عَنْ أَبِي بُرْدَةَ عَنْ أَبِي مُوسَى قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَعْظَمُ النَّاسِ أَجْرًا فِي الصَّلَاةِ أَبْعَدُهُمْ فَأَبْعَدُهُمْ مَمْشًى وَالَّذِي يَنْتَظِرُ الصَّلَاةَ حَتَّى يُصَلِّيَهَا مَعَ الْإِمَامِ أَعْظَمُ أَجْرًا مِنْ الَّذِي يُصَلِّي ثُمَّ يَنَامُ
Dari Abu Burdah dari Abu Musa berkata, "Nabi SAW bersabda: "Orang yang paling banyak mendapatkan pahala dalam solat adalah mereka yang paling jauh perjalanan dari rumahnya ke masjid). Dan orang yang menunggu solat hingga dia melaksanakan solat bersama imam lebih besar pahalanya dari orang yang melaksanakan solat kemudian tidur." (HR Bukhari No: 614)
Pengajaran:
1. Semakin jauh jarak rumah seseorang dari masjid, semakin banyak pahala dalam solat berjemaah yang dilaksanakan. (beruntung orang yang rumahnya jauh dari masjid namun tetap datang ke masjid)
2. Seseorang yang menunggu solat dengan datang awal ke masjid hingga dia melaksanakan solat bersama imam, lebih besar pahalanya dari orang yang melaksanakan solat (hanya datang pada waktu hampir solat didirikan).
3. Ganjaran pahala bertambah dengan seseorang mengambil kesempatan berada di masjid antara dua waktu solat seperti waktu maghrib dan menunggu sehingga waktu isya – sama ada membaca al-Quran, berzkir, mendengar kuliah atau bergaul mesra merapatkan hubungan silaturahim sesama ahli jamaah.
Semoga ganjaran diperolehi bagi mereka yang merebutnya.
#Rahmah Untuk Semua#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor
12hb Mac 2016


Maklumat lanjut hubungi :









0 comments:
Post a Comment