Tazkirah

Siri-siri peringatan, ceramah, riadah adalah antara aktiviti yang dijalankan sebagai pengembangan minda anak-anak tahfiz ini.

Kuliah

Anak-anak Tahfiz ini sedang memberikan tumpuan semasa didalam kelas.

Qasidah

Tahfiz ini sering menerima undangan untuk mendendangkan keindahan bait-bait Qasidah didalam majlis yang dianjurkan.

Pelajar Banat

Pelajar Tahfiz Banat sedang mendengar penerangan dan arahan dari guru sebelum melaksanakan aktiviti riadah.

Pelajar Banin

Anak-anak Tahfiz diberikan aktiviti riadah untuk kecerdasan minda mereka.

Monday, 30 May 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS


Yang Menyelamatkan Dari Neraka dan Memasukkan Ke Syurga

قُلْتُ ثِنْتَانِ أَسْأَلُكَ عَنْهُمَا مَا يُنَجِّينِي مِنْ النَّارِ وَمَا يُدْخِلُنِي الْجَنَّةَ قَالَ فَنَظَرَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَى السَّمَاءِ ثُمَّ نَكَسَ رَأْسَهُ ثُمَّ أَقْبَلَ عَلَيَّ بِوَجْهِهِ قَالَ لَئِنْ كُنْتَ أَوْجَزْتَ فِي الْمَسْأَلَةِ لَقَدْ أَعْظَمْتَ وَأَطْوَلْتَ فَاعْقِلْ عَنِّي إِذًا اعْبُدْ اللَّهَ لَا تُشْرِكْ بِهِ شَيْئًا وَأَقِمْ الصَّلَاةَ الْمَكْتُوبَةَ وَأَدِّ الزَّكَاةَ الْمَفْرُوضَةَ وَصُمْ رَمَضَانَ وَمَا تُحِبُّ أَنْ يَفْعَلَهُ بِكَ النَّاسُ فَافْعَلْهُ بِهِمْ وَمَا تَكْرَهُ أَنْ يَأْتِيَ إِلَيْكَ النَّاسُ فَذَرْ النَّاسَ مِنْهُ

Imam Ahmad meriwayatkan dengan sanadnya daripada Ibnu Al-Muntafiq: Aku telah bertemu Rasulullah SAW di Arafah.

Aku lalu berkata, "Aku ingin bertanya kepadamu dua perkara: Apakah yang dapat menyelamatkan aku daripada neraka, dan apa yang menyebabkan aku masuk syurga? ' Lalu Rasulullah SAW menengadahkan kepalanya ke langit dan menurunkannya lagi, kemudian menatapku dengan wajahnya, baginda bersabda: telah meringkaskan soalan kamu tetapi kamu telah bertanya sesuatu yang amat besar dan perjalanannya adalah jauh. Oleh itu berilah perhatian kepada jawapanku:  sembahlah Allah dan jangan kamu sekutukan dengan sesuatupun, dirikan solat yang difardhukan, keluarkan zakat yang diwajibkan, dan berpuasalah pada bulan Ramadan. Jika kamu ingin supaya manusia melakukan sesuatu (kebaikan) kepadamu, maka lakukanlah kebaikan itu terlebih dahulu kepada mereka. Sebaliknya jika kamu benci orang lain melakukan keburukan itu kepadamu, maka kamu hendaklah terlebih dahulu tidak melakukan keburukan itu kepada mereka." (HR Ahmad No: 25901)

Pengajaran:

Rasulullah memberikan peringatan perkara yang boleh menyelamatkan seseorang daripada neraka dan memasukkan seseorang ke syurga:

1.  Menyembah  Allah dan jangan melakukan perbuatan syirik

2.  Menunaikan solat yang difardhukan

3.  Mengeluarkan zakat yang diwajibkan

4.  Berpuasalah pada bulan Ramadan.

Jika kita ingin supaya orang lain melakukan sesuatu (kebaikan) kepada kita,  maka lakukanlah kebaikan itu terlebih dahulu kepada mereka.

