepotong ayat walaupun hanya sekilas pandang….

Jazakumullahu khairanjaza’..
Doakan istiqamah serta Sehat wal Afiat.
Wassalam


PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Amal Yang Utama

عَنْ أَبِي عَمْرٍو الشَّيْبَانِيِّ أَنَّ رَجُلًا قَالَ لِابْنِ مَسْعُودٍ أَيُّ الْعَمَلِ أَفْضَلُ قَالَ سَأَلْتُ عَنْهُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ الصَّلَاةُ عَلَى مَوَاقِيتِهَا قُلْتُ وَمَاذَا يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ وَبِرُّ الْوَالِدَيْنِ قُلْتُ وَمَاذَا يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ وَالْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ

Dari Abu 'Amru Asy Syaibani bahwa seorang laki-laki berkata kepada Ibnu Mas'ud, "Amal apakah yang paling utama?" ia berkata; "Aku pernah bertanya Rasulullah SAW tentang hal itu, maka baginda pun menjawab: "Solat sesuai dengan waktunya, " aku bertanya lagi, "Wahai Rasulullah, lalu apa lagi?" baginda menjawab: "Berbuat baik kepada kedua orang tua, " aku bertanya lagi, "Wahai Rasulullah, lalu apa lagi?" baginda menjawab: "Jihad di jalan Allah." [HR. Tirmidzi No.158]

Pengajaran:

Antara amal utama dalam kehidupan Muslim:

1.  Solat di awal waktu

2.  Berbuat baik kepada ibu bapa (samada semasa mereka masih hidup mahupun selepas meninggal dunia)

3.  Berjihad di jalan Allah (dalam pelbagai relong mengikut ruang dan kesempatan yang ada)

JOM melakukan amal-amal yang menjadi keutamaan dalam kehidupan kita

#Rahmah Untuk Semua#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

29hb Februari 2016


Menghalang sihir dan santau

Sihir atau santau dapat di halang dengan MENGAMALKAN GARAM mengikut cara NABI S.A.W.

~ Sebelum makan Nabi letak secubit garam di lidah untuk elak santau dan tapis makanan yang akan di makan.

~ Sampai di tempat baru, Nabi ambil garam dulu untuk sesuaikan hormon terlebih di tempat baru.
~ Untuk ubat penyakit rohani, air perlu di campur garam terutama sihir dan santau. Kenapa ye? Allah dah cipta garam untuk penarik toksid/asid/racun dalam darah atau tubuh dan juga penarik unsur2 negatif.

~ Pengamalan Pengamal Perubatan Islam untuk bersih rumah atau pagar rumah perlu tabur garam di sekeliling rumah.

~ Garam juga unsur yang boleh 'balance' balik sistem tubuh kita.

~ Garam boleh jadi rosak apabila dimasak atau bertindakbalas dengan suhu yang tinggi/panas, maksudnya kalau nak masak. Guna garam bukit dan jangan bubuh garam masa makanan menggelegak atas dapur. Tutup api dan biar suhu turun dulu, baru letak garam.

~ Kita panggil bubuh garam atas darat macam org arab buat. Bubuh garam masa nak makan. Sebab? Garam ada sodium dan potassium... Tubuh perlu potassium lebih. Kalau panas garam hanya tinggal sodium, potassium rosak dalam suhu panas. Sebab tu kena darah tinggi.

~ Selok-eloknya di tempat makan sentiasa ada mangkuk kecil garam dan sunnah Rasulullah SAW mencalit secubit garam menggunakan jari kelingking kanan dan dletakkan ke lidah bahagian depan. Ianya akan mngaktifkan kelenjar enzim penghadaman.

Khasiat Garam dalam Perubatan Islam ada beberapa petua penggunaannya.

1. Merendam kerang supaya hilang tahinya. Dalam kaedah perubatan Islam, sesuatu perkara yang buruk diubat dengan asalnya. Kerang berasal dari laut dan garam digunakan untuk meneutralkan keburukannya (tahi).

2. Mengurang tahap kemasinan ikan masin. Ikan kering yang terlalu masin boleh dikurangkan kadar kemasinannya dengan merendam dalam air garam juga.

3. Mengubat gout. Gout disebabkan pemakanan makanan laut yang berlebihan. Orang yang tinggal berhampiran pantai boleh menanam badan dalam pasir laut. Bagi mereka yang tinggal di bandar, garam kasar digoreng dan didemahkan di tempat sakit ketika garam masih panas.

4. Merawat cirit-birit. Minum air yang dicampur sedikit garam.

5. Merawat mabuk perjalanan. Untuk merawat mabuk perjalanan, garam dicampur madu dan air kemudian di minum sebelum memulakan perjalanan.

6. Garam diguna untuk merawat kegatalan. Air yang dicampur garam disapukan pada kulit yang gatal.

7. Menambah imuniti badan akibat perubahan hawa/angin. Hal ini berlaku di sesetengah tempat di negeri Arab. Misalnya pelajar Malaysia yang berkunjung ke Arab akan mengalami alahan terhadap hawa/angin tempat baharu. Air garam diminum sebagai ubatnya.

8. Menghilangkan penat kerana kerja berat. Amalan orang-orang Melayu tradisional yang bertani, bersawah atau bertukang ialah meminum air sejuk yang dicampur garam.

9. Mengelak sihir/gangguan jin bagi mereka yang bermalam di hutan. Garam adalah sumpahan jin. Garam yang dibaca padanya dengan Al-Fatihah (sekali) dan ayat al-Kursi (ayat 255 surah al-Baqarah – 7 kali) ditabur di sekeliling khemah.

