Tazkirah

Siri-siri peringatan, ceramah, riadah adalah antara aktiviti yang dijalankan sebagai pengembangan minda anak-anak tahfiz ini.

Kuliah

Anak-anak Tahfiz ini sedang memberikan tumpuan semasa didalam kelas.

Qasidah

Tahfiz ini sering menerima undangan untuk mendendangkan keindahan bait-bait Qasidah didalam majlis yang dianjurkan.

Pelajar Banat

Pelajar Tahfiz Banat sedang mendengar penerangan dan arahan dari guru sebelum melaksanakan aktiviti riadah.

Pelajar Banin

Anak-anak Tahfiz diberikan aktiviti riadah untuk kecerdasan minda mereka.

Wednesday, 17 August 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS: Mukmin Umpama Pokok Korma


عَنِ ابْنِ عُمَرَ , قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ:مَثَلُ الْمُؤْمِنِ مَثَلُ النَّخْلَةِ , مَا أَخَذْتَ مِنْهَا مِنْ شَيْءٍ نَفَعَكَ.

Dari Ibnu Umar dia berkata, Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Perumpamaan seorang mukmin itu seperti pokok kurma, apa pun yang engkau ambil darinya pasti bermanfaat bagimu" HR. Al-Tobarani  No: 13332

Pengajaran:

1.  Sebagai Mukmin, jadilah seperti pokok kurma yang bermanfaat semua bahagian pokok. Buahnya dijadikan makanan berkhasiat. Batangnya boleh buat bangunan dan daunnya untuk atap rumah.

2.  Seorang Mukmin perlu memiliki sifat sabar dan tabah menghadapi musibah seperti pokok kurma sangat sabar menghadapi angin kencang. Amat sukar pokok kurma tumbang ditiup angin berbeda dengan pokok lain. Pokok kurma sangat kukuh dan kuat kerana akarnya. Demikian juga seorang Mukmin, imannya mengakar dalam hati, tidak akan goyah dengan ujian.

3.  Jadilah seperti pokok kurma, semakin tua semakin sedap dan berkualiti buahnya. Demikian juga seorang mukmin, semakin tua semakin baik dan berkualiti amalnya.

4.  Sebagai Mukmin, jadilah seperti buah kurma sangat bermanfaat. Ketika buah masih basah yang disebut rothab boleh dijadikan buah dan manisan. Ketika kering disebut tamar boleh menjadi sebagai makanan, buah-buahan, manisan, ubat dan manfaat yang pelbagai.

Demikian juga mukmin, kita perlu menjadi bermanfaat dan baik amalnya sama ada sewaktu kecil, remaja, belia, dewasa mahupun tua.

JOM kita menjadi RAHMAH umpama pokok korma yang sentiasa  bermanfaat.

#Rahmah Untuk Semua#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

18hb Ogos  2016
15 Zulkaedah 1437H


Tuesday, 16 August 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Manusia Paling Dicintai Allah


عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بن عُمَرَ قَالَ ... أَيُّ النَّاسِ أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:أَحَبُّ النَّاسِ إِلَى اللَّهِ تَعَالَى أَنْفَعُهُمْ لِلنَّاسِ

Dari Abdullah bin Umar… ada sahabat bertanya kepada Rasulullah, "Siapakah manusia yang paling dicintai Allah?. Rasulullah menjawab: Manusia yang paling dicintai Allah adalah yang paling banyak memberi manfaat kepada manusia lain". HR Tobrani No: 13474

Pengajaran:

1.  Jadikanlah diri kita orang yang paling dicintai Allah.

2.  Syarat untuk menjadi orang yang paling dicintai Allah ialah dengan menjadikan diri kita sebagai manusia yang paling bermanfaat kepada orang lain.

3.  Jadikan diri kita, dimanapun berada sebagai insan yang dirasai aura kebaikannya. Ketiadaan kita dirasai kehilangannya.

Usahakan agar diri kita menjadi orang yang paling bermanafaat pada keluarga, jiran tetangga di lokaliti kediaman, sahabat ditempat kerja, ahli di group fb,  telegram, whatsapp ini dan lain-lain.

JOM bersifat RAHMAH agar bermanfaat kepada semua sama ada kepada Muslim mahupun bukan Islam serta makhluk alam yang lain.

