Tazkirah

Siri-siri peringatan, ceramah, riadah adalah antara aktiviti yang dijalankan sebagai pengembangan minda anak-anak tahfiz ini.

Kuliah

Anak-anak Tahfiz ini sedang memberikan tumpuan semasa didalam kelas.

Qasidah

Tahfiz ini sering menerima undangan untuk mendendangkan keindahan bait-bait Qasidah didalam majlis yang dianjurkan.

Pelajar Banat

Pelajar Tahfiz Banat sedang mendengar penerangan dan arahan dari guru sebelum melaksanakan aktiviti riadah.

Pelajar Banin

Anak-anak Tahfiz diberikan aktiviti riadah untuk kecerdasan minda mereka.

Tuesday, 22 March 2016

Rombongan Selamat Tiba Di Melaka

Alhamdulillah, rombongan Akademi Tahfiz Teknologi Takzim telah selamat tiba di Melaka. Anak-anak tahfiz mengikuti sessi lawatan yang dianjurkan dengab penuh ceria.


Saturday, 19 March 2016

Antara pelajar terbaik mingguan


Thursday, 17 March 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Didik Anak Untuk Solat


عَنْ عَمِّهِ عَبْدِ الْمَلِكِ بْنِ الرَّبِيعِ بْنِ سَبْرَةَ عَنْ أَبِيهِ عَنْ جَدِّهِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلِّمُوا الصَّبِيَّ الصَّلَاةَ ابْنَ سَبْعِ سِنِينَ وَاضْرِبُوهُ عَلَيْهَا ابْنَ عَشْرٍ

Dari Abdul Malik bin Ar Rabi' bin Sabrah dari Ayahnya dari datuknya ia berkata;
"Rasulullah SAW  bersabda: "Ajarkanlah solat kepada anak-anak diumur tujuh tahun, dan pukullah mereka ketika meninggalkan solat di umur sepuluh tahun." (HR Tirmizi No: 372)

Pengajaran:

1.  Didiklah anak-anak kita solat sejak kecil – ajak solat bersama dan berjemaah.

2.  Proses membimbing, memujuk, dan menggalakkan anak-anak agar menunaikan solat sejak berumur 7 tahun hingga 10 tahun dengan sabar dan bersungguh-sungguh (3 tahun mengasuh dan membimbing anak agar solat sehingga ia menjadi tabiat dan kebiasaan).

3.  Disiplinkan anak-anak dengan menghukum mereka apabila berumur 10 tahun apabila masih enggan menunaikan solat

4.  Sayangilah anak-anak kita dengan memberikan didikan yang betul – ada waktu dalam tempoh belaian dan pujukan (selama 3 tahun). Sampai masa mereka perlu dihukum jika meninggalkan solat fardhu.    
     
Ayuh, didik anak-anak agar solat dengan cara yang betul.     
        
#Rahmah Untuk Semua#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

17hb Mac 2016


PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Mendapat Pengampunan Dosa Antara Jumaat


عَنْ سَلْمَانَ الْفَارِسِيِّ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يَغْتَسِلُ رَجُلٌ يَوْمَ الْجُمُعَةِ وَيَتَطَهَّرُ مَا اسْتَطَاعَ مِنْ طُهْرٍ وَيَدَّهِنُ مِنْ دُهْنِهِ أَوْ يَمَسُّ مِنْ طِيبِ بَيْتِهِ ثُمَّ يَخْرُجُ فَلَا يُفَرِّقُ بَيْنَ اثْنَيْنِ ثُمَّ يُصَلِّي مَا كُتِبَ لَهُ ثُمَّ يُنْصِتُ إِذَا تَكَلَّمَ الْإِمَامُ إِلَّا غُفِرَ لَهُ مَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْجُمُعَةِ الْأُخْرَى

