Tazkirah

Siri-siri peringatan, ceramah, riadah adalah antara aktiviti yang dijalankan sebagai pengembangan minda anak-anak tahfiz ini.

Kuliah

Anak-anak Tahfiz ini sedang memberikan tumpuan semasa didalam kelas.

Qasidah

Tahfiz ini sering menerima undangan untuk mendendangkan keindahan bait-bait Qasidah didalam majlis yang dianjurkan.

Pelajar Banat

Pelajar Tahfiz Banat sedang mendengar penerangan dan arahan dari guru sebelum melaksanakan aktiviti riadah.

Pelajar Banin

Anak-anak Tahfiz diberikan aktiviti riadah untuk kecerdasan minda mereka.

Thursday, 28 July 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Jauhi Maksiat Agar Sifat Kasih Sayang Tidak Dicabut



عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ سَمِعْتُ أَبَا الْقَاسِمِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ لَا تُنْزَعُ الرَّحْمَةُ إِلَّا مِنْ شَقِيٍّ

Dari Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda, "Perasaan kasih sayang tidak akan dicabut kecuali dari orang yang celaka (berbuat keji)." HR  Tirmizi No: 1846

Pengajaran:

1.  Allah menganugerahkan sifat kasih sayang kepada sesiapa yang dikehendaki

2.  Allah akan mencabut sifat kasih sayang daripada seseorang yang melakukan perbuatan keji dan maksiat.

3.  Pelaku maksiat akan hilang perasaan kasih sayang kepada saudaranya dan akan melakukan perbuatan yang memutuskan hubungan ukhuwah dan silaturahim

Ayuh pupuk sifat kasih sayang dalam diri kita kepada semua manusia dan makhluk Allah yang lain.

#Syawal Bulan Rahmah Untuk Semua#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

29hb Julai  2016
24 Syawal 1437H


Tuesday, 26 July 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Allah Merahmati Orang Yang Pengasih


 
سَعْدُ بْنُ عُبَادَةَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ  إِنَّمَا يَرْحَمُ اللَّهُ مِنْ عِبَادِهِ الرُّحَمَاءَ

Dari Saad bin Ubadah, Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah hanya merahmati hamba-hambaNya yang pengasih" HR Bukhari No: 1284

Pengajaran:

1.  Sifat penyayang dan pengasih adalah dituntut pada setiap Muslim

2.  Allah hanya merahmati Muslim yang memiliki sifat kasih sayang kepada makhluk

3.  Antara contoh sifat kasih sayang ialah memaafkan orang lain, menolong orang yang dalam kesusahan, membantu orang yang sedang kesempitan, memberi makan orang yang kelaparan serta mengunjungi orang sakit dan yang ditimpa musibah

Ayuh jika kita ingin dirahmati Allah, maka milikilah sifat pengasih terhadap orang lain.


#Syawal Bulan Rahmah Untuk Semua#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

27hb Julai  2016
22 Syawal 1437H


SENARAI NAMA STAFF AKADEMI TAHFIZ TEKNOLOGI TAKZIM.


  1. OMAR BIN MUHMAD NOH, 017-9436583
  2. NORAIMI BINTI SAMSUDIN, 017-9182403
  3. ABDUL JAMAL BIN ADNAN, 018-2202729
  4. SYED HANAFIE BIN SYED AHMAD, 013-7717843
  5. MUHAMMAD ZAIDY BIN DAILAMI, 010-8443859
  6. MOHAMAD ASHRAF BIN MOHAMAD GHAZALI, 011-35058327
  7. MOHAMED NIZAM BIN ABDULLAH, 011-35618865
  8. MOHAMAD SOLLEHUDDIN BIN MOHAMAD SIDEK, 019-7437290
  9. SITI NURSABEHA BINTI SAMSUDIN, 011-18905750 
  10. NUR ATIRAH BINTI MD NAJIB, 017-7598016



SENARAI NAMA PELAJAR LELAKI (BANIN)