10. Mengelak gangguan syaitan/jin kepada bayi. Ada ketikanya bayi kerap menangis waktu malam. Untuk mengatasi masalah ini, garam dicampur dengan bawang merah, bawang putih dan lada hitam. Campuran itu diletak dalam gelas/cawan/bekas yang terbuka. Bekas itu diletakkan di bahagian kepala bayi.

11. Mengubat orang yang diganggu jin. Bagi orang dewasa yang dikhianati (disihir), cara mengubatnya ialah dengan meletakkan garam yang dibaca al-Fatihah di perdu lidah. Perdu lidah ialah bahagian bawah lidah yang apabila diangkat akan nampak urat hijau lidah.

Semoga bermanafaat. In Shaa Allah


BAHANA MENINGGALKAN SOLAT SUBUH

Allah SWT akan mencampakkannya kedalam neraka Jahannam selama 60 tahun.

Sahabat sekalian, 1 tahun di akhirat tidak sama dengan dunia. Jika 1 tahun di dunia kita sudah rasa agak lama, di akhirat 1 tahun bersamaan dengan 60,000 tahun di dunia.

MasyaAllah. 7 keturunan kita pun belum lepas 1 tahun jika kita hidup di akhirat.


Saturday, 27 February 2016

Mutiara kata


55 AMALAN SUNNAH RASULULLAH

1. PANDANGAN MATA
Pandangan mata adalah anak panah iblis. Lihat bukan muhrim sekali saja. Lihat kali kedua akan hilang nikmat ibadah 40 hari. Tiada kusyuk.

2 MAKAN GARAM
Celup jari kelingking dalam garam, menghisapnya sebelum dan selepas makan. Garam adalah penawar paling mujarab keracunan dan boleh menghalang sihir.

3. MINUM TANGAN KANAN
Sentiasa minum memegang gelas dengan tangan kanan. Iblis minum dengan tangan kiri.

4. SESAAT DI JALAN ALLAH
Sesaat berdiri di jalan Allah lebih baik dari solat di depan hajarul aswad pada malam Qadar walaupun hanya sekadar "hai kawan ayuhlah kita solat"

5. LANGKAH KANAN
Masuk masjid kaki kanan, keluar kaki kiri. Masuk rumah kaki kanan, keluar rumah kaki kiri. Masuk tandas kaki kiri, keluar kaki kanan.

6. MAKAN TIGA JARI
Nabi s.a.w makan kurma dengan 3 jari iatu jari ibu, telunjuk dan hantu. Kita makan nasi kalau susah bolehlah dengan 3 suapan pertama ikut sunnah.

7. JAMINAN ALLAH
3 orang mendapat jaminan Allah iaitu orang yang memberi salam sebelum masuk rumah, orang yang keluar ke masjid dan orang yang keluar ke jalan Allah.

8. GUNTING BULU
Apabila lelaki dan perempuan tidak menggunting, mengemas bulu kemaluan dan ketiak selama 40 hari, maka iblis akan bersarang dan berbuai di situ.

9. JANGAN BERSIUL
Jangan bersiul kerana sewaktu mula-mula dibuang ke dunia, iblis mengembara sambil bersiul-siul dan orang yang bersiul itu adalah penghibur iblis.

10. CARA POTONG KUKU TANGAN
Mula dari jari telunjuk yang kanan terus ke kanan sampai kelingking kanan, disambung dari kelingking kiri ke ibu jari kiri hingga ibu jari kanan.

11. CARA POTONG KUKU KAKI
Mula dari kelingking kanan ke sebelah kiri sampai kelingking sebelah kiri.

12. PANJANG LENGAN BAJU
Panjang lengan baju Rasulullah SAW adalah hanya sampai pergelangan tangan sahaja.

13. PAKAIAN KESUKAAN
Pakaian kesukaan Rasulullah SAW adalah gamis iaitu baju labuh atau kurta.

14. BERSIWAK
Jika didahului dengan bersiwak (bersugi), satu kali anda bertasbih maka Allah hitung 70 kali bertasbih. Jika bersolat akan dihitung 70 kali solat.

15. DOA DALAM SUJUD
Saat yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah ketika bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya.

16. ADAB DI TANDAS
Masuk tandas kaki kiri, pakai alas kaki dan tutup kepala.

17. ADAB MAKAN
Hendaknya menghindarkan diri dari kenyang yang melampaui batas. Sepertiga makanan, sepertiga minuman dan sepertiga lagi untuk bernafas.

18. TIGA JENIS ORANG
3 jenis orang yang tidak akan dipandang oleh Allah SWT pada hari kiamat iaitu orang tua penzina, Raja yang berdusta, orang miskin yang sombong.

19. PAKAI MINYAK WANGI
Memakai minyak wangi adalah Sunnah maka pakailah terutama ketika hendak bersolat, ke masjid atau ke mana sahaja.

20. AMBIL WUDUK SEBELUM TIDUR
Gosok gigi dan ambil wuduk sebelum tidur malam kerana menjadi amalan yang sangat dirahmati dan menghindar gangguan iblis dan syaitan.

21. CINCIN PERAK
Pakai cincin perak di kelingking kanan atau kiri. Akan mendapat pahala Sunnah berterusan selama memakainya.

22. SOLAT FARDHU DI MASJID
Nabi SAW tidak pernah solat fardhu di rumah. Setiap langkah kanan ke masjid akan diangkat satu darjat dan langkah kiri akan dihapus satu dosa.

23. PAKAI CELAK
Gunakan celak ismid (dari galian) kerana ia menguatkan penglihatan dan menumbuhkan bulu mata. Setiap malam dicalit tiga kali pada mata kanan dan kiri.

24. PANJANG PAKAIAN
Panjang pakaian , jubah atau seluar seorang muslim adalah antara setengah betis dan tidak melebihi buku lali .

