Thursday, 14 July 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memuliakan Tetamu



أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلْيُكْرِمْ ضَيْفَهُ جَائِزَتُهُ يَوْمٌ وَلَيْلَةٌ وَالضِّيَافَةُ ثَلَاثَةُ أَيَّامٍ فَمَا بَعْدَ ذَلِكَ فَهُوَ صَدَقَةٌ وَلَا يَحِلُّ لَهُ أَنْ يَثْوِيَ عِنْدَهُ حَتَّى يُحْرِجَهُ

Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari Akhirat, hendaknya ia memuliakan tamunya dan menjamunya siang dan malam, dan bertamu itu tiga hari, lebih dari itu adalah sedekah baginya, tidak halal bagi tamu tinggal (bermalam) hingga mengeluarkannya." (HR Bukhari No:  5670)

Pengajaran:

1.  Orang yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat sentiasa beradab terhadap tetamu yang datang ke rumahnya

2.  Memuliakan tetamu yang datang adalah dituntut antaranya dengan menyediakan jamuan atau makanan untuknya walaupun seteguk air.

3.  Tetamu yang berkunjung tidak boleh terlalu lama menjadi tetamu. Jika bermalam tidak boleh melebihi tiga malam.

JOM sempena bulan Syawal, terimalah tetamu dan muliakan mereka dengan menyediakan makanan dan minuman sebaiknya untuk tetamu.

#Syawal Bulan Rahmah Untuk Semua#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

15hb Julai  2016
10 Syawal 1437H


0 comments:

Post a Comment