Jika kita benci orang lain melakukan keburukan itu kepada kita, maka hendaklah terlebih dahulu kita tidak melakukan keburukan itu kepada orang lain.

Ayuh lakukan amalan ahli Syurga

#Rahmah Untuk Semua#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

31hb Mei 2016


Sunday, 29 May 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS: Orang Kaya Bertakwa Dan Sihat

1 Hari 1 Hadis:


حَدَّثَنَا مُعَاذُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ خُبَيْبٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ عَمِّهِ قَالَ كُنَّا فِي مَجْلِسٍ فَطَلَعَ عَلَيْنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَعَلَى رَأْسِهِ أَثَرُ مَاءٍ فَقُلْنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ نَرَاكَ طَيِّبَ النَّفْسِ قَالَ أَجَلْ قَالَ ثُمَّ خَاضَ الْقَوْمُ فِي ذِكْرِ الْغِنَى فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا بَأْسَ بِالْغِنَى لِمَنْ اتَّقَى اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ وَالصِّحَّةُ لِمَنْ اتَّقَى اللَّهَ خَيْرٌ مِنْ الْغِنَى وَطِيبُ النَّفْسِ مِنْ النِّعَمِ

Telah menceritakan kepada kami Muaz bin Abdullah bin Hubaib dari ayahnya dari pamannya berkata; Kami berada disuatu majlis kemudian Rasulullah SAW datang, di rambut beliau ada sisa-sisa air, kami berkata; Wahai Rasulullah! Kami melihat Baginda sedang bahagia. Rasulullah SAW bersabda: "Benar." Kemudian ketika ada orang berbicara tentang kekayaan. Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya tidak berbahaya kekayaan apabila berada ditangan orang yang bertakwa kepada Allah dan kesehatan bagi orang yang bertakwa kepada Allah itu lebih baik dari kekayaan dan kebahagiaan jiwa itu termasuk kenikmatan." (HR Ahmad No: 22076)

Pengajaran:

1.  Bekerja mencari harta adalah tuntutan dan keperluan untuk diri, keluarga, masyarakat dan Negara

2.  Kekayaan yang dimiliki oleh orang yang bertakwa, tidak menyebabkan bahaya padanya kerana orang yang bertakwa akan memastikan sumber harta dari punca yang bersih dan halal. Orang bertakwa juga akan memastikan harta digunakan ditempat yang diredhai Allah.


3.  Orang bertakwa yang memiliki kesihatan adalah lebih baik baginya daripada kekayaan. Kesihatan akan memudahkan seseorang melaksanakan ibadat dan menyumbang kepada masyarakat dan Negara.

4.  Jiwa yang bahagia - tidak akan menjadikan harta matlamat hidupnya.  Bahagianya jiwa qanaah ini, sebahagian daripada nikmat anugerah Allah.

Ayuh kita miliki sifat takwa dan sentiasa menjaga kesihatan agar dapat melaksanakan ibadah dan menyumbang kepada masyarakat dan Negara.

#Rahmah Untuk Semua#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

30hb Mei 2016


Tuesday, 24 May 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Sifat Orang Mukmin



عَنْ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَيْسَ الْمُؤْمِنُ بِالطَّعَّانِ وَلَا اللَّعَّانِ وَلَا الْفَاحِشِ وَلَا الْبَذِيءِ

Dari Abdullah ia berkata; Rasulullah SAW  bersabda: "Tidaklah termasuk hamba yang mukmin, iaitu mereka yang selalu mengungkap aib (mencela), melaknat, berperangai buruk (berbuat keji)  dan suka menyakiti." (HR Tirmizi No: 1900)

Pengajaran:

Orang Mukmin adalah mereka yang menjauhi sifat berikut:

1.  Mengungkap aib (mencela) orang lain

2.  Melaknat orang lain

3.  Berperangai buruk (berbuat keji)

4.  Suka menyakiti orang lain

Ayuh jauhi sifat mencela, melaknat, berperangai keji dan menyakiti orang lain kerana pemilik sifat ini tidak tergolong dalam kalangan orang yang beriman.