Dari Salman Al Farsi berkata, "Nabi SAW bersabda: "Tidaklah seorang laki-laki mandi pada hari Jumaat lalu membersihkan diri sebaik mungkin, memakai wangian atau haruman yang ada di rumahnya, lalu keluar menuju Masjid (untuk melaksanakan solat Jumaat), dan ia tidak memisahkan antara dua orang (yang sudah duduk) pada tempat duduknya lalu dia solat sebagaimana yang dianjurkan baginya dan diam mendengarkan khutbah Imam, nescaya dia akan diampuni dosa-dosa yang dilakukan di antara hari itu dan jumaat berikutnya." (HR Bukhari No: 834)

Pengajaran:

1.  Antara keutamaan lelaki pada hari Jumaat ialah bersiap awal untuk ke masjid.

2.  Antara adab yang digalakkan pada hari Jumaat:


a.  Mandi sunat Jumaat dengan membersihkan badan sebaiknya
b.  Berwangian
c.  Memelihara adab semasa masuk ke dalam masjid dengan tidak melangkah bahu para Jemaah atau menyelit atau mencelah sehingga memisahkan dua orang yang telah duduk
d.  Duduk diam untuk mendengar khutbah

3.  Orang yang berbuat demikian akan di ampunkan dosanya sehingga bertemu Jumaat yang akan datang.

#Rahmah Untuk Semua#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

18hb Mac 2016


Saturday, 12 March 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Pengunjung Masjid Dijanjikan Tempat Tinggal Di Syurga


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ غَدَا إِلَى الْمَسْجِدِ وَرَاحَ أَعَدَّ اللَّهُ لَهُ نُزُلَهُ مِنْ الْجَنَّةِ كُلَّمَا غَدَا أَوْ رَاحَ
Dari Abu Hurairah dari Nabi SAW bersabda: "Barangsiapa datang ke masjid di pagi dan petang hari, maka Allah akan menyediakan baginya tempat tinggal yang baik di syurga setiap kali dia berangkat ke masjid di pagi dan petang hari." (HR Bukhari No: 622)

Pengajaran:

1.  Keutamaan solat bagi lelaki adalah di masjid

2.  Orang yang pagi dan petang hari sentiasa ke Masjid, Allah akan menyediakan untuknya tempat tinggal yang baik di syurga.

3.  Satu daripada golongan yang mendapat naungan di sisi Allah dihari kiamat ialah lelaki yang hatinya sentiasa tertambat di masjid. Sesuai dengan hadis Rasulullah SAW:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمُ اللهُ تَعَالَى فِي ظِلِّهِ يَوْمَ لاَظِلَّ إِلاَّ ظِلُّهُ.... وَرَجُلٌ قَلْبُهُ مُعَلَّقٌ فِي الْمَسَاجِدِ.....

“Tujuh golongan manusia yang dilindungi Allah di hari yang tidak ada perlindungan pada hari kiamat melainkan perlindungan Allah: …….. lelaki yang hatinya sentiasa tertambat kepada masjid…” (HR Bukhari No: 620)


#Rahmah Untuk Semua#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

13hb Mac 2016


Hadir walimah di Kg. Paya Dalam

Anak-anak tahfiz majkis kenduri walimah di kampung Paya Dalam, hari ini.


Friday, 11 March 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Jarak Rumah Yang Jauh Menggandakan Ganjaran Ke Masjid


عَنْ أَبِي بُرْدَةَ عَنْ أَبِي مُوسَى قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَعْظَمُ النَّاسِ أَجْرًا فِي الصَّلَاةِ أَبْعَدُهُمْ فَأَبْعَدُهُمْ مَمْشًى وَالَّذِي يَنْتَظِرُ الصَّلَاةَ حَتَّى يُصَلِّيَهَا مَعَ الْإِمَامِ أَعْظَمُ أَجْرًا مِنْ الَّذِي يُصَلِّي ثُمَّ يَنَامُ

Dari Abu Burdah dari Abu Musa berkata, "Nabi SAW bersabda: "Orang yang paling banyak mendapatkan pahala dalam solat adalah mereka yang paling jauh perjalanan dari rumahnya ke masjid). Dan orang yang menunggu solat hingga dia melaksanakan solat bersama imam lebih besar pahalanya dari orang yang melaksanakan solat kemudian tidur." (HR Bukhari No: 614)

