Amal Yang Utama
عَنْ أَبِي عَمْرٍو الشَّيْبَانِيِّ أَنَّ رَجُلًا قَالَ لِابْنِ مَسْعُودٍ أَيُّ الْعَمَلِ أَفْضَلُ قَالَ سَأَلْتُ عَنْهُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ الصَّلَاةُ عَلَى مَوَاقِيتِهَا قُلْتُ وَمَاذَا يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ وَبِرُّ الْوَالِدَيْنِ قُلْتُ وَمَاذَا يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ وَالْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ
Dari Abu 'Amru Asy Syaibani bahwa seorang laki-laki berkata kepada Ibnu Mas'ud, "Amal apakah yang paling utama?" ia berkata; "Aku pernah bertanya Rasulullah SAW tentang hal itu, maka baginda pun menjawab: "Solat sesuai dengan waktunya, " aku bertanya lagi, "Wahai Rasulullah, lalu apa lagi?" baginda menjawab: "Berbuat baik kepada kedua orang tua, " aku bertanya lagi, "Wahai Rasulullah, lalu apa lagi?" baginda menjawab: "Jihad di jalan Allah." [HR. Tirmidzi No.158]
Pengajaran:
Antara amal utama dalam kehidupan Muslim:
1. Solat di awal waktu
2. Berbuat baik kepada ibu bapa (samada semasa mereka masih hidup mahupun selepas meninggal dunia)
3. Berjihad di jalan Allah (dalam pelbagai relong mengikut ruang dan kesempatan yang ada)
JOM melakukan amal-amal yang menjadi keutamaan dalam kehidupan kita
#Rahmah Untuk Semua#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor
29hb Februari 2016


Maklumat lanjut hubungi :









0 comments:
Post a Comment