#Rahmah Untuk Semua#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

24hb Mei 2016

Monday, 23 May 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Antara Perbuatan Haram



عَنْ الْمُغِيرَةِ بْنِ شُعْبَةَ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ اللَّهَ حَرَّمَ عَلَيْكُمْ عُقُوقَ الْأُمَّهَاتِ وَوَأْدَ الْبَنَاتِ وَمَنَعَ وَهَاتِ وَكَرِهَ لَكُمْ قِيلَ وَقَالَ وَكَثْرَةَ السُّؤَالِ وَإِضَاعَةَ الْمَالِ

Dari Al Mughirah bin Syu'bah berkata; Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah mengharamkan atas kalian durhaka kepada ibu, mengubur anak wanita hidup-hidup,  serta membenci kalian dari mempercayai setiap khabar yang tak tentu  sumbernya, banyak bertanya dan menyia-nyiakan harta (boros)".(HR Bukhari No: 2231)

Pengajaran:

Rasulullah melarang setiap Muslim daripada melakukan perkara berikut:

1.  Durhaka kepada ibu bapa

2.  Menanam anak perempuan hidup-hidup

3.  Mempercayai kepada khabar yang tak tentu  sumbernya (sama ada melalui lisan juga media sosial seperti FB, Twiter, Whatsapp, Telegram, Akhbar dan lain-lain).


4.  Banyak bertanya yang bertujuan untuk menguji atau mengadu domba

5.  Boros terhadap harta .

Ayuh kita taat kepada kedua ibu bapa, kasihi anak-anak, memastikan setiap berita yang sampai pada kita diselidiki terlebih dahulu kesahihannya, kurangkan bertanya dan berjimat dalam membelanjakan harta.

#Rahmah Untuk Semua#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

23hb Mei 2016

Tuesday, 17 May 2016

Tabung Berbuka Puasa Akademi Tahfiz Teknologi Takzim

Assalamualaikum. Ustaz Syed jual karipap daging kentang segera. Berminat boleh order. 1 bungkus RM5.

Untung jualan karipap akan dimasukkan Dalam tabung berbuka puasa Akademi Tahfiz Teknologi Takzim. Ayuh beli sambil derma untuk tahfiz kita. 😃.

😋 sedapnyer karipap daging kentang. Jom order dgn Ustaz Syed.


Monday, 16 May 2016

PROGRAM IHYA RAMADHAN SERTA SUMBANGAN DERMA UNTUK WARGA AKADEMI TAHFIZ TEKNOLOGI TAKZIM

[AKADEMI TAHFIZ TEKNOLOGI TAKZIM] BALAI ISLAM KG PAYA  DALAM GEMEREH SEGAMAT

Salam Ramadhan Kareem 1437H/2016M.

PROGRAM IHYA RAMADHAN SERTA SUMBANGAN DERMA UNTUK WARGA AKADEMI TAHFIZ TEKNOLOGI TAKZIM

1.PROGRAM BERBUKA PUASA DAN BERSAHUR PELAJAR2 TAHFIZ BERSAMA MASYARAKAT

a. Akan dilaksanakan pada 1-20 RAMADHAN

b. Anggaran kos berbuka puasa 1 Hari - RM 400 (60 pelajar tahfiz dan 10 orang asatizah)

c. Anggaran kos bersahur 1 Hari - RM 300 (60 pelajar tahfiz dan 10 orang asatizah)

tuan/puan dialu2kan berbuka dan bersahur bersama pelajar tahfiz kami

mohon dimaklumkan jumlah yang akan hadir,  sebelum  Zohor hari berbuka


2.PROGRAM BERTADARUS BACAAN ALQURAN 30 JUZ DAN DOA HAJAT / ARWAH

1.Akan dilaksanakan 1-20 RAMADHAN

2.Waktu bacaan selepas Solat Asar

3.Doa dan hajat hendaklah diserahkan nama dan hajat selewat2nya sebelum solat Zohor hari bacaan Al-Quran dan Doa hajat (ditulis di dalam kertas)