25. SOLAT FARDHU BERJEMAAH
Solat fardhu berjemaah di masjid dibayar 27 kali lipat dari solat sendirian di rumah. Jika anda waras dan sempurna akal, di manakah anda akan solat?

26. MENGUAP
Menguap adalah dari syaitan. Bila rasa hendak menguap, tahanlah atau tutuplah mulut dengan belakang tangan kerana syaitan akan masuk melalui mulut.

27. MENYIMPAN JANGGUT
Memotong misai dan menyimpan janggut. Lebih afdal dengan jambang sekali. Diberi pahala amal berterusan selama menyimpannya.

28. JANGAN MENGHADAP KIBLAT KETIKA BUANG AIR
Jangan menghadap / membelakang Kiblat ketika buang air kecil / besar. Dibolehkan bila dalam bangunan, itupun kalau terpaksa.

29. WARNA PAKAIAN RASULULLAH
Disunatkan memakai pakaian berwarna putih kerana Rasulullah SAW menyukai pakaian berwarna putih.

30. POSISI TIDUR
Posisi tidur yang dianjurkan ialah mengereng di atas rusuk kanan, muka dan badan mengadap kiblat dan tapak tangan kanan di bawah pipi.

31. MINUM LEPAS MAKAN
Lepas makan nasi jangan terus minum. Tunggu sebentar anggaran selama berjalan 40 langkah barulah minum.

32. TIDUR SEBELUM ZOHOR
Tidur sebentar sebelum Zohor kerana ianya membantu ibadah di malam hari dan bangun sebelum gelincir matahari untuk solat Zohor.

33. BERDIRI HORMAT
Rasulullah SAW membenci perbuatan orang bangun dari tempat duduk dan berdiri memberi hormat apabila baginda lalu atau masuk ke suatu majlis.

34. PAKAIAN BERWARNA
Dilarang memakai pakaian warna kuning kemerahan seperti yang dipakai oleh sami Hindu / Buddha khususnya bagi lelaki.

35. MAKAN DENGAN ORANG MISKIN
Rasulullah SAW suka memberi makan atau makan bersama orang miskin. Jika kita makan bersama orang miskin, hendaklah kita mendahulukan mereka.

36. MENU RASULULLAH
Rasulullah SAW membuka menu sarapannya dengan segelas air sejuk yang dicampur dengan sesendok madu asli.

37. PEMBERIAN YANG TIDAK BOLEH DITOLAK
Ada 3 pemberian yang tidak boleh ditolak iaitu bantal, minyak wangi dan susu.

38. KETAWA RASULULLAH
Ketawa Rasulullah SAW hanyalah senyuman.

39. MINUMAN RASULULLAH
Minuman yang paling disukai oleh Rasulullah SAW adalah minuman yang manis dan dingin.

40. HISAP AIR DALAM HIDUNG
Ketika membersihkan diri setelah bangun tidur jangan lupa menghisap air ke dalam hidung 3x kerana syaitan bermalam dalam lubang hidung.

41. BERI MAKAN ANAK YATIM
Nabi SAW suka memberi makan anak yatim. Sesiapa yang duduk makan bersama anak yatim dalam satu bekas, syaitan tidak akan menghampiri bekas tersebut.

42. LARANGAN PAKAI CINCIN
Dilarang memakai cincin di jari telunjuk dan jari tengah.

43. BANGUN TIDUR
Nabi SAW bangun tidur lalu duduk seraya mengusap muka dengan telapak tangan agar hilang ngantuknya dan membaca doa bangun tidur.

44. KONGSI MAKANAN
Jangan kedekut berkongsi makanan. Nabi SAW suka makan makanan yang banyak tangan memakannya.

45. 4 RAKAAT SEBELUM ZOHOR
Solat 4 rakaat setelah gelincir matahari sebelum zohor. Saat itu pintu langit dibuka untuk menerima amal soleh dan tertutup ketika solat zohor.

46. ISTIGHFAR
Nabi SAW beristighfar kepada Allah mohon keampunan dosa dan bertaubat setiap hari lebih dari 70 kali.

47. JANGAN MENCACI MAKANAN
Jangan mencaci makanan. Jika suka, makanlah , jika tidak suka biarkan sahaja.

48. APABILA BERTAMU
Apabila bertamu, jangan berdiri memberi salam di depan muka pintu tetapi dari sisi agar terpelihara pandangan dari melihat terus ke dalam rumah.

49. JAWAB SALAM DALAM TANDAS
Tidak diperkenan menjawab salam ketika di dalam tandas kerana ada lafaz Allah dalam kalimah jawab salam. Cukup dengan berdehem atau isyarat suara.

50. MAKANAN PANAS
Rasulullah SAW melarang meniup makanan panas. Hendaklah biarkan sejuk sedikit hingga mudah untuk dimakan.

51. GILIRAN MINUM
Jika berkongsi minum dalam satu bekas atau botol, hendaklah memberi giliran minum yang berikut kepada orang yang di sebelah kanan.

52. 3 AMAL
Nabi SAW menasihati jangan meninggalkan 3 amal iaitu puasa 3 hari sebulan (afdal 13,14,15 hb Hijrah), solat Dhuha dan solat sunat Witir.

53. JANGAN TIDUR MENIARAP
Jangan tidur meniarap kerana ia adalah posisi tidur ahli neraka dan yang dibenci Allah.

54. CARA PEGANG MISWAK
Miswak dipegang dalam keadaan jari kelingking dan ibu jari di bawah miswak dan jari lain di bahagian atas.

55. DUA RAKAAT SEBELUM SUBUH
Dua rakaat sunat sebelum solat fardhu Subuh itu adalah lebih baik dari dunia dan segala isinya....