Pengajaran:

1.  Semakin jauh jarak rumah seseorang dari masjid, semakin banyak pahala dalam solat berjemaah yang dilaksanakan. (beruntung orang yang rumahnya jauh dari masjid namun tetap datang ke masjid)

2.  Seseorang yang menunggu solat dengan datang awal ke masjid hingga dia melaksanakan solat bersama imam, lebih besar pahalanya dari orang yang melaksanakan solat (hanya datang pada waktu hampir solat didirikan).

3.  Ganjaran pahala bertambah dengan seseorang mengambil kesempatan berada di masjid antara dua waktu solat seperti waktu maghrib dan menunggu sehingga waktu isya – sama ada membaca al-Quran, berzkir, mendengar kuliah atau bergaul mesra merapatkan hubungan silaturahim sesama ahli jamaah.

Semoga ganjaran diperolehi bagi mereka yang merebutnya.

#Rahmah Untuk Semua#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

12hb Mac 2016


PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Pahala Solat Berterusan Dan Didoakan Malaikat


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يَزَالُ أَحَدُكُمْ فِي صَلَاةٍ مَا دَامَ فِي مَجْلِسِهِ يَنْتَظِرُ الصَّلَاةَ وَالْمَلَائِكَةُ يَقُولُونَ اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ اللَّهُمَّ ارْحَمْهُ مَا لَمْ يُحْدِثْ

Dari Abu Hurairah berkata; Rasulullah SAW bersabda: "salah seorang dari kalian akan sentiasa berada didalam pahala solat selama masih ditempat solatnya untuk menunggu datangnya solat satu lagi, dan para malaikat berdoa untuknya; 'Ya Allah ampunilah dia, ya Allah sayangilah dia, ' iaitu selama ia belum berhadas." (HR Ahmad No: 8756)

Pengajaran:

1.  Ganjaran berganda bagi orang yang menunaikan solat secara berjemaah

2.  Ganjaran berganda juga bagi orang yang menunaikan solat berjemaah di Masjid

3.  Ganjaran pahala seolah-olah sentiasa berada dalam keadaan solat selama ia masih menanti waktu solat seterusnya di tempat solat tersebut  (di masjid) selama mana ia masih berwuduk.
 
4.  Orang yang berada dalam keadaan demikian, para malaikat akan berdoa untuknya agar dosanya diampunkan dan dia sentiasa dirahmati Allah.


Ayuh rebut pahala berterusan dan mendapat doa makhluk yang tidak ada dosa iaitu Malaikat.

#Rahmah Untuk Semua#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

11hb Mac 2016


Khutbah Jumaat: Fitnah Dajjal

Intisari khutbah Jumaat JDT hari ini:-

1) Apa jua berita dari Rasul SAW perlu diyakini kebenarannya meskipun ia sukar diterima dek akal juga mrupakn wahyu dari Allah SWT.

2) Sabda Nabi SAW bermaksud " Tidak akn berlaku Qiamat sehinggalah terlihat 10 tanda2 berikut spt munculnya dajjal; terbit matahari dri tmpat tngglamnya; turunnya Nabi Esa b Maryam AS; Yakjuj makjuj; .
......terakhir keluar api dari arah negara Yaman yg menghalau manusia ke Padang Mahsyar."

3) Tiga tahun sblm kemunculan dajjal, kehidupn manusia dlm kesusahan...kesempitan...kelaparan akibat kekurangan bekalan makanan.

4) Pd tahun pertama kemunculan dajjal diberitakn 1/3 langit x menurunkn hujan dan 1/3 tumbuh2an x tumbuh.

5) Pd tahun kedua kemunculan dajjal diberitakn 2/3 langit x menurunkn hujan dan pd tahun ketiga pula, bumi langsung x dibasahi hujan menyebabkn tumbuh2an kekeringan dan haiwan2 mati kelaparan.