4.Doa adalah DOA khusus (contoh niat - BERJAYA DALAM PERNIAGAAN,  SEMBUH DARI PENYAKIT Dan sebagainya)

tuan/puan dialu2kan bersama meraikan Program Tadarus Bacaan Al-Quran 30 juz

Bilangan Pelajar : 60
37 Orang (Lelaki)
23 Orang (Wanita)

Bilangan asatizah : 10 orang

Guru yang boleh dihubungi
1. Ustaz Omar - Mudir - 017-9436 584
2. Ustaz Jamal Adnan al-Hafiz - 018-2202 729
3. Ustaz Sollehuddin  Sidek al-Hafiz - 019-743 7290
4. Ustaz Syed Hanapie Syed Ahmad - 013-779 7843
5. Ustazah NorAimi - 017-918 2403
6. Ustazah Nor Sabiha - 0111-890 5750

Sumbangan anda boleh secara TUNAI @ PINDAHAN ke akaun bank kami
CIMB ISLAMIC CAWANGAN SEGAMAT
8602 4276 53

"Bersama Membina Generasi Al-Quran "

Mencari Pahala, Berkongsi Nikmat.

#Jazakumullah khairan
- Moga2 ALLAH kurniakan ganjaran kebaikan pada anda sekalian

MOHON DISEBARKAN


PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Guru Yang Menyampaikan Kebaikan Didoakan Makhluk Di Langit, Bumi dan Lautan

Dr Ajmain Safar:


عَنْ أَبِي أُمَامَةَ الْبَاهِلِيِّ قَالَ ذُكِرَ لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَجُلَانِ أَحَدُهُمَا عَابِدٌ وَالْآخَرُ عَالِمٌ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَضْلُ الْعَالِمِ عَلَى الْعَابِدِ كَفَضْلِي عَلَى أَدْنَاكُمْ ثُمَّ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ وَأَهْلَ السَّمَوَاتِ وَالْأَرَضِينَ حَتَّى النَّمْلَةَ فِي جُحْرِهَا وَحَتَّى الْحُوتَ لَيُصَلُّونَ عَلَى مُعَلِّمِ النَّاسِ الْخَيْرَ

Dari Abu Umamah Al Bahili ia berkata; "Dua orang disebutkan di sisi Rasulullah SAW, salah seorang adalah ahli ibadah dan seorang yang berilmu, kemudian Rasulullah SAW bersabda: "Keutamaan seorang alim dari seorang abid seperti keutamaanku dari orang yang paling rendah di antara kalian, " kemudian baginda melanjutkan sabdanya: "Sesungguhnya Allah, MalaikatNya serta penduduk langit dan bumi bahkan semut yang ada di dalam sarangnya sampai ikan paus dilautan, akan mendoakan untuk orang yang mengajarkan kebaikan kepada manusia." (HR Tirmizi No: 2609)

Pengajaran:

1.  Kedudukan orang berilmu yang beramal adalah lebih utama daripada seorang ahli ibadah.

2.  Guru yang memiliki ilmu dan mengajar serta membimbing orang lain untuk menjadi insan solleh dan bertaqwa, semua makhluk di langit, bumi dan di dalam air mendoakan kebaikan untuknya.


3.   Fudlail bin Iyadl berkata; "Seorang alim yang mengamalkan ilmunya dan mengajarkan ilmunya akan dipanggil dengan kebesaran oleh para Malaikat yang ada di langit."

Ayuh kita menjadi "GURU" walaupun dengan hanya menasihatkan orang lain melalui pelbagai relung dan ruang yang ada termasuk media sosial seperti whatsapp, telegram, FB dan sebagainya. 