Sebarkan...supaya lebih ramai lagi yang mengamalkn sunnah...jom amal sunnah nabi!!


ADAKAH NAMA ANDA TERCATAT (TERUKIR) DALAM PENDAFTARAN MILIK ALLAH ?

Kisah seorang tukang besi bermusykil seorang Ustaz:

"Ustaz. Mengapa Saya merasa bosan dengan hidup saya yang begini-gini juga..! Terus hambar, tak tentu arah dan tak ada nikmatnya..! Bosan saya Ustaz! Saya ingin bahagia tapi kenapa susah sangat utk mendapatkan nya?"

Ustaz pun menjawab : "Ooooh..! Mungkin dimasa ini Allah juga sedang bosan dengan tuan."

"Allah bosan dengan saya? Maksudnya bagaimana Ustaz?"

Ustaz menjelaskan : "Mungkin Allah telah letih mencari tuan, namun tuan tak pernah ditemui dimana-mana.

✿ Dicari diantara kumpulan Sholat Dhuha tak ada. Dicari diantara kumpulan Sholat Tahajjud tak ada.

✿ Dicari diantara kumpulan Puasa Sunnah juga tak ada. Dicari diantara kumpulan yg sering bersedekah, juga tak bertemu.

✿ Dicari diantara kumpulan Tadarrus Al-Qur'an, tuan juga tak ada disana. Dicari diantara kumpulan orang orang melakukan ibadah Umrah, namun niat tuan pun belum ada.

✿ Dicari diantara orang2 yang Khusyuk Sholatnya, tak ada. Dicari dimajlis Maulidurrasul dan majlis Selawat tak ada. Dicari diantara yang menuntut ilmu Agama pun tak ada. 

✿ Allah Swt nak mencari tuan dimana? Cuba tuan beritahu!

Maka Menangislah si tukang besi sambil mengusap air matanya lalu beristighfar berulang kali.

Segeralah kembali kepada Allah! Dekatkan diri mu pada Allah. Hanya Allah sahaja ZAT yang boleh menenteramkan hidup kita. 

❀ PASTIKAN NAMA KITA  SENTIASA TERTULIS DALAM DAFTAR YANG DISEBUT ❀

Selamat Berjuang Saudaraku.

Inn Shaa Allah... Allah! akan kurniakan Rahmat bagi Mu.

❀ PENAWAR DALAM ISLAM:

✿ Sering sakit = berpuasa sunnah Rasulullah Ithnin dan Khamis.
✿ Wajah gelap = sholat tahajud
✿ Hati yang sempit = perbanyakkan baca Al-Qua'an
✿ Tidak bahagia = sholatlah tepat pada waktunya.
✿ Cepat marah = berwudhu' dan perbanyakan istighfar.
✿ Gelisah= perbanyakan berdo'a.
✿ Tertekan= perbanyakan berzikir "lahaula walaquwwata illa billah"
✿ Rezeki Kurang beraqah= sering berdo'a untuk orang tua mu.
✿ Hidup Miskin= perbanyakan bersedekah jariah.

Kongsikan pesanan ini pada sahabat yang lain agar bermanfa'at!.


Intisari Qutbah Jumaat masjid2 di Johor

Tajuk: Takut dan Berharap.

1) Orng yg bersifat berharap dn takut kpd Allah merupakn golongan yg hampir kpd Allah- ke maqam yg tinggi dn terpuji.

2) Berharap membawa perasaan tenang kerana menunggu ssuatu yg disukai umpama menanam benih iman; menyiramnya dgn air ketaatan; menyucikn hatinya dpd duri akhlak yg buruk lalu menunggu kurniaan Allah sehingga saat kematian.

3) Hadith RSAW bermaksud "orng yg cerdik ialah orng yg bermuhasabah diri dn beramal utk menghadapi saat kematian manakala orng yg lemah ialah orng yg menjadikn nafsunya sbg ikutn ttapi bercita2 utk dapat ganjaran dpd Allah."

4) Takut menggambarkn kegelisahan hati dn orng yg paling takut ialah orng yg paling  mengenali diri dn Penciptanya spt firman Allah surah Fathir/28.

5) Orng yg berperasaan takut akn sentiasa merenung segala risiko perbuatannya dn akn mengisi masanya dgn perkara2 berfaedah spt Hadith Nabi SAW bermaksud ".....jika dia takut kpdKu di dunia Aku akn memberikn keamapunan kpdnya pd Hari Qiamat kelak."

6) Sabda Nabi SAW bermaksud "dua mata yg x akn disentuh oleh api Neraka iaitu mata yg menangis kerana takutkn Allah dn mata yg berjaga mlm pd jln Allah."

7) Ketika saat kewafatan ssorng- sifat berharap kpd Allah sangat la tinggi ttapi pd ketika itu tiada memberi sebarang faedah lagi kerana peluang utk beramal sudah tertutup.

8) Ssorng yg hampir wafat hendaklah mnjadikn dirinya kasih kpd Allah; rindu utk bertemu Allah dn berbaik sangka kpd Allah.

9) Sifat takut kpd Allah terhasil dpd keimanan ttng balasan baik Syurga dn balasan buruk Neraka spt firman Allah surah Al-imran/30.

10) Tanamkn rasa takut atas ancaman Allah juga tanamkn pengharapan yg tinggi kpd Allah agar jiwa sentiasa tenang spt firmanNya surah Al-fajr/27-30

11) Pengajaran dari qutbah;
-sifat takut dn berharap hendaklah ujud dlm diri setiap mukmin.
-sikap berputus asa adalah dilarang.
- segera bertaubat atas setiap kesalahan yg dilakukn.

Barakallahuliwalakum..