         NAMA PELAJAR BANIN NO KAD PENGENALAN
1 ABDULLAH BIN ANUAR  010618-060865
2 ADAM FAREEZ BIN ABDULLAH  CF111196
3 ADAM FASHLI BIN ZULKIFLI 041001-02-1075
4 AMIN KHALILI BIN KHAIRUL ANWAR  030616-10-0331
5 AMIRUL FADHLI BIN SHAMSUDDIN  020503-01-0365
6 AZIZUL HAKIM BIN ABDULLAH  031126-01-1349
7 MOHAMAD ALFEEQ HAIQAL BIN SOPHIAN  060701-01-0565
8 MOHAMMAD ADAM HARIZ BIN MOHD KHAIRI  010903-01-1691
9 MOHD FIRDAUS BIN NOR AID 010226-12-0953
10 MUAZ BIN MOHD NORSALIM  041025-01-0389
11 MUHAMAD ADAM FIRDAUS BIN AHMAD  YASRI 010701-06-0495
12 MUHAMAD KHAIRUL NAIM BIN BAHARUDIN  011204-10-1991
13 MUHAMMAD AIMAN BIN IBRAHIM  020831-05-0059
14 MUHAMMAD AKHMAL HAZIQ BIN MOHD  NAZLIAHTULAZAM 010222-01-0335
15 MUHAMMAD AMINUDDIN BIN AZMAN  010411-01-1759
16 MUHAMMAD AMIRUL MUQMIN BIN MISNAN  020224-01-0135
17 MUHAMMAD AZIZUL AZRI BIN MOHD BADRI  020220-10-1371
18 MUHAMMAD HAFIZ BIN RUSLAN 970106-06-5281
19 MUHAMMAD ISKANDAR BIN MOHD SALLEH  011022-01-1549
20 MUHAMMAD IZZAMUDDIN BIN ZAINUDDIN  001030-02-0067
21 MUHAMMAD NABIL BIN MUHAMMAD NASIR 031122-01-0111
22 MUHAMMAD NAQIUDDIN BIN MOHAMMAD SAZALI 041012-01-0363
23 MUHAMMAD NASRUL HAKIM BIN GHAZALI 021008-06-0773
24 MUHAMMAD NUR IMAN BIN KASIBON 020226-01-1465
25 MUHAMMAD NURAZIZUL HAQQIM BIN MOHD NOH 010821-03-0547
26 MUHAMMAD RUZAIMIE BIN WAN MAHADI 961014-01-5979
28 MUHAMMAD ZUNNUR NAJMI BIN MUHD ZUKERI 030427-01-0185
29 ZAHIRUL AMIN BIN MOHAMAD 020820-01-1601
30 ZULHASRIL BIN ABDULLAH 106128XA

SENARAI NAMA PELAJAR PEREMPUAN (BANAT)


  1. AINA IZZATI SHUHAIDAH BINTI ABD RAHIM, 13 tahun
  2. AINUR WIDAD BINTI MOHD YAZID, 17 tahun
  3. BALQIS NURHANA BINTI BOHKARI, 15 tahun
  4. HANISATUL HUSNA BINTI ZULKIFLI, 14 tahun
  5. MARYAM UMAIRAH BINTI ZAINALABIDIN, 15 tahun
  6. NOR AISYAH BINTI MOHD SULUR, 14 tahun
  7. NOR AKILA BINTI MOHAMAD GHAZALI,17 tahun
  8. NOR AKILI BINTI MOHAMAD GHAZALI, 17 tahun
  9. NUR ‘AIN SYAFIQAH BINTI ZULKIFLI, 16 tahun
  10. NUR AINUL MARDHIAH BINTI ZAILAN, 14 tahun
  11. NUR DANIA WAFA BINTI MOHD JAIS, 14  tahun
  12. NUR FARAH AINA BT RAMLE, 14 tahun
  13. NUR SHAFIQA BINTI SHFE’E, 14 tahun
  14. NUR YASMIN HANI BT ZULFAKAR, 14 tahun
  15. PUTERI AISHAH BTE ABDUL SAAT, 17 tahun
  16. PUTERI HANISAH BINTI MUSTAFA, 14 tahun
  17. SITI NUR HABIBAH BT ISMAIL, 8 tahun
  18. SITI NURNAJIHAH BINTI HAMIDON, 15 tahun
  19. SITI SAFINAH BINTI TARMIDI, 22  tahun
  20. SYIFAA’ HASANAH BT NORAFANDI, 13  tahun





Marhaban, Berselawat, Doa Dan Ucapan Hari Raya I'dilfitri Marhaban

Teks Doa Ziarah Hari Raya

“Segala pujian bagi Allah s.w.t Tuhan pentadbir seluruh alam, selawat dan salam ke atas junjungan kami Muhammad s.a.w yang semulia-mulia utusan dan juga ke atas sekalian keluarga dan sahabat-sahabat Baginda.

