Thursday, 17 March 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Mendapat Pengampunan Dosa Antara Jumaat


عَنْ سَلْمَانَ الْفَارِسِيِّ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يَغْتَسِلُ رَجُلٌ يَوْمَ الْجُمُعَةِ وَيَتَطَهَّرُ مَا اسْتَطَاعَ مِنْ طُهْرٍ وَيَدَّهِنُ مِنْ دُهْنِهِ أَوْ يَمَسُّ مِنْ طِيبِ بَيْتِهِ ثُمَّ يَخْرُجُ فَلَا يُفَرِّقُ بَيْنَ اثْنَيْنِ ثُمَّ يُصَلِّي مَا كُتِبَ لَهُ ثُمَّ يُنْصِتُ إِذَا تَكَلَّمَ الْإِمَامُ إِلَّا غُفِرَ لَهُ مَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْجُمُعَةِ الْأُخْرَى

Dari Salman Al Farsi berkata, "Nabi SAW bersabda: "Tidaklah seorang laki-laki mandi pada hari Jumaat lalu membersihkan diri sebaik mungkin, memakai wangian atau haruman yang ada di rumahnya, lalu keluar menuju Masjid (untuk melaksanakan solat Jumaat), dan ia tidak memisahkan antara dua orang (yang sudah duduk) pada tempat duduknya lalu dia solat sebagaimana yang dianjurkan baginya dan diam mendengarkan khutbah Imam, nescaya dia akan diampuni dosa-dosa yang dilakukan di antara hari itu dan jumaat berikutnya." (HR Bukhari No: 834)

Pengajaran:

1.  Antara keutamaan lelaki pada hari Jumaat ialah bersiap awal untuk ke masjid.

2.  Antara adab yang digalakkan pada hari Jumaat:


a.  Mandi sunat Jumaat dengan membersihkan badan sebaiknya
b.  Berwangian
c.  Memelihara adab semasa masuk ke dalam masjid dengan tidak melangkah bahu para Jemaah atau menyelit atau mencelah sehingga memisahkan dua orang yang telah duduk
d.  Duduk diam untuk mendengar khutbah

3.  Orang yang berbuat demikian akan di ampunkan dosanya sehingga bertemu Jumaat yang akan datang.

#Rahmah Untuk Semua#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

18hb Mac 2016


0 comments:

Post a Comment