Perkongsian ilmu ibu bapa

Perkongsian ilmu ibu bapa oleh Ustaz Pahrol Mohamad Juoi pada 1 Jan 2015 di Surau Al-Kauthar S4,  Bandar Baru Bangi.

Antara perkongsiannya:

1. Kalau kita berasa sukar mendidik anak bersabarlah. Tengoklah betapa sukar kita nak didik diri sendiri utk istiqomah solat awal waktu, solat berjemaah, baca Quran, puasa Isnin Khamis dsbnya... tambah2 lagilah utk mendidik org lain... maka bersabarlah dlm mendidik. Dlm banyak keadaan matlamat kita utk anak2 sudah benar tp kebenaran kerap tewas kerana tidak sabar dan tidak bijaksana.

2. Tuntutlah ilmu berterusan walaupun perkara asas. Biarlah kita mati semasa menuntut ilmu.

3. Jgn label anak. Blh kata anak malas tp jgn label dia 'pemalas'. Panggil nama anak dgn nama yg baik sb itu adalah labelnya.

4. Letakkan misi dan visi yg jelas kpd anak. Jadi hamba Allah yg baik. Ilmu wahyu adalah asas menjadi hamba Allah yg baik. Ditambah dgn acquired knowledge ilmu akademik. Sesungguhnya lebih SUKAR didik anak jadi BAIK drp didik anak jadi CERDIK.

5. Anak bukan milik kita tp amanah kpd kita. Didiklah anak mengikut kehendak pemberi amanah. Jgn bawa anak2 kpd kita, bawalah anak2 kpd Allah.

6. Ibu sama dgn Ramadhan sbb ibu adalah madrasah anak2 dan Ramadhan adalah madrasah ummah. Ibu ada cuaca dlm rumahtangga. Doa ibu lebih mustajab dari doa ayah kerana sayangnya lebih berakar kpd anak drp ayah.
Sbb itu hadiah terbaik seorang ayah utk anaknya adalah mencintai ibu anak tersebut (isterinya) sepenuh hati.

7. Pendidikan anak2 bermula di saat seorang lelaki mencari calon isterinya. Yg sudah berkahwin dan ada anak2 tidak terlambat untuk membuat kebaikan... didiklah isteri berterusan. Ceriakan isteri maka cerialah rumahtangga.

8. Didiklah anak dgn Al Quran. Ibnu Sina hafiz pd masa umurnya 7 thn. Ini antaranya kerana semasa dlm kandungannya ia telah dididik oleh ibu yg hafizah. Kita bukan hafiz tp pastikanlah anak2 sekurang2nya kenal huruf Al Quran melalui kita. Ambillah barakah ini.

9. Ibu bapa pemimpin kpd anak2. Pemimpin yg baik adalah yg besar pengaruhnya kpd anak2. Skrg ni anak2 tadika lebih percaya ustazah di sekolah dari ibu bapanya. Anak remaja lebih percaya kawan dari ibu bapanya... akhirnya ibu bapa hilang pengaruh kerana dunia tanpa sempadan amat besar pengaruhnya.

10. Tingkatkanlah pengaruh dari rasa percaya dan kepercayaan. Dlm rmhtangga, dipercayai adalah lebih utama drp dicintai. Contoh: Berapa ramai isteri yg mencintai suaminya tp tidak mempercayainya...

11. Walk the talk. Didiklah diri kita dlm usaha mendidik anak2 kita. Bantulah anak2 menjadi soleh dan solehah dgn membanyakkan amalan SUNAT. Oleh itu, untuk mendidik anak2 mengerjakan amalan wajib didiklah diri kita mengerjakan amalan sunat.

12. Niatkanlah kebaikan yg kita lakukan spt sedekah banjir dsbnya sebg tawasul anak2 menjadi baik. Cth: moga dgn sedekah ini, tetaplah solat anak2ku..

13. Sayangilah anak2 kerana kita sayang dia bukan krna dia sayang diri kita. Cth: kita jadikan anak2 kuda lumba utk kebanggaan kita. Anak dpt result yg baik terus war2kan... anak yg tak dpt elok diamkan dan dimarah krna memalukan kita... jgn membezakan anak2 yg pandai dgn yg kurang pandai...

Sedikit perkongsian utk kebaikan bersama walaupun diri serba kekurangan....


Aktivi petang bant hari ini..


PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Amalan Paling Utama Ialah Solat Diawal Waktu

عَنْ الْقَاسِمِ بْنِ غَنَّامٍ عَنْ عَمَّتِهِ أُمِّ فَرْوَةَ وَكَانَتْ مِمَّنْ بَايَعَتْ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَتْ سُئِلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيُّ الْأَعْمَالِ أَفْضَلُ قَالَ الصَّلَاةُ لِأَوَّلِ وَقْتِهَا

Dari Al Qasim bin Ghannam dari bibinya Ummu Farwah dan dia termasuk orang yang ikut serta berbaiah kepada Nabi SAW bahwasanya ia berkata; "Nabi SAW pernah ditanya, "Amalan apakah yang paling utama?" baginda menjawab: "Solat pada awal waktu."[HR. Tirmidzi No: 155].

Pengajaran:

1.  Keutamaan amalan kepada seorang Muslim ialah solat di awal waktu

2.  Sakit dan kematian tidak diduga ketibaannya. Menyegerakan kewajipan yang fardhu seperti solat apabila masuk waktu boleh menjadi pendinding kelalaian solat. Kita tidak tahu bila saatnya kita akan dijemput menghadap Allah. Yang paling dibimbangi, maut menjemput sebelum sempat solat kerana tidak menunaikannya pada awal waktu

3.  Orang yang melalaikan waktu solat akan dimasukkan ke dalam neraka wail. Firman Allah:

فَوَيْلٌ لِلْمُصَلِّينَ (4 )  الَّذِينَ هُمْ عَنْ صَلاتِهِمْ سَاهُونَ (5)

(kalau orang yang demikian dikira dari bilangan orang-orang yang mendustakan ugama), maka kecelakaan besar bagi orang-orang ahli sembahyang. (laitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya.  (al-Maun: 4-5)

Saidina Abbas menerangkan: Wail adalah satu wadi (kawasan lembah yang dalam antara dua gunung dalam neraka jahanam). Ia menjadi tempat kediaman bagi orang yang melewat-lewatkan solat dari waktunya.