Ya Allah wahai Tuhan pentadbir seluruh keadaan Tuhan yang maha pemurah dan maha tinggi kedudukannya, dengan limpah dan kemurahanMu tukarkanlah keadaan kami kepada sebaik-baik keadaan dan berkatilah kami dan seluruh umat Islam dengan keberkatan bulan Syawal.

Ya Allah wahai Tuhan sebaik-baik tempat permohonan, perkenanlah permintaan kami dan kembalikan lagi peluang kepada kami bulan ini tahun demi tahun dan tahun-tahun seterusnya dan berkatilah Tuan rumah ini ………… dan seluruh ahli keluarganya dan panjangkanlah umur mereka dengan iman dan kurniakanlah kepada mereka rezeki yang halal dan jauhkanlah mereka daripada rezeki yang haram dengan rahmatMu wahai Tuhan yang sebaik-baik mengurniakan rahmat.

Selawat dan salam daripada Allah ke atas junjungan kami Muhammad s.a.w dan juga ke atas sekalian keluarga dan sahabat-sahabat Baginda. Segala pujian bagi Allah s.w.t Tuhan pentadbir seluruh alam”.

Teks Ucapan Bermaafan Ziarah Hari Raya

Alhamdulillah segala pujian khusus bagi Allah serta Selawat dan Salam untuk baginda Nabi Muhammad SAW Utusan Allah yang mulia.

Syukur kehadrat Allah SWT yang telah mengizinkan kita menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan yang penuh rahmat dan berkah serta mempertemukan kita dengan Aidilfitri
di bulan Syawal yang mulia ini.

Di kesempatan ini kami rombongan marhaban dan keluarga ingin memanjangkan ucapkan ;

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Disamping itu sekiranya di pihak kami mempunyai sebarang dosa kesalahan dan kesilapan dari segi niat, tutur kata, tingkahlaku, dsb. yang menyinggung perasaan dan hati tuan/puan dan keluarga kami mohon ampun dan maaf zahir batin awal dan akhir.

Begitu juga apa-apa yang termakan, terminum dan terpakai, dsb. oleh kami secara sengaja dan tidak, kami mohon dihalalkan.

Manakala dari pihak kami pula dengan rela hatinya  kami sedia memaafkan sebarang dosa kesalahan dan kesilapan tuan/puan terhadap kami sekeluarga.

Semoga dengan berkah Ramadhan & Syawal ini kita semua mendapat keampunan  dan balasan yang baik daripada Allah SWT, mendapat perlindunganNya, keselamatanNya, ditetapkan iman dan Islam, dikurniakan kesihatan yang baik, dipanjangkan umur, murah rezeki serta diberi kebaikan hidup di dunia dan akhirat, Insyallah.  AMIN

Thursday, 14 July 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memuliakan Tetamu



أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلْيُكْرِمْ ضَيْفَهُ جَائِزَتُهُ يَوْمٌ وَلَيْلَةٌ وَالضِّيَافَةُ ثَلَاثَةُ أَيَّامٍ فَمَا بَعْدَ ذَلِكَ فَهُوَ صَدَقَةٌ وَلَا يَحِلُّ لَهُ أَنْ يَثْوِيَ عِنْدَهُ حَتَّى يُحْرِجَهُ

Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari Akhirat, hendaknya ia memuliakan tamunya dan menjamunya siang dan malam, dan bertamu itu tiga hari, lebih dari itu adalah sedekah baginya, tidak halal bagi tamu tinggal (bermalam) hingga mengeluarkannya." (HR Bukhari No:  5670)

Pengajaran:

1.  Orang yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat sentiasa beradab terhadap tetamu yang datang ke rumahnya

2.  Memuliakan tetamu yang datang adalah dituntut antaranya dengan menyediakan jamuan atau makanan untuknya walaupun seteguk air.

