عَنْ أَبِي قَتَادَةَ السَّلَمِيِّ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا دَخَلَ أَحَدُكُمْ الْمَسْجِدَ فَلْيَرْكَعْ رَكْعَتَيْنِ قَبْلَ أَنْ يَجْلِسَ
Dari Abu Qatadah As Salami, bahwa Rasulullah SAW bersabda: "Jika salah seorang dari kalian masuk masjid, maka hendaklah ia solat dua rakaat sebelum ia duduk." (HR Bukhari No: 425)
Pengajaran:
1. Masjid adalah rumah Allah yang perlu dipelihara kemuliaannya
2. Adab setiap kali seseorang memasuki masjid ialah melaksanakan solat sunat dua rakaat sebelum duduk (boleh sahaja solat sunat tahiyatul masjid, atau solat sunat wuduk, atau solat sunat qabliah)
Semoga kita sentiasa menjaga adab memasuki masjid yang diajar oleh Rasulullah dengan melaksanakan solat sunat dua rakaat.
#Rahmah Untuk Semua#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor
11hb April 2016


Maklumat lanjut hubungi :









0 comments:
Post a Comment