قَالَتْ عَائِشَةُ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَجْتَهِدُ فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ مَا لَا يَجْتَهِدُ فِي غَيْرِهِ
Aisyah Radhiyallahu anhuma, berkata: “Rasulullah SAW lebih giat (dalam beribadah) pada sepuluh hari terakhir ini yang tidak baginda lakukan pada hari-hari lainnya.” (HR Muslim No: 2009)
Pengajaran:
1. Rasulullah mempergiatkan amal ibadah pada 10 terakhir daripada bulan Ramadan melebihi daripada waktu lain.
2. Antara ibadat yang boleh dilakukan pada 10 terakhir Ramadan ialah iktikaf di masjid, perbanyakkan ibadat khusus seperti membaca al-Quran, sedekah, berzikir solat sunat seperti duha, solat tahajud, solat tasbih dan lain-lain.
- Dikatakan Saidina Umar sibuk menunaikan solat sepanjang malam hingga fajar.
- Qatadah pernah mengkhatam seluruh al-Quran setiap malam pada 10 malam terakhir Ramadan)
3. Ada orang yang sanggup mengambil cuti semata-mata untuk menumpukan ibadat sepanjang 10 hari terkahir Ramadan. Anda bagaimana?
JOM kita lipat gandakan amalan di sepuluh hari terakhir daripada Ramadan ini.
a. Menjaga solat terawih dan pergi awal kemasjid, bersungguh untuk berada di saf paling hadapan dan tidak beredar sehinggalah imam meninggalkan tempatnya.
b. Iktikaf – usahakan pada sepuluh terakhir bulan Ramadhan, ajak ahli keluarga, jiran dan kenalan ke Masjid
c. Perbanyakkan doa "Sesungguhnya doa di waktu sahur adalah anak panah qadar", doa untuk diri dan keluarga, juga untuk kesejahteraan umat Islam di Palestin, Syria, Iraq, Rohinga…semoga Allah mengembalikan hak mereka, melegakan musibah mereka
#Ramadhan Al-Mubarak Rahmah Untuk Semua#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor
27hb Jun 2016
22 Ramadhan 1437H


Maklumat lanjut hubungi :









0 comments:
Post a Comment