3.  Tetamu yang berkunjung tidak boleh terlalu lama menjadi tetamu. Jika bermalam tidak boleh melebihi tiga malam.

JOM sempena bulan Syawal, terimalah tetamu dan muliakan mereka dengan menyediakan makanan dan minuman sebaiknya untuk tetamu.

#Syawal Bulan Rahmah Untuk Semua#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

15hb Julai  2016
10 Syawal 1437H


Wednesday, 13 July 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Adab Bersalaman

1 Hari 1 Hadis:


عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا اسْتَقْبَلَهُ الرَّجُلُ فَصَافَحَهُ لَا يَنْزِعُ يَدَهُ مِنْ يَدِهِ حَتَّى يَكُونَ الرَّجُلُ يَنْزِعُ وَلَا يَصْرِفُ وَجْهَهُ عَنْ وَجْهِهِ حَتَّى يَكُونَ الرَّجُلُ هُوَ الَّذِي يَصْرِفُهُ ...

Dari Anas bin Malik ra bahwasanya Rasulullah SAW apabila bertemu dengan seseorang baginda menjabat tangannya dan tidak menarik tangan baginda sebelum orang tersebut menarik tangannya. Baginda juga tidak mengalihkan wajahnya dari wajah orang tersebut hingga orang tersebut yang mengalihkan wajahnya…” (HR. Tirmidzi No 2414)

Pengajaran:

1.  Rasulullah apabila bertemu seseorang, baginda pasti akan berjabat tangan atau bersalaman.

2.  Rasulullah tidak akan menarik tangannya ketika bersalaman atau berjabat tangan sehinggalah orang tersebut meleraikannya terlebih dahulu.

3.  Rasulullah akan memandang wajah orang yang disalami sehingga orang tersebut memandang ke tempat lain.

Ayuh kita ikut sunnah Rasulullah ketika bersalaman.

#Syawal Bulan Rahmah Untuk Semua#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

14hb Julai  2016
9 Syawal 1437H


Tuesday, 12 July 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Sebarkan Salam Agar Saling Mencintai


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا تَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ حَتَّى تُؤْمِنُوا وَلَا تُؤْمِنُوا حَتَّى تَحَابُّوا أَوَلَا أَدُلُّكُمْ عَلَى شَيْءٍ إِذَا فَعَلْتُمُوهُ تَحَابَبْتُمْ أَفْشُوا السَّلَامَ بَيْنَكُمْ

Dari Abu Hurairah ra banwasanya Rasulullah SAW bersabda, “Kalian tidak akan masuk syurga hingga kalian beriman. Dan kalian tidak dikatakan beriman hingga kalian saling mencintai. Mahukah kalian aku beritahu dengan sesuatu yang apabila kalian lakukan kalian akan saling mencintai? (iaitu) sebarkanlah (ucapkanlah) salam diantara kalian.” (HR. Muslim No 81)

Pengajaran:

1.  Syurga hanya untuk orang yang beriman

2.  Satu daripada syarat menjadi orang beriman ialah saling mencintai sesama mereka

3.  Satu daripada perkara yang mendorong mencintai orang lain ialah sentiasa menyebarkan ucapan "salam"

JOM sebarkan salam apabila bertemu sesama Muslim

#Syawal Bulan Rahmah Untuk Semua#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

13hb Julai  2016
8 Syawal 1437H


Monday, 11 July 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS: Allah Mengangkat Darajat Orang Pemurah, Pemaaf & Rendah Hati


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا نَقَصَتْ صَدَقَةٌ مِنْ مَالٍ وَمَا زَادَ اللَّهُ عَبْدًا بِعَفْوٍ إِلَّا عِزًّا وَمَا تَوَاضَعَ أَحَدٌ لِلَّهِ إِلَّا رَفَعَهُ اللَّهُ

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda: “Sedekah tidak akan mengurangi harta. Allah pasti menambahkan kemuliaan kepada seorang hamba yang memiliki sifat memaafkan. Tidak ada balasan bagi seseorang yang rendah hati kepada Allah, kecuali Allah mengangkat darjatnya”  (HR Muslim No: 4689)

Pengajaran:

1.  Sedekah dalam apa jua bentuk seperti wang ringgit, barangan, makanan tidak sama sekali mengurangkan harta malah menambahkannya.