6) Pd waktu itu bekalan makanan manusi beriman ialah bacaan tahlil; tasbih; tahmid dan takbir.

7) dajjal yg muncul dari antara bumi Syam dan Iraq akn mengembara ke seluruh pelusuk dunia dan pd awalnya akn mengaku sbg nabi kemudian sbg tuhan- riwayat Abu Amamah Albahili.

8) Dua tempat yg x bole dimasuki dajjal ialah Mekah dan Madinah yg dikawal oleh para Malaikat dn ketika kemunculan dajjal, bumi Madinah akn bergegar sebanyak 3X- riwayat Sydina Jabir b Abdillah.

9) Dajjal adalah pembawa fitnah yg paling besar dimana  setiap kaum yg  beriman kpdnya akn diberi air hujan dan bumi yg subur manakala yg menolak ajarannya, buminya akn kering kontang dan lenyap segala kekayaanya.

10) Dajjal boleh menghidupkn ibu bapa yg telah meninggal dnia iaitu berupa 2 makhluk syaitan yg akan mengajak anak2nya supaya beriman kpd dajjal- riwayat Ibn Majah.

11) Allah beri izin pd Dajjlal utk perintah langit dan bumi spt kelihatan subur dgn segala hasil mahsulnya sbg fitnah kpd umat manusia.

12) Dajjal dpt melintasi bumi dari satu tmpat ke satu tmpat dgn pantas utk menyesatkan umat manusia.

13) Antara fitnah dajjal ialah menyediakn 2 jenis sungai yg mengalir deras berwarna putih jernih dan satu lagi spt api yg menyala2...maka minumlah darinya kerana ia air yg sejuk bukan api spt dilihat oleh mata- riwayat Imam Muslim.

14) Jika ditakdirkan kita masih hidup ketika kemunculan dajjal maka mohonlah perlindungan Allah, pegang teguh pd ajaran islam, tingkatkn keimanan, baca dan hayati maksud Al-Q, tunaikan segala kewajipan dan lain2 kebajikan utk ridho Allah.

15) Jadikan 10 ayat pertama dan 10 ayat terakhir dpd Surah Al-kahfi spt amalan harian sbg perisai thdp fitnah dajjal serta perbanyakkn doa dari azab Neraka azab kubur dn dari fitnah hidup dan mati- riwayat Imam Muslim.

16) Bertaqwalah pd Allah, ssungguhnya Allah amat meluputi pengetahuanNya atas segala yg kita kerjakn spt firmanNya surah Al-hasr/18.

Barakallahuliwalakum...


Wednesday, 9 March 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Orang Munafik Berasa Berat Solat Berjemaah Isyak dan Subuh


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَثْقَلُ الصَّلَاةِ عَلَى الْمُنَافِقِينَ صَلَاةُ الْعِشَاءِ وَصَلَاةُ الْفَجْرِ وَلَوْ يَعْلَمُونَ مَا فِيهِمَا لَأَتَوْهُمَا وَلَوْ حَبْوًا وَلَقَدْ هَمَمْتُ أَنْ آمُرَ الْمُؤَذِّنَ فَيُؤَذِّنَ ثُمَّ آمُرَ رَجُلًا يُصَلِّي بِالنَّاسِ ثُمَّ أَنْطَلِقَ مَعِي بِرِجَالٍ مَعَهُمْ حُزُمُ الْحَطَبِ إِلَى قَوْمٍ يَتَخَلَّفُونَ عَنْ الصَّلَاةِ فَأُحَرِّقَ عَلَيْهِمْ بُيُوتَهُمْ بِالنَّارِ

Dari Abu Hurairah berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Solat yang paling berat bagi kaum munafik adalah solat isya` dan solat subuh. Sekiranya mereka mengetahui pahala yang terdapat pada keduanya nescaya mereka akan mendatanginya meskipun dengan merangkak. Dan aku sangat berkeinginan memerintahkan seorang muadzin untuk azan, kemudian aku perintahkan seorang lelaki mengimami mereka, lalu aku pergi bersama beberapa orang dengan membawa kayu bakar menuju orang-orang yang meninggalkan solat berjemaah untuk kemudian membakar rumah-rumah mereka." (HR Ahmad No: 9122)

Pengajaran:

1.  Solat yang paling berat bagi orang munafik adalah solat isyak dan solat subuh. (berat untuk menunaikan secara berjemaah di masjid)

2.  Sekiranya seseorang itu mengetahui pahala yang terdapat pada solat isyak dan subuh berjemaah, nescaya mereka akan mendatanginya (pergi ke masjid) walaupun terpaksa merangkak (kerana sakit).