Ayuh jaga solat di awal waktu

#Rahmah Untuk Semua#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

27hb Februari 2016


Friday, 26 February 2016

Undangan dari Chaah











Terima kasih dan jazakumullah khairan (moga2 ALLAH kurniakan ganjaran kebaikan kesemuanya) kepada tuan rumah CIKGU ZAHID RAHMAT atas jemputan majlis kesyukuran menyambut cucu pertama.

Kami warga AKADEMI TEKNOLOGI TAKZIM SEGAMAT mendoakan
1.cikgu sekeluarga dipermudahkan rezeki,
2.ibadah dan
3.kesihatan  serta kami
4.doakan seluruh ahli keluarga cikgu sebagai calon ahli syurga

DOAKAN KAMI JUGA AGAR DIPERMUDAHKAN SEMUA URUSAN KAMI


Tuesday, 23 February 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Meninggalkan Solat Asar Ibarat Kehilangan Keluarga dan Harta

عَنْ ابْنِ عُمَرَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الَّذِي تَفُوتُهُ صَلَاةُ الْعَصْرِ كَأَنَّمَا وُتِرَ أَهْلَهُ وَمَالَهُ

Dari Ibn Umar bahwa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa kehilangan solat asar, seolah-olah ia kehilangan keluarga dan hartanya." (HR Muslim No: 991)

Pengajaran:

1.  Wajib setiap Muslim mengerjakan solat lima waktu sehari

2. Solat Asar anta solat yang sering dicuaikan pelaksanaanya.

3.  Orang yang meninggalkan solat asar seolah-olah dia kehilangan ahli keluarga dan seluruh hartanya.

Ayuh pelihara solat kita terutama solat waktu asar kerana kelalaian mahupun kesibukan ketika waktu asar boleh menyebabkan solat Asar tidak dilaksanakan.

#Rahmah Untuk Semua#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

24hb Februari 2016


Sunday, 21 February 2016

Rehlah dan lawatan ke Melaka

Assalamualaikum, setelah mendapat kelulusan dalam mesyuarat AJK PROGRAM REHLAH DAN LAWATAN KE MELAKA  dengan ini kami pihak akademi tahfiz mempelawa kepada parent yang berkelapangan, berminat dan ingin bersama megikuti program di atas.

Tarikh lawatan bersamaan dengan hari keputeraan Sultan Johor pada 23 dan 24 mac 2016 iaitu hari rabu dan khamis.

Mesyuarat telah memutuskan rombongan akan menginap semalaman di homestay di Melaka. Homestay itu boleh muat 80 orang.

Sehubungan dengan ini, parent yang berminat dikehendaki;

1. Menyatakan bilangan ahli yang terlibat.
2. Jenis kenderaan
3. Nama anak di tahfiz.

Sekian untuk tindakan bersama..

Terima kasih


Friday, 19 February 2016

Sumbangan 8 buah meja, 9 buah kerusi

Moga-moga sumbangan ini melengkapkan fungsi madrasah bagi mendidik anak2 tuan/puan didoakan penyumbang ini dipermudahkan segala urusan dan ALLAH sahaja yang layak membalasnya


Monday, 15 February 2016

pgrm serahan kunci rumah

Program serahan kunci rumah  3 unit kepada pelajar tahfiz


Sunday, 14 February 2016

KE ARAH MEMASYARAKATKAN AKADEMIK TAHFIZ

Bacaan yaasiiin dan tahlil.
Dua kematian, semalam dan hari ini. Soerang sakit kanser, seorang lagi kemalang maut di jalan Paloh Hinai. Kedua dua perempuan.


Saturday, 13 February 2016

Perhimpunan Mingguan


Jadual Waktu Sistem Badan Manusia!

SEMUA PERLU TAHU:

Waktu Pagi

3:00 am – 5:00 am

Paru-paru – Ini adalah waktu terbaik untuk bangun dari tidur. Ketika ini terdapat lebih banyak kandungan ozon di udara. Ini akan memberi satu sumber tenaga yang baru jika mengamal latihan pernafasan, yoga serta bertakafur. Mereka yang mempunyai asma tidak patut tidur waktu ini dan boleh merasai kesukaran bernafas.

(Subhanallah: bertepatan dgn sunnah bangun tahajjud)

5:00 am – 7:00 am

Usus Besar - Mereka yang bangun tidur pada waktu ini tidak akan menghadapi masalah sembelit. Jika membuang air besar dan mandi dengan air sejuk diselesaikan dalam waktu ini, masalah kegugupan boleh dihindarkan.

(beruntung yg amal bangun subuh)

7:00 am – 9:00 am

Perut - Sarapan patut diambil dalam tempoh masa ini.

9:00 am – 11:00 am

Limpa – Tidak minum dan makan waktu ini walaupun setitik air. Jika makan pada waktu ini akan mengakibatkan suhu badan meningkat, menambahkan keletihan dan mengurangkan tahap pencernaan. Ini lebih terserlah pada pengidap diabetes yang akan merasa kegigilan dan mengantuk.
(sesuai amal dhuha)
 
Waktu Tengahari

11:00 am – 1:00 pm

Jantung – Hanya air sahaja yang diambil pada ketika ini. Tidak sepatutnya melakukan kerja berat atau tidur di masa ini. Jika tidak lebih karbon dioksida akan bercampur dengan oksigen. Ini akan meningkatkan kemungkinan terkena serangan jantung,lumpuh atau kesakitan badan.