أَنفِقِى وَلاَ تُحْصِى فَيُحْصِيَ اللهُ عَلَيْكِ وَلاَ تُعِي فَيُو عِيَ اللهُ عَلَيْكِ

“Bersedekahlah, jangan engkau menghitung-hitungnya, agar Allah tidak menghitung-hitung pemberian-Nya kepadamu dan janganlah engkau mengumpul-ngumpulkannya (tidak bersedekah) agar Allah tidak kikir kepadamu”            Mutafaqun Alaih

2.  Orang yang memaafkan, Allah akan menambahkan kemuliaan untuknya di sisi Allah. Ambillah kesempatan bulan Syawal ini untuk saling bermaafan sesama kita.

3.  Pemaaf dapat menghilangkan rasa permusuhan dan memperbanyak sahabat

4.  Pemaaf akan melahirkan sifat tawadu’, menghilangkan sifat sombong dan angkuh

Jadilah engkau pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang ma’ruf, serta berpalinglah dari pada orang-orang yang bodoh. (QS. Al-A’raf 7:199)

5.  Allah mengangkat darajat kepada orang yang tawadhuk.
Tawadhu ialah bersikap rendah hati iaitu sifat yang diperintahkan di dalam Islam. Di dalam Al Qur’an Allah berfirman:

وَاخْفِضْ جَنَاحَكَ لِمَنِ اتَّبَعَكَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ

“Dan rendahkanlah dirimu kepada kaum mukminin yang mengikutimu.” (Al Hijr: 88)

Ayuh sempena Syawal ini kita jadi pemurah, pemaaf dan rendah hati kepada semua orang.

#Syawal Bulan Rahmah Untuk Semua#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

12hb Julai  2016
7 Syawal 1437H


Sunday, 10 July 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Puasa Enam



مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ رواه مسلم.

Abu Ayyub Al-Ansari ra berkata: Rasulullah saw bersabda:"Barang siapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan puasa enam hari dari bulan Syawal maka seolah-olah ia berpuasa sepanjang tahun.” [Sahih Muslim hadis no: 1164].

Pengajaran :

1. Kewajipan mukmin melaksanakan ibadat puasa sebulan Ramadan.

2. Orang yang berpuasa penuh sepanjang bulan Ramadan dan diikuti puasa sunat Syawal sebanyak enam hari, seolah-olah dia telah berpuasa selama setahun.

3. Puasa sunat enam hari pada bulan Syawal, tidak semestinya dilakukan enam hari berturut-turut. Puasa sunat syawal boleh bermula pada bila-bila masa di bulan Syawal sehingga berakhir bulan Syawal.

Jom .... dalam kemeriahan kita meraikan hari raya... jangan lupa puasa sunat enam hari Syawal.

Moga kita tidak menjadi Ramadhaniyun tapi jadilah Rabbaniyyun ……

#Syawal Bulan Rahmah Untuk Semua#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

11hb Julai  2016
6 Syawal 1437H


Friday, 8 July 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Kasihi Yang Muda Hormati Yang Tua


عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَيْسَ مِنَّا مَنْ لَمْ يَرْحَمْ صَغِيرَنَا وَيُوَقِّرْ كَبِيرَنَا وَيَأْمُرْ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَ عَنْ الْمُنْكَرِ

Dari Ibnu Abbas ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Bukanlah termasuk golongan kami, mereka yang tidak mengahisihi anak-anak kecil kami dan tidak pula menghormati orang tua kami, serta tidak menyuruh yang ma'ruf dan melarang yang munkar." (HR Tirmidzi No: 1844)

Pengajaran:

1.  Orang yang tidak mengasihi anak-anak kecil dan menghormati orang tua – mereka tidak mengikuti sunah Rasulullah dan Adab seorang Muslim.