3.  Rasulullah SAW memberi amaran bagi lelaki yang tidak ke masjid untuk solat waktu tanpa ada apa-apa keuzuran dengan memerintahkan muadzin untuk azan, kemudian memerintahkan seorang mengimami mereka, lalu Rasulullah pergi bersama beberapa orang dengan membawa kayu bakar menuju rumah orang yang meninggalkan solat berjemaah untuk membakar rumah-rumah mereka.

Ayuh jangan ada sifat orang munafik pada kita. Berusaha bersungguh-sungguh untuk memelihara solat isyak dan subuh dengan berjemaah di masjid. Jangan berasa berat dan malas hingga menghalang kita ke masjid.

#Rahmah Untuk Semua#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

10hb Mac 2016


Tuesday, 8 March 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Gerhana Tanda Kebesaran Allah


إِنَّ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ وَإِنَّهُمَا لَا يَنْخَسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وَلَا لِحَيَاتِهِ فَإِذَا رَأَيْتُمُوهُمَا فَكَبِّرُوا وَادْعُوا اللَّهَ وَصَلُّوا وَتَصَدَّقُوا

"Sesungguhnya matahari dan bulan adalah sebahagian dari tanda kebesaran Allah, dan keduanya tidaklah mengalami gerhana karena kematian atau kelahiran seseorang. Kerana itu, apabila kalian melihat gerhana matahari atau bulan, maka bertakbirlah dan berdoalah kepada Allah, serta solat dan bersedekahlah. (HR Muslim No: 1499)


Pengajaran:


1.  Kita disuruh memerhati dan memikirkan tanda-tanda kebesaran dan keagungan Allah di alam ini. Seluruh makhluk di alam ini, samada besar, kecil, yang bergerak mahupun yang diam - di bumi mahupun di langit, semuanya tunduk di bawah pengaturan Allah. Justru sewajarnya kita hanya menyembah kepada Allah yang satu dan tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu apa pun.

2.  Tidak ada sesuatu yang berlaku samada berbentuk musibah atau manfaat seperti kematian atau kelahiran atas campurtangan dari makhluk. Semua atas kekuasaan Allah.

3.  Kewajipan kita untuk takut kepada Allah, karena dengan kebesaran-Nya - sangat mudah bagi Allah untuk menimpakan azab terhadap orang-orang yang durhaka.

4.  Peringatan untuk kita selalu bersandar kepada Allah  dalam menghadapi hal-hal yang menakutkan

5.  Peringatan untuk kita bahwa hal-hal yang menakutkan itu muncul karena dosa-dosa kita, maka hendaklah kembali kepada Allah dengan beribadah dan memohon ampun kepada-Nya agar Allah  menghilangkan musibah tersebut

6.  Disunnahkan bagi yang “melihat” gerhana untuk melakukan sholat gerhana. Adapun bagi yang tidak melihatnya secara langsung, seperti karena terhalang mendung maka tidak disyariatkan

7.  Disunnahkan ketika gerhana untuk bersegera memperbanyak doa, dzikir, istighfar, taubat kepada Allah  dan bersedekah.

8.  Hikmah solat gerhana adalah dalam rangka menaati dan meneladani Rasulullah SAW, dan menundukkan diri kepada Allah  agar diselamatkan dari berbagai bencana

9.  Disunnahkan bersedekah dengan niat karena Allah dan boleh disertakan niat agar Allah menghilangkan musibah.



#Rahmah Untuk Semua#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

9hb Mac 2016


Solat Gerhana Matahari

Anak2 tahfiz mengerjakan solat sunat gerhana di Masjid Lubuk Batu, Segamat pagi tadi.