Kebiasaannya pihak hospital akan lebih berjaga-jaga pada waktu ini kerana pesakit jantung dan diabetes berkemungkinan diserang sakit jantung berbanding pada waktu lain.

Petang

1:00 pm – 3:00 pm

Usus kecil – Makan tengahari pada waktu ini. Selepas itu duduk & tutup mata untuk rehat selama 5 minit. Elakkan dari tertidur.
(sunnah Nabi 'tidur ayam' seketika)

3:00 pm – 5:00 pm

Pundi Kencing – Sesuai untuk mengambil minuman seperti jus buah atau teh.

5:00 pm – 7:00 pm

Buah Pinggang – Ini adalah masa untuk bersantai dan rehat dari kerja harian. Jika tidak akan memudaratkan ginjal dan jangkitan salur kencing.

Waktu Malam

7:00 pm – 9:00 pm

Dinding Jantung – Makan malam patut diambil pada waktu ini. Jika tidak akan menimbulkan getaran atau sakit di dada.

9:00 pm – 11:00 pm

Ini adalah masa untuk mengembalikan semula tenaga organ-organ yang bekerja sejak pagi. Oleh itu sebaiknya waktu ini seseorang itu hendaklah baring dan bersedia untuk tidur. Elakkan dari membaca buku, menonton tv atau bekerja.

11:00 pm – 1:00 am

Hempedu – Waktu tidur. Jika masih berjaga akan menyebabkan badan kekurangan tenaga untuk bekerja di hari esoknya.

Waktu Lewat Malam

1:00 am – 3:00 am

Hati – Waktu tidur lena. Jika tidak akan memberi kesan  kepada penglihatan dan badan lesu.

Itulah ringkasan jadual waktu badan. Kalau dimendalamkan huraian sedah pasti semuanya bersesuaian dgn tuntutan agama Islam.

Wallahu alam.

۞ Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.

۞ Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.

۞ Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.

۞ Surah Al-Waqi’ah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.

۞ Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.

۞ Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.

۞ Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.

۞ Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.

۞ Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.

۞ Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was. Seterusnya, bagi menangani Syaitan Durjana, Dikatakan juga:-

۞ Ketika anda membawa AL-QURAN, respon syaitan ialah biasa saja, tengok je...

۞ Ketika anda membukanya, syaitan mula curiga.

۞ Ketika anda membacanya, syaitan mula gelisah.

۞ Ketika anda memahaminya, dia mula kejang.

۞ Ketika anda mengamalkan AL-QURAN, dalam kehidupan setiap hari, dia stroke.... Teruskan membaca AL-QURAN dan mengamalkannya agar syaitan terus stroke.

۞ Ketika anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya.

۞ Syaitan kata, "JANGAN SEBARKANNYA, KERANA IA TIDAK PENTING LANGSUNG" Sebarkan biar umat islam mengetahui.


Friday, 12 February 2016

Tahfiz dan akademi


Thursday, 11 February 2016

kelas tambahan Bahasa Arab

Alhamdullilah, setiap Jumaat pagi kelas tambahan Bahasa Arab oleh ustaz Zul ketua panitia bahasa Arab sekolah Agama.








Mohon Hajat Khas 30 juz

Malam tadi acara mohon hajat khas 30 juz agar dipermudahkan urusan madrasah dan anak2 belajar calon hafiz telah diadakan.






Tuesday, 9 February 2016

Cara Mudah Menghafal Alquran

Nasihat Syaikh Dr Shaleh Musa Jibu Hafizhahullah
(Dosen Qur'an dan Bahasa Arab Universitas Jamira, Dubai, Uni Emirat Arab)
(Ahli Qira'at'Asyarah dan mantan dosen Ma'had Ar-Rayah, Sukabumi)

Alih Bahasa oleh:

Al Ustadz H. Harman Tajang, Lc., M. H.I
‪
Pada Pengajian Akbar di Masjid Nurul Hikma, Jl RSI Faisal, Makassar
Senin malam, 8 Februari 2016 M.

Adab Membaca Alquran:

  1. Tidak membacanya, kecuali dalam keadaan suci, sebaiknya berwudhu lebih dahulu
  2. Gosok gigi terlebih dahulu
  3. Memastikan pakaian yang dikenakan bersih dari hadas
  4. Memakai wewangian (Gurunya Syaikh Shaleh tidak mengajar mengaji kecuali dalam keadaan bersih/wangi)
  5. Menghadap kiblat
  6. Memilih tempat yang bersih
  7. Membaca dengan suara indah/tartil
  8. Menghormati mushaf


  • Tidak meletakkannya di bawah ketiak
  • Tidak menggunakan air liur untuk membuka lembaran Alquran
Waktu Baca Alquran:

Jangan pernah sia-siakan waktu kita tanpa bersentuhan dengan Alquran. Betapa banyak waktu dalam perjalanan yang terbuang percuma, misalnya saat menunggu angkutan umum, dalam perjalanan di angkutan umum, di kantor saat menunggu untuk beraktivitas, atau di antara azan dan iqamah

Langkah Mudah Hafal Alquran


  1. Ikhlaskan niat (ini paling menentukan)
  2. Perbanyak doa (kalau perlu merengek-rengek kepada Allah Subhanahu wa Ta'aala agar diberi kemudahan)
  3. Jangan ganti-ganti mushaf (gunakan satu mushaf saja)
  4. Pilih yang paling mudah (satu ayat per hari, atau 2 ayat, atau seperempat halaman atau setengah halaman)
  5. Sesuaikan dengan kemampuan
  6. Usahakan rutin setiap hari
  7. Setiap ayat dibaca 30-50 kali
  8. Muraja'ah/pengulangan 30-50 kali
  9. Pengulangan jangan sekaligus, bisa 10, istirahat, 10, istirahat, 10...dst
  10. Jangan pindah ke ayat baru sebelum benar-benar menghafal ayat sebelumnya
  11. Hukum diri ketika tidak menghafal dalam sehari
  12. Keraskan suara
  13. Rakam hafalan dan dengarkan/evaluasi bacaan
  14. Baca hafalan dalam salat-salat dalam sehari-semalam, terutama dalam salat-salat sunah, termasuk pada qiyamul lail.