#Rahmah Untuk Semua#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

17hb Mei 2016


Friday, 13 May 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Doa Yang Mustajab


فَإِنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَقُولُ دَعْوَةُ الْمَرْءِ الْمُسْلِمِ لِأَخِيهِ بِظَهْرِ الْغَيْبِ مُسْتَجَابَةٌ عِنْدَ رَأْسِهِ مَلَكٌ مُوَكَّلٌ كُلَّمَا دَعَا لِأَخِيهِ بِخَيْرٍ قَالَ الْمَلَكُ الْمُوَكَّلُ بِهِ آمِينَ وَلَكَ بِمِثْلٍ

Rasulullah SAW telah bersabda: 'Doa seorang muslim untuk saudaranya sesama muslim dari jauh tanpa diketahui olehnya akan dikabulkan. Di atas kepala orang Muslim yang berdoa  ada malaikat yang telah diutus menjaganya. Setiap kali ia berdoa untuk kebaikan bagi saudaranya, maka malaikat yang diutus tersebut akan mengucapkan Amin (semoga Allah mengabulkan) dan bagi kamu juga akan mendapatkan seperti itu.' (HR Muslim No: 4914)

Pengajaran:

1.  Doa seorang Muslim untuk saudara Muslim tanpa diketahui oleh yang didoakan, nescaya akan dikabulkan Allah.

2.  Orang yang berdoa untuk saudara Muslim yang lain, akan ada malaikat yang mengaminkan doa tersebut dan Malaikat akan mendoakan kebaikan yang sama  untuk dirinya.

Mari kita doakan sahabat Muslim kita. Lagi banyak doa kita, sebanyak itu jugalah Malaikat mendoakan kita.

#Rahmah Untuk Semua#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

14hb Mei 2016


Sunday, 8 May 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Syaaban Bulan Diangkat Amal



عَنْ أُسَامَةُ بْنُ زَيْدٍ قَالَ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ لَمْ أَرَكَ تَصُومُ شَهْرًا مِنْ الشُّهُورِ مَا تَصُومُ مِنْ شَعْبَانَ قَالَ ذَلِكَ شَهْرٌ يَغْفُلُ النَّاسُ عَنْهُ بَيْنَ رَجَبٍ وَرَمَضَانَ وَهُوَ شَهْرٌ تُرْفَعُ فِيهِ الْأَعْمَالُ إِلَى رَبِّ الْعَالَمِينَ فَأُحِبُّ أَنْ يُرْفَعَ عَمَلِي وَأَنَا صَائِمٌ

Usamah bin Zaid berkata; Aku bertanya; "Wahai Rasulullah SAW, aku tidak pernah melihat engkau berpuasa dalam satu bulan sebagaimana engkau berpuasa di bulan Syaaban?" Baginda bersabda: "Itulah bulan yang manusia lalai darinya; ia bulan yang berada di antara bulan Rejab dan Ramadan, iaitu bulan yang disana berisikan berbagai amal untuk dibawa naik kepada Rabb semesta alam, aku suka amalku diangkat ketika aku sedang berpuasa." (HR an-Nasai No: 2317)

Pengajaran:

1.  Rasulullah SAW berpuasa sunat paling banyak pada bulan Syaaban

2.  Bulan Syaaban adalah bulan yang kebanyakan manusia lalai untuk mempertingkatkan amal solleh.


3.  Setiap hari amalan kita akan diangkat ke langit, ada amalan kita yang akan dibawa naik kepada Allah pada bulan Syaaban.

4.  Rasulullah SAW suka jika amalnya diangkat ketika dia berpuasa.

Ayuh kita rebut peluang memperbanyakkan puasa sunat di bulan Syaaban ini.

#Rahmah Untuk Semua#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

9hb Mei 2016


Saturday, 7 May 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Rasulullah Paling Banyak Puasa Sunat Bulan Syaaban