Saturday, 5 March 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS - Kelebihan Solat Berjemaah Isyak & Subuh

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Kelebihan Solat Berjemaah Isyak & Subuh

عَنْ عُثْمَانَ بْنِ عَفَّانَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ شَهِدَ الْعِشَاءَ فِي جَمَاعَةٍ كَانَ لَهُ قِيَامُ نِصْفِ لَيْلَةٍ وَمَنْ صَلَّى الْعِشَاءَ وَالْفَجْرَ فِي جَمَاعَةٍ كَانَ لَهُ كَقِيَامِ لَيْلَةٍ

Dari Utsman bin 'Affan ia berkata; "Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa melaksanakan solat isyak berjamaah maka ia mendapatkan pahala solat setengah malam, dan barangsiapa melaksanakan solat isyak dan subuh dengan berjamaah maka ia mendapatkan pahala solat sepanjang malam." (HR Tirmizi No: 205)


Pengajaran:


1.  Solat yang dilaksanakan secara berjamaah akan diganjari balasan pahala yang berganda

2.  Seseorang yang melaksanakan solat isya berjemaah seolah-olah ia solat separuh dari malam

3.  Seseorang yang melaksanakan solat isya dan subuh berjemaah, ia akan mendapat pahala seperti dia solat sepanjang malam


JOM rebut peluang mendapat ganjaran berganda dengan ibadat sepanjang malam dengan memelihara solat berjemaah isya dan subuh. 


#Rahmah Untuk Semua#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

6hb Mac 2016


Kursus pengurusan jenazah muslimat di Bukit Siput

Kursus pengurusan jenazah muslimat di Bukit Siput


Pemergian Sheikh Dr Taha Jabir Al Alwani Satu Kehilangan Besar.



Biro Pemahaman&Pemantapan Agama(BiPPA) Keadilan melalui Pengerusi nya YB Sen Dr Muhammad Nur Bin Haji Manuty mengucapkan takziah kepada keluarga Almarhum Sheikh Dr Taha Jabir Al Alwani yang telah meninggal dunia pada 4-Mar-2016.

Pemergiannya merupakan satu kehilangan besar disaat umat dan dunia Islam sangat memerlukan sentuhan Ulama' berfahaman sederhana seperti Almarhum didalam menanggani isu isu keganasan yang seolah dibabitkan dengan Islam.

Almarhum seorang intelektual Islam yang berasal dari Iraq berpendidikan dari Universiti Al Azhar,Mesir.

Almarhum pernah berkhidmat selama 10 tahun (1975-1985) sebagai Profesor Fiqh dan Usul Fiqh di Imam Muhammad Bin Sa'ud Universiti di Riyadh,

Almarhum merupakan antara pengasas Institut Pemikiran Islam Antarabangsa IIIT di Herndon Virginia,Amerika,bersama dengan Sheikh Abdul Hamid Sulaiman, Sheikh Dr Jamal Barzinji Datok Seri Anwar Ibrahim dan Almarhum Sheikh Dr Ismail Al Faruqi pada tahun 1981.

Antara penulisan beliau yang terkenal ialah La Ikraha Fiddin yang menampilkan hujah hujah nya yang universal.


Almarhum Sheikh Dr Taha Jabir Al Alwani adalah merupakan mentor kepada Datok Seri Anwar Bin Ibrahim dan beliau ialah antara Ulama' dunia yang pertama sekali datang ke Malaysia berjumpa dan menyampaikan ucapan kebersamaannya di rumah Datok Seri Anwar pada tahun 1998 selepas tragedi pemecatan dan tuduhan fitnah jijik terhadap Datok Seri Anwar Ibrahim.

Almarhum meninggalkan anak anaknya yang juga tidak kurang hebat berpendidikan,
Dr Zainab Al Alwani, Dr Ruqaya Al Alwani dan Ahmed Al Alwani.

