Tuesday, 24 May 2016
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Sifat Orang Mukmin
09:00
No comments
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَيْسَ الْمُؤْمِنُ بِالطَّعَّانِ وَلَا اللَّعَّانِ وَلَا الْفَاحِشِ وَلَا الْبَذِيءِ
Dari Abdullah ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Tidaklah termasuk hamba yang mukmin, iaitu mereka yang selalu mengungkap aib (mencela), melaknat, berperangai buruk (berbuat keji) dan suka menyakiti." (HR Tirmizi No: 1900)
Pengajaran:
Orang Mukmin adalah mereka yang menjauhi sifat berikut:
1. Mengungkap aib (mencela) orang lain
2. Melaknat orang lain
3. Berperangai buruk (berbuat keji)
4. Suka menyakiti orang lain
Ayuh jauhi sifat mencela, melaknat, berperangai keji dan menyakiti orang lain kerana pemilik sifat ini tidak tergolong dalam kalangan orang yang beriman.
#Rahmah Untuk Semua#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor
24hb Mei 2016
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


Maklumat lanjut hubungi :









0 comments:
Post a Comment