2.  Menghormati orang tua atau orang yang lebih tua daripada kita termasuk sunnah Nabi. Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّ جِبْرِيلَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَمَرَنِي أَنْ أُكَبِّرَ

"Jibril telah menyuruhku untuk mendahulukan orang-orang yang lebih tua" (HR. Ahmad: no.1555)

3.  Keutamaan menghormati orang yang lebih tua termasuk dalam mengagungkan Allah. Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّ مِنْ إِجْلَالِ اللَّهِ إِكْرَامَ ذِي الشَّيْبَةِ الْمُسْلِمِ

"Sesungguhnya termasuk mengagungkan Allah adalah menghormati orang muslim yang sudah tua" (HR. Abu Dawud)

4.  Dahulukan orang yang lebih tua dari kita. Malik bin Mighwal rahimahullah berkata:

كُنْتُ أَمْشِيْ مَعَ طَلْحَةَ بْنِ مُصَرِّفٍ ، فَصِرْنَا إِلَى مَضْيَقٍ فَتَقَدَّمَنِيْ ثُمَّ قَالَ لِيْ : لَوْ كُنْتُ أَعْلَمُ أَنَّكَ أَكْبَرُ مِنِّيِ بِيَوْمٍ مَا تَقَدَّمْتُكَ

"Dahulu aku berjalan bersama Thalhah bin Musharrif, sampailah kami ke sebuah jalan sempit, maka beliaupun mendahuluiku, seraya berkata kepadaku: Seandainya aku mengetahui bahwa engkau lebih tua satu hari daripada aku niscaya aku tidak akan mendahuluimu" (Diriwayatkan oleh Al-Khathiib Al Baghdaady dalam Al Jaami' li Akhlaaqi Ar Raawii wa Aadaabi As Saami', no: 249

JOM sempena syawal ni, kita bersifat RAHMAH dengan  menziarahi dan mengunjungi orang yang lebih tua dari kita. Hormatilah mereka.

Bagi orang yang tua, sayangilah yang lebih muda dari kita.

#Syawal Bulan Rahmah Untuk Semua#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

9hb Julai  2016
4 Syawal 1437H


Tuesday, 5 July 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS - Pertemuan Dua Muslim Mengampunkan Dosa


قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا مِنْ مُسْلِمَيْنِ يَلْتَقِيَانِ فَيَتَصَافَحَانِ إِلَّا غُفِرَ لَهُمَا قَبْلَ أَنْ يَفْتَرِقَا

Sabda Rasulullah (SAW), “Tidaklah dua orang Muslim bertemu lalu saling berjabat tangan, melainkan diampuni bagi keduanya sebelum keduanya berpisah” (HR Abu Daud: No 4536) 

Pengajaran:

1.  Ambil peluang sempena Syawal ini saling ziarah menziarahi, bertemu dan bersua muka antara satu sama lain

2.  Ketika bertemu sesama Muslim, ambil peluang saling berjabat tangan (pastikan bukan berlainan jantina yang dilarang)

3.  Allah akan mengampuni dosa dua orang Muslim yang bertemu dan berjabat tangan, sebelum mereka berpisah.

JOM … saling bersalaman dan bermaafan. Firman Allah dalam Surah An-Nur ayat 22:

وَلْيَعْفُوا وَلْيَصْفَحُوا أَلا تُحِبُّونَ أَنْ يَغْفِرَ اللَّهُ لَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ

“dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin bahwa Allah mengampunimu? Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”
   
#Syawal Bulan Rahmah Untuk Semua#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

6hb Julai  2016
1 Syawal 1437H


Monday, 4 July 2016

1 Hari 1 Hadis: PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS - Ucapan Apabila Bertemu Di Hari Raya


قَالَ:لَقِيتُ وَاثِلَةَ يَوْمَ عِيدٍ، فَقُلْتُ: تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْكَ، فَقَالَ: نَعَمْ، تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْكَ.