#Rahmah Untuk Semua#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

17hb Ogos  2016
14 Zulkaedah 1437H


Monday, 1 August 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Jangan Suka Bermusuh



عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَبْغَضُ الرِّجَالِ إِلَى اللَّهِ الْأَلَدُّ الْخَصِمُ

Dari Aisyah radliallahu 'anha, ia mengatakan; Rasulullah SAW bersabda: "Manusia yang paling dibenci Allah adalah yang keras kepala dan suka membantah (suka bermusuh)" (HR Bukhari No: 6651)

Pengajaran:

1.  Keras kepala adalah sifat yang beriringan dengan sifat sombong, bongkak, takbur dan ego. Kesemua sifat-sifat mazmumah ini amat dibenci oleh Allah SWT dan merupakan sifat Iblis.

2.  Iblis menjadi kufur akibat dari sifat keras kepala dan sombong dengan merasakan dia lebih baik dari orang lain.

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ مَنْ كَانَ فِي قَلْبِهِ مِثْقَالُ ذَرَّةٍ مِنْ كِبْرٍ

Dari Abdullah,  Nabi SAW bersabda: "Tidak akan masuk syurga orang yang di dalam hatinya terdapat sebesar biji sawi dari kesombongan." (HR Muslim No: 133)

3.  Orang yang suka membantah adalah mereka yang suka bertengkar dan suka menegakkan pendapatnya sendiri walaupun salah. Ia akan menjadikannya  seorang yang angkuh dan sombong. Baginya dia sahaja yang betul dan orang lain semuanya salah. Dia sukar untuk berbincang dengan cara baik kerana dia menganggap pendapat orang lain rendah dan pendapatnya sahaja yang baik dan perlu diutamakan. Akhirnya mewujudkan ketidak sefahaman dan permusuhan.

Marilah kita menjauhi sifat keras kepala dan suka membantah.

#Syawal Bulan Rahmah Untuk Semua#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

2hb Ogos 2016
28 Syawal 1437H


Thursday, 28 July 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Jauhi Maksiat Agar Sifat Kasih Sayang Tidak Dicabut



عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ سَمِعْتُ أَبَا الْقَاسِمِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ لَا تُنْزَعُ الرَّحْمَةُ إِلَّا مِنْ شَقِيٍّ

Dari Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda, "Perasaan kasih sayang tidak akan dicabut kecuali dari orang yang celaka (berbuat keji)." HR  Tirmizi No: 1846

Pengajaran:

1.  Allah menganugerahkan sifat kasih sayang kepada sesiapa yang dikehendaki

2.  Allah akan mencabut sifat kasih sayang daripada seseorang yang melakukan perbuatan keji dan maksiat.

3.  Pelaku maksiat akan hilang perasaan kasih sayang kepada saudaranya dan akan melakukan perbuatan yang memutuskan hubungan ukhuwah dan silaturahim

Ayuh pupuk sifat kasih sayang dalam diri kita kepada semua manusia dan makhluk Allah yang lain.

#Syawal Bulan Rahmah Untuk Semua#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

29hb Julai  2016
24 Syawal 1437H


Tuesday, 26 July 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Allah Merahmati Orang Yang Pengasih


 
سَعْدُ بْنُ عُبَادَةَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ  إِنَّمَا يَرْحَمُ اللَّهُ مِنْ عِبَادِهِ الرُّحَمَاءَ

Dari Saad bin Ubadah, Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah hanya merahmati hamba-hambaNya yang pengasih" HR Bukhari No: 1284

Pengajaran:

1.  Sifat penyayang dan pengasih adalah dituntut pada setiap Muslim

2.  Allah hanya merahmati Muslim yang memiliki sifat kasih sayang kepada makhluk

3.  Antara contoh sifat kasih sayang ialah memaafkan orang lain, menolong orang yang dalam kesusahan, membantu orang yang sedang kesempitan, memberi makan orang yang kelaparan serta mengunjungi orang sakit dan yang ditimpa musibah

Ayuh jika kita ingin dirahmati Allah, maka milikilah sifat pengasih terhadap orang lain.


#Syawal Bulan Rahmah Untuk Semua#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

27hb Julai  2016
22 Syawal 1437H