Kepada ALLAH kita memohon semoga segala amalannya diterima,segala dosanya diampuni dan semoga ALLAH mengurniakan kasihan belas merahmatinya.

Sedutan komentar Sheikh Dr Taha Jabir Al Alwani bila ditanya tentang tuduhan liwat terhadap Datok Seri Anwar Ibrahim.

"Saya menyeru pihak terbabit secara jujur, bertakwalah kamu kepada Allah, takutkan akan Dia Yang Maha Bertindak Balas ke atas hamba-hambaNya di akhirat, ingatlah ketegasan Allah dalam al-Quran : Sesungguhnnya hari tersebut (kiamat) tidak akan memberi manfaat harta dan anak-pinak, melainkan mereka yang datang menemui Allah dengan hati yang selamat (dari sebarang penyakit hati yang merbahaya).

Secara peribadi selaku seorang muslim, harapan dan seruan saya kepada Kerajaan Malaysia, agar bertakwa kepada Allah dalam mengurus negara dan rakyat, khususnya orang Melayu/Islam, berakhlaklah dengan nilai akhlak Islam yang murni, dengan tidak melebihkan politik daripada akhlak, jangan bertindak sesuatu yang boleh melucutkan harga diri seseorang atau rakyat hilang keyakinan para pemimpin yang memerintah negara sekarang ini, kerana setiap sesuatu yang zalim itu adalah jalan kegelapan, yang rosak itu akan membawa kepada neraka yang membakar.

Kita bermohon kepada Allah agar Dia memelihara negara dan rakyat di bawah naungan-Nya"


PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS - Kelebihan Solat Berjemaah Di Masjid

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Kelebihan Solat Berjemaah Di Masjid

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَوْ يَعْلَمُ النَّاسُ مَا فِي النِّدَاءِ وَالصَّفِّ الْأَوَّلِ لَاسْتَهَمُوا عَلَيْهِمَا وَلَوْ يَعْلَمُونَ مَا فِي التَّهْجِيرِ لَاسْتَبَقُوا إِلَيْهِ وَلَوْ يَعْلَمُونَ مَا فِي الْعَتَمَةِ وَالصُّبْحِ لَأَتَوْهُمَا وَلَوْ حَبْوًا

Dari Abu Hurairah, dia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Sekiranya manusia mengetahui pahala mendatangi azan dan pahala pada sof pertama, nescaya mereka akan mengundi untuk mendapatkan keduanya, dan sekiranya mereka mengetahui pahala orang yang bersegera mendatangi solat, nescaya mereka akan berlumba-lumba untuk lebih awal, dan sekiranya mereka mengetahui pahala solat isya` dan solat subuh berjemaah, nescaya mereka akan mendatanginya meskipun dengan merangkak." (HR Ahmad No: 7412)

Pengajaran:

Allah memberikan kelebihan yang banyak kepada mereka yang bersegera untuk melaksanakan solat berjemaah di masjid. Antara yang akan menjadi keutamaan dan galakkan:

1.  Sekiranya seseorang itu mengetahui pahala menyahut seruan azan (dgn segera ke masjid) dan pahala berada pada sof pertama, nescaya mereka akan mengundi untuk dapat merebut keduanya

2.  Sekiranya seseorang itu  mengetahui pahala orang yang bersegera menuju ke masjid untuk melaksanakan solat, nescaya mereka akan berlumba-lumba untuk datang lebih awal

3.  Sekiranya seseorang itu mengetahui pahala solat isyak dan solat subuh berjemaah, nescaya mereka akan mendatanginya meskipun dengan merangkak


JOM rebut pahala

#Rahmah Untuk Semua#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

5hb Mac 2016


Friday, 4 March 2016

Perkongsian ilmu ibu bapa

Penyampai: Ustaz Pahrol Mohamad Juoi
Lokasi: Surau Al-Kauthar S4,  Bandar Baru Bangi.

