1 Hari 1 Hadis:
حَدَّثَنَا مُعَاذُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ خُبَيْبٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ عَمِّهِ قَالَ كُنَّا فِي مَجْلِسٍ فَطَلَعَ عَلَيْنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَعَلَى رَأْسِهِ أَثَرُ مَاءٍ فَقُلْنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ نَرَاكَ طَيِّبَ النَّفْسِ قَالَ أَجَلْ قَالَ ثُمَّ خَاضَ الْقَوْمُ فِي ذِكْرِ الْغِنَى فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا بَأْسَ بِالْغِنَى لِمَنْ اتَّقَى اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ وَالصِّحَّةُ لِمَنْ اتَّقَى اللَّهَ خَيْرٌ مِنْ الْغِنَى وَطِيبُ النَّفْسِ مِنْ النِّعَمِ
Telah menceritakan kepada kami Muaz bin Abdullah bin Hubaib dari ayahnya dari pamannya berkata; Kami berada disuatu majlis kemudian Rasulullah SAW datang, di rambut beliau ada sisa-sisa air, kami berkata; Wahai Rasulullah! Kami melihat Baginda sedang bahagia. Rasulullah SAW bersabda: "Benar." Kemudian ketika ada orang berbicara tentang kekayaan. Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya tidak berbahaya kekayaan apabila berada ditangan orang yang bertakwa kepada Allah dan kesehatan bagi orang yang bertakwa kepada Allah itu lebih baik dari kekayaan dan kebahagiaan jiwa itu termasuk kenikmatan." (HR Ahmad No: 22076)
Pengajaran:
1. Bekerja mencari harta adalah tuntutan dan keperluan untuk diri, keluarga, masyarakat dan Negara
2. Kekayaan yang dimiliki oleh orang yang bertakwa, tidak menyebabkan bahaya padanya kerana orang yang bertakwa akan memastikan sumber harta dari punca yang bersih dan halal. Orang bertakwa juga akan memastikan harta digunakan ditempat yang diredhai Allah.
3. Orang bertakwa yang memiliki kesihatan adalah lebih baik baginya daripada kekayaan. Kesihatan akan memudahkan seseorang melaksanakan ibadat dan menyumbang kepada masyarakat dan Negara.
4. Jiwa yang bahagia - tidak akan menjadikan harta matlamat hidupnya. Bahagianya jiwa qanaah ini, sebahagian daripada nikmat anugerah Allah.
Ayuh kita miliki sifat takwa dan sentiasa menjaga kesihatan agar dapat melaksanakan ibadah dan menyumbang kepada masyarakat dan Negara.
#Rahmah Untuk Semua#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor
30hb Mei 2016


Maklumat lanjut hubungi :









0 comments:
Post a Comment