عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : أَلاَ أَدُلُّكُمْ عَلَى مَا يَمْحُوْ اللهُ بِهِ الْخَطَايَا وَيَرْفَعُ بِهِالدَّرَجَاتِ ؟ قَالُوْا : بَلَى يَا رَسُوْلَ اللهِ ، قَالَ : اِسْبَاغُ الْوُضُوْءِ عَلَى الْمَكَارِهِ ، وَكَثْرَةُ الْخُطَا اِلَى الْمَسَاجِدِ ، وَانْتِظَارُ الْصَّلاَةِ بَعْدَالصَّلاَةِ ، فَذَلِكُمُ الرِّبَاطُ ،فَذَلِكُمُ الرِّبَاطُ ،فَذَلِكُمُ الرِّبَاطُ.
“Dari Abu Hurairah radiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah SAW bersabda: Mahukah aku tunjukkan kepada kamu beberapa perkara yang dengannya Allah akan menghapuskan dosa-dosa dan mengangkat derajat kamu? Mereka menjawab: Mahu wahai Rasulullah! Baginda bersabda: Iaitu menyempurnakan wuduk walau dalam keadaan susah (Kalimah مكاره yang jamaknya مكره ialah keadaan susah/sulit untuk mengerjakan wuduk, seperti dalam keadaan sakit atau terlalu sejuk), sering berjalan ke masjid (solat jamaah) dan menunggu solat setelah selesai menunaikan solat. Yang demikian itu adalah ribat (jihad/perjuangan), yang demikian itu ribat, yang demikian itu ribat”. HR Muslim No: 133
Pengajaran:
Allah menghapuskan dosa dan mengangkat darjat apabila seseorang itu melakukan ribat (jihad/perjuangan):
a. menyempurnakan wuduk walau dalam keadaan susah atau sulit.
b. berjalan ke masjid untuk solat jamaah.
c. menunggu solat waktu seterusnya setelah selesai menunaikan solat.
#Rahmah Untuk Semua#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor
19hb April 2016


Maklumat lanjut hubungi :









0 comments:
Post a Comment