Antara perkongsiannya:

1. Kalau kita berasa sukar mendidik anak bersabarlah. Tengoklah betapa sukar kita nak didik diri sendiri utk istiqomah solat awal waktu, solat berjemaah, baca Quran, puasa Isnin Khamis dsbnya... tambah2 lagilah utk mendidik org lain... maka bersabarlah dlm mendidik. Dlm banyak keadaan matlamat kita utk anak2 sudah benar tp kebenaran kerap tewas kerana tidak sabar dan tidak bijaksana.

2. Tuntutlah ilmu berterusan walaupun perkara asas. Biarlah kita mati semasa menuntut ilmu.

3. Jgn label anak. Blh kata anak malas tp jgn label dia 'pemalas'. Panggil nama anak dgn nama yg baik sb itu adalah labelnya.

4. Letakkan misi dan visi yg jelas kpd anak. Jadi hamba Allah yg baik. Ilmu wahyu adalah asas menjadi hamba Allah yg baik. Ditambah dgn acquired knowledge ilmu akademik. Sesungguhnya lebih SUKAR didik anak jadi BAIK drp didik anak jadi CERDIK.

5. Anak bukan milik kita tp amanah kpd kita. Didiklah anak mengikut kehendak pemberi amanah. Jgn bawa anak2 kpd kita, bawalah anak2 kpd Allah.

6. Ibu sama dgn Ramadhan sbb ibu adalah madrasah anak2 dan Ramadhan adalah madrasah ummah. Ibu ada cuaca dlm rumahtangga. Doa ibu lebih mustajab dari doa ayah kerana sayangnya lebih berakar kpd anak drp ayah.
Sbb itu hadiah terbaik seorang ayah utk anaknya adalah mencintai ibu anak tersebut (isterinya) sepenuh hati.

7. Pendidikan anak2 bermula di saat seorang lelaki mencari calon isterinya. Yg sudah berkahwin dan ada anak2 tidak terlambat untuk membuat kebaikan... didiklah isteri berterusan. Ceriakan isteri maka cerialah rumahtangga.

8. Didiklah anak dgn Al Quran. Ibnu Sina hafiz pd masa umurnya 7 thn. Ini antaranya kerana semasa dlm kandungannya ia telah dididik oleh ibu yg hafizah. Kita bukan hafiz tp pastikanlah anak2 sekurang2nya kenal huruf Al Quran melalui kita. Ambillah barakah ini.

9. Ibu bapa pemimpin kpd anak2. Pemimpin yg baik adalah yg besar pengaruhnya kpd anak2. Skrg ni anak2 tadika lebih percaya ustazah di sekolah dari ibu bapanya. Anak remaja lebih percaya kawan dari ibu bapanya... akhirnya ibu bapa hilang pengaruh kerana dunia tanpa sempadan amat besar pengaruhnya.

10. Tingkatkanlah pengaruh dari rasa percaya dan kepercayaan. Dlm rmhtangga, dipercayai adalah lebih utama drp dicintai. Contoh: Berapa ramai isteri yg mencintai suaminya tp tidak mempercayainya...

11. Walk the talk. Didiklah diri kita dlm usaha mendidik anak2 kita. Bantulah anak2 menjadi soleh dan solehah dgn membanyakkan amalan SUNAT. Oleh itu, untuk mendidik anak2 mengerjakan amalan wajib didiklah diri kita mengerjakan amalan sunat.

12. Niatkanlah kebaikan yg kita lakukan spt sedekah banjir dsbnya sebg tawasul anak2 menjadi baik. Cth: moga dgn sedekah ini, tetaplah solat anak2ku..

13. Sayangilah anak2 kerana kita sayang dia bukan krna dia sayang diri kita. Cth: kita jadikan anak2 kuda lumba utk kebanggaan kita. Anak dpt result yg baik terus war2kan... anak yg tak dpt elok diamkan dan dimarah krna memalukan kita... jgn membezakan anak2 yg pandai dgn yg kurang pandai...

Sedikit perkongsian utk kebaikan bersama walaupun diri serba kekurangan....