Monday, 4 July 2016

1 Hari 1 Hadis: PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS - Ucapan Apabila Bertemu Di Hari Raya


قَالَ:لَقِيتُ وَاثِلَةَ يَوْمَ عِيدٍ، فَقُلْتُ: تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْكَ، فَقَالَ: نَعَمْ، تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْكَ.

Berkata Wathilah, Aku bertemu Rasulullah SAW pada hari raya  dan aku katakan pada baginda "taqabballahu minna wa minka" (Semoga Allah menerima amalan [amalan dan ibadat di Ramadhan] kami dan kamu), baginda menjawab : Ya, taqabbalallahu minna wa minka" HR Tobrani No: 17589

Pengajaran:

1.  Antara amalan yang dituntut pada hari raya ialah saling doa mendoakan apabila bertemu.

2.  Ucapan yang disunat ketika bertemu ialah

تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْكَ

3.  Saling ziarah menziarahi

Berziarah dan merapatkan ukhuwwah sesama Muslim dituntut.
Nabi pernah bersabda :

مَن سَرّه أن يُبسط له في رزقه ، وأن يُنسأ له في أثره ؛ فَلْيَصِل رَحِمَه

Barangsiapa yang suka untuk diperluaskan baginya rezekinya, dan ditangguhkan (dipanjang) umurnya, maka hendaklah dia menyambung (mengukuh) hubungan persaudaraannya ( Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

Moga Allah menerima segala amalan kita sepanjang Ramadan dan selepas ini. Moga dipertemukan pada ramadan tahun akan datang.

#Ramadhan Al-Mubarak Rahmah Untuk Semua#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

5hb Julai  2016
30 Ramadhan 1437H


0 comments:

Post a Comment