عَنْ أَبِي سَلَمَةَ أَنَّ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا حَدَّثَتْهُ قَالَتْ لَمْ يَكُنْ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصُومُ شَهْرًا أَكْثَرَ مِنْ شَعْبَانَ فَإِنَّهُ كَانَ يَصُومُ شَعْبَانَ كُلَّهُ وَكَانَ يَقُولُ خُذُوا مِنْ الْعَمَلِ مَا تُطِيقُونَ فَإِنَّ اللَّهَ لَا يَمَلُّ حَتَّى تَمَلُّوا وَأَحَبُّ الصَّلَاةِ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا دُووِمَ عَلَيْهِ وَإِنْ قَلَّتْ وَكَانَ إِذَا صَلَّى صَلَاةً دَاوَمَ عَلَيْهَا
Dari Abu Salamah bahwa 'Aisyah radliallahu 'anha menceritakan kepadanya, katanya: "Rasulullah SAW tidak pernah melaksanakan puasa lebih banyak dalam sebulan selain bulan Syaaban, yang Baginda melaksanakan puasa bulan Syaaban seluruhnya. Baginda bersabda: "Lakukanlah amal-amal yang kalian sanggup melaksanakannya, karena Allah tidak akan berpaling (dalam memberikan pahala) sampai kalian yang lebih dahulu berpaling (dari mengerjakan amal) ". Dan solat yang paling Nabi SAW cintai (solat sunat) adalah solat yang dijaga kesinambungannya sekalipun sedikit. Dan Baginda bila sudah biasa melaksanakan solat (sunnat) baginda menjaga kesinambungannya".(HR Bukhari No: 1834)

Pengajaran:

1.  Rasulullah  SAW contoh dalam beribadat.

2.  Rasulullah SAW paling banyak berpuasa sunat pada bulan Syaaban berbanding bulan-bulan lain (kadangkala puasa penuh  sebulan).


3.  Allah tetap memberikan ganjaran pahala selagi mana kita melaksanakan amal solleh.

4.  Rasulullah SAW mencintai orang yang melakukan solat sunat yang dilakukan secara istiqamah walaupun sedikit.

Kita telah memasuki bulan Syaaban, ayuh kita laksanakan sebanyak mungkin puasa sunat di bulan ini sebagai persiapan kedatangan Ramadan juga solat sunat di malam hari sebagai persiapan menghidupkan malam di bulan Ramadan.


#Rahmah Untuk Semua#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

8hb Mei 2016


Thursday, 5 May 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Jadilah Suami Contoh



عَنْ الْأَسْوَدِ قَالَ سَأَلْتُ عَائِشَةَ مَا كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصْنَعُ فِي بَيْتِهِ قَالَتْ كَانَ يَكُونُ فِي مِهْنَةِ أَهْلِهِ تَعْنِي خِدْمَةَ أَهْلِهِ فَإِذَا حَضَرَتْ الصَّلَاةُ خَرَجَ إِلَى الصَّلَاةِ

Dari Al Aswad berkata, "Aku pernah bertanya kepada 'Aisyah tentang apa yang dikerjakan Nabi SAW ketika berada di rumah. Maka 'Aisyah pun menjawab, "Baginda selalu membantu keluarganya, jika datang waktu solat maka baginda keluar untuk melaksanakannya (di masjid)." (HR Bukhari No: 635)

Pengajaran:

1.  Rasulullah SAW menunjukkan contoh apabila berada di rumah dengan membantu kerja-kerja rumah tangga seperti membasuh, memasak dan lain-lain.

2.  Rasulullah SAW juga tidak mengabaikan ibadat solat fardhu di masjid apabila masuk waktunya di samping peranannya dalam masyarakat.


3.  Pemimpin yang baik ialah yang dapat melaksanakan tanggungjawab terhadap keluarga (rumah tangga) dan negara dengan baik dan sempurna.

4.  Keluarga yang bahagia akan terhasil apabila suami dan isteri dapat melaksanakan tugas dan peranan masing-masing dengan penuh tanggungjawab dan saling membantu dalam urusan harian tanpa mengabaikan kewajipan kepada Allah S.W.T.

Ayuh para suami mencontohi Rasulullah SAW untuk membantu isteri di rumah dan menunaikan solat fardhu di masjid.