Berkata Wathilah, Aku bertemu Rasulullah SAW pada hari raya  dan aku katakan pada baginda "taqabballahu minna wa minka" (Semoga Allah menerima amalan [amalan dan ibadat di Ramadhan] kami dan kamu), baginda menjawab : Ya, taqabbalallahu minna wa minka" HR Tobrani No: 17589

Pengajaran:

1.  Antara amalan yang dituntut pada hari raya ialah saling doa mendoakan apabila bertemu.

2.  Ucapan yang disunat ketika bertemu ialah

تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْكَ

3.  Saling ziarah menziarahi

Berziarah dan merapatkan ukhuwwah sesama Muslim dituntut.
Nabi pernah bersabda :

مَن سَرّه أن يُبسط له في رزقه ، وأن يُنسأ له في أثره ؛ فَلْيَصِل رَحِمَه

Barangsiapa yang suka untuk diperluaskan baginya rezekinya, dan ditangguhkan (dipanjang) umurnya, maka hendaklah dia menyambung (mengukuh) hubungan persaudaraannya ( Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

Moga Allah menerima segala amalan kita sepanjang Ramadan dan selepas ini. Moga dipertemukan pada ramadan tahun akan datang.

#Ramadhan Al-Mubarak Rahmah Untuk Semua#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

5hb Julai  2016
30 Ramadhan 1437H


Sunday, 3 July 2016

1 Hari 1 Hadis: PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS - Amalan Di Hari Raya


 
عَنْ حَفْصَةَ عَنْ أُمِّ عَطِيَّةَ قَالَتْ كُنَّا نُؤْمَرُ أَنْ نَخْرُجَ يَوْمَ الْعِيدِ حَتَّى نُخْرِجَ الْبِكْرَ مِنْ خِدْرِهَا حَتَّى نُخْرِجَ الْحُيَّضَ فَيَكُنَّ خَلْفَ النَّاسِ فَيُكَبِّرْنَ بِتَكْبِيرِهِمْ وَيَدْعُونَ بِدُعَائِهِمْ يَرْجُونَ بَرَكَةَ ذَلِكَ الْيَوْمِ وَطُهْرَتَهُ

Dari Hafshah dari Ummu 'Athiyyah berkata, "Pada hari Raya Eid kami diperintahkan untuk keluar sehingga kami mengajak anak-anak gadis dari biliknya dan juga para wanita yang sedang haid. Mereka duduk di belakang barisan laki-laki dan mengucapkan takbir mengikuti takbir laki-laki, dan berdoa mengikuti doanya laki-laki dengan mengharap barakah dan kesucian hari raya tersebut." HR Bukhari No: 918

Pengajaran:

1.  Hari Raya Eid Fitri perlu disambut dengan kegembiraan bersama seluruh isi keluarga

2.  Antara amalan yang diperintahkan oleh Rasulullah kepada para sahabat pada pagi hari raya ialah bersama anak isteri  (walaupun dalam haid) untuk sama-sama berada ditempat perhimpunan seluruh kaum muslimin.

3.  Setiap lelaki dan wanita Islam diperintahkan bertakbir dan turut sama berdoa (walaupun dalam keadaan haid)

Antara amalan lain Rasulullah di pagi hari raya

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَّى يَوْمَ الْفِطْرِ رَكْعَتَيْنِ لَمْ يُصَلِّ قَبْلَهَا وَلَا بَعْدَهَا ثُمَّ أَتَى النِّسَاءَ وَمَعَهُ بِلَالٌ فَأَمَرَهُنَّ بِالصَّدَقَةِ فَجَعَلْنَ يُلْقِينَ تُلْقِي الْمَرْأَةُ خُرْصَهَا وَسِخَابَهَا

Daripada Ibnu 'Abbas, bahwa Rasulullah SAW melaksanakan solat Hari Raya Eidul Fitri dua rakaat dan tidak solat sebelum atau sesudahnya. Kemudian baginda mendatangi para wanita dan memerintahkan mereka untuk bersedekah. Maka para wanita memberikan sedekah hingga ada seorang wanita yang memberikan anting dan kalungnya." HR Bukhari No: 911

Jangan lupa…. Saling bersedekah itu sebagai tanda keperihatinan terhadap orang yang kurang berada terutama ketika kita bergembira dengan pelbagai juadah raya. Teruskan sumbangan kita walaupun sebaik-sebaik sedekah ialah sedekah pada bulan Ramadan. Dengan sedekah yang diberi akan menggembirakan orang lain.

#Ramadhan Al-Mubarak Rahmah Untuk Semua#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

4hb Julai  2016
29 Ramadhan 1437H