Tips Hafal Quran dengan nombor ayatnya

  • Langkah ini sebaiknya dilakukan setelah hafal Alquran
  • Kita memulai kembali menghafal sekaligus dengan nomor ayatnya
  • Caranya, sebutkan seperti ini, "Bismillaahir rahmaanir rahiim 1 (satu)", "Alhamdulillaahi rabbil 'alamiin 2 (dua)", dan seterusnya....
  • Sekali lagi, pengulangan/muraja'ah sangat menentukan

Mengapa Gampang Lupa?


  1. Karena malas mengulang-ulang/muraja'ah hafalan
  2. Seseorang tertipu dengan kecerdasannya. Setelah setor hafalannya ke ustaz/guru, dia sudah tidak mengulang-ulangnya lagi
  3. Beberapa Muslim Mauritania terkenal dengan kecerdasannya, sampai-sampai sulit lupa hafalannya. Ada yang mencoba lupa hafalannya, tetap saja hafal (berbeda dengan kebanyakan orang Indonesia)

Agar Anak Hafal Alquran

1. Cari istri yang sholehah
2. Banyak-banyak memperdengarkan Alquran di rumah. Alquran itu mengusir setan, sebaliknya malaikat akan masuk ke rumah-rumah yang di dalamnya dibacakan Alquran

لا تجعلوا بيوتكم مقابر، إن الشيطان ينفر من البيت الذي تقرأ فيه سورة البقرة

“Jangan kalian jadikan rumah kalian seperti kuburan. Sesungguhnya setan lari dari rumah yang dibacakan surat Al-Baqarah di dalamnya.” (HR. Muslim 780, At-Turmudzi 2877)

3. Saat hamil, perbanyak baca Alquran
4. Pasca melahirkan, perbanyak baca Alquran, jangan musik
5. Saat anak mulai besar, tunjukkan kepada anak betapa pentingnya Alquran kehidupannya
6. Beri motivasi kepada anak dengan hadiah menarik yang ada kaitannya dengan Alquran, misalnya kaset, mushaf per juz, dan lainnya
7. Variasikan cara mengajar kepada anak agar anak tidak tertekan atau bosan
8. Kedepankan kelembutan. Dalam kondisi tertentu, kita harus tegas, tetapi jangan kasar. Utamakan kelembutan dan kasih sayang (Hikmah: Saya tidak angkat cambuk kalau masih bermanfaat nasihat. Saya tidak akan mengangkat cambuk, kalau masih bisa diam)
9. Kalau anak bilang "sulit menghafal", orang tua perbanyak sujud, berdoa kepada Allah Subhanahu wa Ta'aalaa agar dimudahkan

Nasihat Syaikh:

"Ada pepatah yang mengatakan, menghafal di waktu kecil, ibarat mengukir di atas batu. Menghafal di masa tua, ibarat mengukir di atas air. Tetapi, tidak ada batasan usia untuk menghafal Alquran. Orang tua tetap harus diberi motivasi dengan menyapanya 'wahai anak muda'"
Ini yang sempat kami catat dengan segala keterbatasan. Semoga kita semua diberi kemudahan untuk menghafal, memahami, dan mengamalkan Alquran. Aamiin.

Dicatat oleh: Pak Alif
Diedit oleh: Al-Ustadz Takbir
Markaz Imam Malik
__________
0853-9417-5340

Kelas selepas bercuti

10 Febuari: Kelas akademik berjalan seperti biasa selepas anak-anak tahfiz ini menghabiskan percutian bersama keluarga. 




Sunday, 7 February 2016

Antara pesanan kami sebelum bercuti

Selamat bercuti kepada anak-anak tahfiz, ingat segala pesanan dan nasihat, sempatkan didalam didalam hati agar ianya menjadi pakaian setiap hari.

Sebelum bercuti anak-anak tahfiz telah dinasihatkan:

  1. Jaga akhlak dan perangai sebagai pelajar tahfiz
  2. Bukan masanya lagi ditegur, kena marah, kena pukul untuk ingatkan perkara asas iaitu solat dan mengaji
  3. Asbab berubah bukan umur tapi sikap seseorang nak berubah
  4. Balik nanti potong rambut, jaga imej sebagai pelajar tahfiz
  5. Doakan dipermudahkan urusan guru2/pentadbir sekolah agar dipermudahkan semua urusan

Maafkan kami jika ada kekurangan selama 1bulan anaknya bersama kami

Kami ada bekalkan surat pada anak2nya agar disampaikan pada keluarga mahupun saudara mara

Kami di madrasah sangat banyak kekurangan, jika tuan/puan dapat permudahkan utk sesi akan dtg selepas raya Cina

Ustaz Umar ada berpesan minta pelajar tahfiz dah mula jadi imam 5 waktu dirumah kalau tidak pergi masjid / surau

Dalam Penambahbaikan


Maaf, blog ini sedang dalam penambah baikan. 

Sebarang kegagalan didalam mengakses blog ini amat di kesali, insyaAllah kami akan berusaha untuk menyempurnakan secepat mungkin.