#Rahmah Untuk Semua#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

6hb Mei 2016


Wednesday, 4 May 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Biasakan Sifat Jujur dan Jauhi Dusta



عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَيْكُمْ بِالصِّدْقِ فَإِنَّ الصِّدْقَ يَهْدِي إِلَى الْبِرِّ وَإِنَّ الْبِرَّ يَهْدِي إِلَى الْجَنَّةِ وَمَا يَزَالُ الرَّجُلُ يَصْدُقُ وَيَتَحَرَّى الصِّدْقَ حَتَّى يُكْتَبَ عِنْدَ اللَّهِ صِدِّيقًا وَإِيَّاكُمْ وَالْكَذِبَ فَإِنَّ الْكَذِبَ يَهْدِي إِلَى الْفُجُورِ وَإِنَّ الْفُجُورَ يَهْدِي إِلَى النَّارِ وَمَا يَزَالُ الْعَبْدُ يَكْذِبُ وَيَتَحَرَّى الْكَذِبَ حَتَّى يُكْتَبَ عِنْدَ اللَّهِ كَذَّابًا

Dari Abdullah bin Mas'ud ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Hendaklah kalian bersikap jujur, kerana kejujuran itu akan membawa pada kebaikan, sedangkan kebaikan akan membawa kepada syurga. Tidaklah seorang bersikap jujur dan selalu berbuat jujur hingga ia ditulis di sisi Allah sebagai orang yang jujur. Dan hendaklah kalian menjauhi sikap dusta, kerana kedustaan itu akan membawa pada kekejian, sedangkan kekejian akan membawa kepada neraka. Dan tidaklah seorang berbuat dusta dan selalu berdusta hingga ia ditulis di sisi Allah sebagai seorang pendusta." (HR Tirmizi No: 1894)

Pengajaran:

1.  Berlaku jujurlah kerana sifat jujur membawa kebaikan dan setiap kebaikan membawa ke syurga

2.  Orang yang sentiasa bersikap jujur nescaya jujur itu akan menjadi tabiat dan akhlaknya.

3.  Setiap kita perlu menjauhi sikap dusta dan bohong. Pendustaan dan pembohongan merupakan perbuatan dosa dan maksiat akan membawa kepada neraka.

4.  Orang yang selalu berdusta, nescaya sifat berdusta dan berbohong itu akan menjadi kebiasaan dan akhlaknya.

Jadilah kita seorang yang membiasakan sifat jujur dalam kehidupan. Jangan sekali-kali kita membiasakan perbuatan berdusta kerana dibimbangi Allah menetapkan sifat itu kekal dan menjadi kebiasaan kita.


#Rahmah Untuk Semua#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

5hb Mei 2016


Monday, 2 May 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Jadilah Wanita Yang Paling Baik



عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قِيلَ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَيُّ النِّسَاءِ خَيْرٌ قَالَ الَّتِي تَسُرُّهُ إِذَا نَظَرَ وَتُطِيعُهُ إِذَا أَمَرَ وَلَا تُخَالِفُهُ فِيمَا يَكْرَهُ فِي نَفْسِهَا وَمَالِهِ

Dari Abu Hurairah berkata; (suatu ketika) ditanyakan kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah, wanita yang bagaimana yang paling baik?" maka baginda menjawab: "Wanita (isteri) yang menyenangkan hati jika dipandang, taat jika diperintah dan tidak melakukan sesuatu yang tidak disukai suami pada dirinya juga pada pengurusan harta milik suaminya". (HR Ahmad No: 9281)
Pengajaran:

Jadilah wanita yang paling baik kepada suami:


1.  Jika suami memandangnya, ia menyenangkan dan mententeramkan hati suami

2.  Jika di perintah suami dalam perkara yang bukan maksiat, ia taat dan patuh melaksanakan.


3.  Tidak melakukan sesuatu yang tidak disukai suami dan sentiasa menjaga kehormatan diri.

4.  Sentiasa menjaga harta suami dengan sebaiknya.

Ayuh para isteri, moga menjadi penyenang hati suami, sentiasa taat serta menjaga kehormatan diri dan harta milik suami.

#Rahmah Untuk Semua#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

3hb Mei 2016